Abdul Razak Baginda dan Bayaran Ex-gratia
BEBERAPA penjenguk blog ini meminta saya membuat ulasan berhubung pembebasan Penganalisa Politik, Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.
Memang berita pembebasan Abdul Razak menarik dan mengejutkan. Besok ia akan menjadi berita utama seluruh akhbar di negara ini. Bagi mereka yang sudah membuat bayangan, analisa atau pun ramalan awal mungkin tidak merasa terkejut dengan pembebasan itu. Sebaliknya kalau Razak dipanggil membela diri barulah keadaan mengejutkan!
Sejak awal perbicaraan lagi orang ramai sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Sudah ada berbagai rumours dan cerita mengenai kes berkenaan. Dengan mengambil iktibar ke atas sistem kehakiman negara yang diragui, pemerhati sudah pun merasakan yang Abdul Razak Baginda akan dibebaskan.
Semalam saya juga sudah postingkan mengenai (ilusi saya) yang Mohd Najib Razak dan Rosmah Mansor kemungkinan mendirikan solat Maghrib bersama dan mereka juga mungkin berdoa untuk kebebasan Abdul Razak Baginda. Jadi kalau hari ini Abdul Razak dibebaskan, bermakna doa mereka dimakbulkan oleh Allah.
Bagaimana pun kita tunggulah perkembangan seterusnya, apakah pihak pendakwa akan membuat rayuan. Kalau menurut laporan hari ini, pihak pendakwa akan membuat rayuan. Tetapi boleh jadi juga pendakwa tidak akan merayu ini bermakna Abdul Razak Baginda akan dilepaskan dengan selamat.
Kita tinggal kisah Abdul Razak Baginda itu di sini saya ingin memberi sedikit maklumat yang diperolehi berhubung dengan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang dipecat bersama lima Hakim, iaitu Tun Sri Azmin Kamaruddin, Tan Sri Gorge Edward Seah Kim Sing, Tan Sri Wan Hamzah Mohdmad Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyaraham Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh.
Sudah lama rakyat tertunggu-tunggu untuk mengetahui berapakah jumlah wang ex-gratia berkenaan. Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim sendiri telah pergi ke rumah Hakim-Hakim berkenaan menyampaikan wang tersebut. Siap disiarkan dalam akhbar dan televisyen lagi.
Bagaimana pun Zaid tidak menyebut berapakah nilainya, kerana ia adalah rahsia dan untuk menjaga maruah Hakim-hakim berkenaan, begitulah katanya. Maruah apa sebenarnya? Alasan Zaid itu tidak berapa tepat dan tidak memuaskan hati orang ramai. Disebabkan wang itu wang rakyat maka rakyat berhak untuk mengetahuinya berapa. Kecualilah wang itu kepunyaan Zaid atau pihak-pihak lain.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen kerajaan akan mengumumkan jumlah berkenaan. Katanya pihak kerajaan tidak mencuri wang rakyat untuk membuat bayaran itu. Jadi eloklah kalau diberitahu kepada umum dengan segera.
Dari satu sumber yang memberi tahu saya jumlah yang dikeluarkan untuk bayaran ex-gratis itu bernilai RM6.5 juta. Tun Salleh Abbas dibayar sebanyak RM1.5 juta menakala lima Hakim lain tiap seorang dibayar RM1 juta. Bayaran lebih kepada Salleh memandangkan beliau bekas Ketua Hakim Negara.
Samada angka itu tepat atau tidak sama-sama kita tunggu penjelasan Kerajaan di Parlimen kelak. [wm.kl 7:30 pm 31/10/08
No comments:
Post a Comment