Sunday, October 26, 2008

Berita Lewat

Khir Toyo Dan Syed Hamid Layak Tanding

BEKAS Menteri Besar Selangor Mohammad Khir Toyo (foto bawah) dan Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar (foto) adalah orang yang boleh menarik nafas lega hari ini. Bolehlah dikatakan minggu ini adalah minggu istimewa untuk mereka berdua. Khir Toyo yang cemas dan bimbang takut tidak cukup pencalonan untuk beradu nasib di kerusi Ketua Pemuda Umno, kini sudah mendapat pencalonan genap bagi melayakkan beliau bertanding kerusi itu bersama dua lagi calon yang sudah layak.

Khir mendapat pencalonan ke - 39 hari ini. Dengan kedudukan itu Khir akan berentap bersama Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin yang sudah layak untuk bertanding. Kelayakan Khir menjadikan pertandingan jawatan Ketua Pemuda bukan saja menarik tetapi ia bakal sengit.

Ramalan awal berpandukan kepada kelayakan, ketiga mereka sukar untuk mengatakan siapa yang bakal mengambil alih tempat Hishamuddin Hussein. Kalau sebelum ini Mukhriz dilihat begerak begitu laju kerana mendapat pencalonan 'gila' (pinjaman bahasa budak sekarang), namun kelajuan itu tidak lagi menjadi petunjuk yang beliau juga akan mendapat undi selaju pencalonan.

Sudah tentu mood atau suasana dalam pemilihan pada persidangan Pemuda kelak berbeza dengan pemilihan di peringkat bahagian yang mana ia mudah dikawal, dipantau dan diumpankan dengan janji-janji yang tidak masuk akar. Tentunya juga permainan wang bagi meraih pencalonan juga berleluasa.

Sebaliknya hal yang sama tidak mungkin berlaku semasa persidangan sebenar (pemilihan) nanti di mana perwakilan Pemuda biasanya menggunakan akal, berfikir panjang dalam membuat penentuan siapakah yang layak memimpin mereka. Saksyiah, kepimpinan, idea, wawasan dan track record akan menjadi titik tolak akhir dan bukannya berlandaskan kepada sesuatu sentimen dalam konteks kriteria pemilihan sebenar.

Sementarta itu Syed Hamid Albar yang sebelum ini kelihatan terkial-kial dan tenang menanti pencalonan, hari ini telah mendapat pencalonan ke-20 dan genap pencalonan untuk jawatan Naib Presiden. Kemaraan Syed Hamid bersama empat calon yang sudah layak sebelum ini akan memberi saingan sengit dan mungkin keputusan diluar jangkaan akan berlaku untuk jawatan barisan ketiga itu.

Empat calon yang layak sebelum ini ialah Hishamuddin Hussein, Ahmad Zahidi Hamidi, Khalid Nordin dan Shafei Afdal.

Mungkin Syed Hamid tidak percaya kepada apa yang berlaku kepadanya hari ini. Pencalonan untuknya sebelum ini amat perlahan dan semacam tidak bergerak langsung. Syed Hamid yang terkenal sebagai ahli politik yang tidak gemar dan percaya kepada politik bobrok dikatakan sukar untuk mendapat pencalonan yang cukup.

Bagaimana pun mungkin setelah empat calon lain layak dan mendapat pencalonan melebihi daripada had kelayakan maka persidangan minggu ini memberi laluan kepada Syed Hamid.

Bahagian yang memberi laluan kepada Syed Hamid hari ini boleh dipuji dan menggembarkan bahagian-bahagian berkenaan yang mencalonkan Syed Hamid masih berpegang kepada politik gantleman dan menolak politik wang.

Kenapa mereka memilih Syed Hamid ialah mungkin kerana mereka sedar tokoh seperti Syed Hamid perlu diberi peluang dan harus berada dalam hirerki Umno. Pengalaman, kesetiaan dan komitmen anak Singa Umno itu kepada setiap jawatan yang diberikan kepadanya mungkin menjadi daya penarik bahagian yang bersidang hari ini atau bahagian yang mencalonan beliau.

Jika dibandingkan antara empat calon Naib Presiden yang lain dari segi pengalaman dan rekod perkhidmatan dan kesetiaan kepada parti ia tidak terlawan dengan apa yang dimiliki Syed Hamid.

Mungkin juga faktor usia dan gaya hidup Syed Hamid menjadi ukuran utama kepada bahagian-bahagian yang mencalonkan beliau. Sekiranya ini menjadi ukuran dan penilaian ke atas Syed Hamid tidak mustahil beliau bakal mengecewakan calon-calon yang terlebih dahulu melayakkan diri untuk bertanding dikerusi berkenaan. [wm.kl. 6:15 pm 26/10/08]

1 comment:

manjung Mari said...

Salam MSO!
Pertandingan Pimpinan UMNO kali ini tidaklah sengit kalau calun Presidennya cuma Njib seorang, harap-harap Tengku Razaleigh dapat pencalunan yang cukup untuk bertanding.
Apa pun bagi Timbalan saya tal tau nak komen kerana Muhamad Taib dengan Ali Rustam belum lagi cukup pencalunan, boleh dapat ke tidak.
Apa pun yang paling panas sekrang ialah Ketua Pemuda kerana jelas nampaknya pertanding antara PM dengan bekas PM melalui anak lelaki dengan menantu lelaki. Bagi saya amat mengharapkan Khairy yang menang sebagai Ketua Pemuda, walaupun saya sendiri cukup tak suka secara peribadi dan perangai Khairy, tetapi bagi kepentingan negara JIKALAU Umno masih lagi Dominan memerintah negara adalah lebih baik Khairy sama-sama duduk dalam Kabinet dengan Najib, kurang-kurang ada check and balance dan Kabinet UMNO. itu sahaja, cuba kita fikir kalau Mukris yang menang, senang hatilah Mahathir kerana proxynya ada dalam kabinet dan senang nak mengarahkan Najib untuk mentadbir negara.
Cuba kita lihat MCA pada perhimpunan mereka yang lepas, perwakilan mereka bijak memberikan undi kepada Chua Soi Lek menjadi Timbalan kepada Ong Tee Kiat, sedangkan sebelum itu terdengar suara-suara ramai yang nakkan Ong Ka Chuan abg kepada Ong Ka Ting bersama Ong Tee Kiat, tetapi perwakilan bijak meletakkan calun sebenar untuk kepentingan bangsa Cina.
Jadi tepatlah perwakilan Gua Musang mencalunkan Khairy untuk mencukupkan kouta manjadi calun Ketua Pemuda... Moga-moga Khairy dapat memenangi Ketua Pemuda.