Cerita Burung Kakak Tua dan Burung Belatuk
SELESAI selesai keputusan pilihan raya Permatang Pauh, burung kakak tua pun lalu berkokok di jendela. Antara lain beliau berpolitik, menurutnya PKR tidak menang di Permatang Pauh tetapi BN yang kalah. Itulah kata-kata politik. Ianya harus dibaca terbalik, BN kalah di Permatang Pauh, PKR yang menang.
Burung kakak tua masih belum rabun matanya. Masih sihat tetapi sengaja membelitkan fakta kerana kebenciannya kepada Anwar dan si burung belatuk. Sesekali kalau dia melepas hawa riuh juga penghuni alam raya jadinya.
Burung kakak tua ini juga berkata, beliau tidak yakin ada ahli Parlimen yang lompat membolehkan Anwar akan tubuh kerajaan dalam masa terdekat. Katanya, Anwar tidak akan berjaya membayar 30 MP kerana ada pembida lain yang mempunyai banyak wang.
Kenapa burung kakak tua berkata demikian? Apakah beliau sekarang bimbang kerana terpaksa menunaikan janjinya untuk berhijrah dari negara ini ke negara lain kalau Anwar jadi Perdana Menteri.
Kenapa timbul soal bida membida pula. Apakah di zaman burung kakak tua menjadi raja dulu semua pembesar negeri lain dibida dan dibayar?
Orang selalunya membuat sesuatu janji atau pun nazar apabila merasakan sesuatu yang disandarkan sebagai janji dan nazar itu sukar untuk dilaluinya. Janji dan nazar begitu bukan untuk ditunai, tetapi untuk tidak ditunai. Janji dijadikan pertaruhan.
Burung kakak tua bernazar demikian kerana dia percaya Anwar tidak akan menang di Permatang Pauh dan kalau menang pun Anwar tidak akan jadi PM. Tidak boleh jadi PM, maka itulah dia berani bernazar dan berjanji.
Tetapi kemenangan besar Anwar itu menyebabkan burung kakak tua ini mulai rungsing. Mungkin dia sudah nampak tanda-tanda apa yang difikirkan itu tidak menjadi, akan jadi kenyataan. Kalau jadi kenyataan – Anwar jadi PM ke mana dia hendak terbang lari?
Anihnya dia semacam tidak ikhtiraf kemenangan PKR di Permatang Pauh. Tetapi dalam masa sama dia minta burung belantuk melepaskan jawatan. Katanya burung belatuk bertanggungjawab atas kekalahan itu.
Burung kakak tua sepatutnya sudah mengunci mulutnya usah bercakap lagi. Makin beliau bercakap keadaan jadi makin keliru dan menyerabutkan. Lagipun burung kakak tua sudah tidak menjadi ahli mana-mana parti. Dia juga jadi macam katak boleh melompat-lompat ke mana dia suka.
Kita percaya kalau Anwar jadi PM burung kakak tua akan selamat untuk tinggal di sini. Tidak ada siapa yang hendak menganggu dan mengusiknya. Cuma kalau terasa ia terganggu ialah burung kakak tua itu sendiri kerana ia dikejar bayang-bayang hitam angkara beliau sendiri lakukan.
Kepada burung kakak tua, sapulah najis yang masih bergelumang di ekor anda itu kerana baunya menganggu kententeraman orang lain. Betul tak burung belatuk? Murai: Teringin nak makan kambing bakar![d' kota kl 6:30 am 28/08/08]
7 comments:
Tuan, masih segar lagi dalam ingatan bila burung kakak tua berkata bahawa ia akan duduk di masjid melakukan ibadah mengisi sisa-sia hari tuanya untuk persediaan menghadapi maut. Tohmahannya menyatakan Melayu mudah lupa adalah melayu sejenis dengannya.
Benarlah kalau dilihat pada beberapa sejarah ahli politik yang pernah bermusuh dengannya, karier ahli politik tersebut telah terkubur. Tetapi tidak dengan DSAI, dengan kudrat dan iradat Allah kita dapati pelbagai lapisan rakyat dari golongan bawahan hingga kepada golongan atasan telah bersimpati dan menyokong perjuangan beliau. Mudah-mudahan beliau dipelihara oleh Allah supaya dapat meneruskan perjuangan mendaulatkan dan membela Islam dan bangsa Melayu yang dulunya diinjak-injak oleh UMNO di bawah pimpinan Burung Kakak Tua yang masih tidak sedar diri dan masih lagi di alam fantasi.
jika Anwar jd PM, kita hantar burung kakak tua ni ke KLIA dan ucap selamat tinggal
dia nk salahkan pemimpin umno skrg, padahal budaya kronisma bermula di zaman si kakak tua ni
salam :)
saya setuju dgn entry burung kakak tua danburung belatuk ini.a very comical entry yet truthful!!
setelah kemenangan AI saya percaya burung kakak tua menjadi gerun kerana rupa2nya apa yg dijanjikan AI sudah nampak menjadi kenyataan. perjalanan ke Putrajya sudah nampak dalam landasannya.
nice!
saya taknak komen tentang burung kakak tua maklumlah dia dah tua biarkan dia menginsafi dosa dosa yang dia telah lakukan kalau tak insaf juga biarkanlah juga sebab kubur masing masing lagipun kuburnya dikedah dan kubur saya di kelantan.
yang nak komen tentang burung belatuk sekor ni, marilah kita pakat ramai ramai suruh dia pencen cepat dan lagi bagus suruh dia join Dolah Tok Deh buat persembahan dikir barat satu malaysia.
burung belatuk kena mandi air sungai 7 kuala.
1- kuala lumpur
2- kuala kedah
3- kuala kangsar
4- kuala lipis
5- kuala pilah
6- kuala sepetang
7- kuala nerang
insyaallah belatuk akan insaf
Bab kakak tua mengatakan tidak mungkin DSAI jadi PM, saya tak minat nak komen, sebab masih agak jauh dan saya ketiadaan sebarang point utk menyokong mana mana pihak.
Tetapi, saya setuju dgn pendapat kakak tua yg PKR menang juga disebabkan BN yang kalah. Kita dah memang tahu PP kubu kuat PKR, jadi untuk DSAI menang memang perkara mudah diterima akal. Daripada posting yg sebelum ini,
'Ahli BN Permatang Pauh sebanyak 26,942 dari jumlah itu ahli Umno saja sebanyak 19,442 orang. Undi yang diperolehi Ariff Shah hanya 15,524. Bermakna kurang separuh ahli BN/Umno tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Tidak mengundi dan tidak keluar mengundi ertinya tidak mahu kepada Umno, tidak suka kepada Umno.'
Disebabkan sejumlah besar org BN tak turun mengundi BN, maka BN sudah kalah. Itu yang dimaksudkan oleh kakak tua rasanya, bermakna belatuk terus gagal meraih sokongan org BN sekali pun. Bukan menidakkan kemenangan DSAI. Kakak tua selama ni pun bersikap realistik pada apa yg jelas. Kalo dah jelas belatuk gagal lagi buat apa continue, sebab makin lama makin susah nak pulihkan UMNO/BN. Itu opinion belatuk yg saya rasa lojik.
Anyway, saya hanya analisa utk diri sendiri, tak menyokong mana mana parti pun.
Assalaamualaikum saudara sayuti,
Saya benar-benar terpanggil untuk beri komen sedikit mengenai isu burung kakak tua dan burung belatuk ni.
Sinis tapi penuh dgn makna apa yg saudara catatkan. Gelihati dan pada waktu yg sama sakit hati memikirkan apa yg diulas megenai kemenangan PKR di Permatang Pauh. Tidak menang tapi BN yg kalah? Macam meracau pulak bunyinya..Harap-harap kakak tua cepat-cepat sedar dan terima kenyataan yang berlaku dalam arus politik negara sekarang. Susah jugak kalau masih menganggap diri sebagai yg terbaik kerana apa yg lebih baik selepas daripada zaman baik itu, tidak boleh diterima dgn hati yang terbuka. Kalau dendam lah puncanya, tak kan kebenaran hendak diketepikan sama sekali..saya bersama saudara sayuti, minta sungguh-sungguh supaya kakak tua cepat-cepat insaf.
Post a Comment