SEPERTI tahun-tahun lepas majlis rumah terbuka Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail meriah dan mendapat sambutan hangat. Kali ini beliau mengadakan majlis di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru. Pemilihan
tempat itu untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya memandangkan jalan ke rumahnya di Bukit Segambut sempit dan sering kali berlaku kesesakan.
Ternyata pilihan di Kelab Sultan Sulaiman tepat dan memudahkan rakyat. Majlis itu yang terbuka kepada jemput khas jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah hari sebelum ia dibuka kepada orang ramai dari jam 2:00 hingga jam 4:40 petang.
Para jemputan sejak awal lagi datang terutama para
pemimpin parti gabungan Pakatan Rakyat.
Pemimpin Pas yang awal dikatakan tiba ialah Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Pas juga mengadakan majlis terbukanya di Stadium Melawati Shah Alam.
Jam 11:00 pagi sewaktu saya tiba hampir semua pemimpin utama DAP dan kenalan rapat Anwar hadir kecuali Karpal Singh yang tidak kelihatan. Lim Kit Siang tiba bersama anaknya Lim Guan Eng.
Selain tetamu dari golongan politik para Duta atau wakil asing juga turut sama hadir meraikan majlis berkenaan yang berlangsung dalam suasana ceria dan semangat tinggi.
Selain tetamu dari golongan politik para Duta atau wakil asing juga turut sama hadir meraikan majlis berkenaan yang berlangsung dalam suasana ceria dan semangat tinggi.
Berselisihan dengan saya ialah Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan beliau sempat memberi satu pose istimewa di atas tangga Kelab Sultan Sulaiman berlatar belakangkan banner hari raya Keadilan yang didamping Yahya Shari bekas Setiausaha Politik, Khalid Ibrahim.
Sebelum pintu pagar dibuka bagi jemputan umum, orang ramai sudah berduyung-duyung dan menanti penuh sabar di luar pagar. Dua buah khemah besar di bangunkan di tengah padang untuk orang ramai yang memuatkan lebih 15,000 pengunjung.
Sewaktu saya meninggalkan Kelab Sultan Sulaiman kira-kira jam 1:30 petang orang ramai berpusu-pusu masuk. Seperti majlis-majlis terbuka sebelum ini mereka yang hadir terdiri dari berbagai kaum, kecil besar, tua dan muda. Dianggarkan lebih 40,000 tetamu hadir menjelang petang.
Turut sama menghadiri dan berhari raya dengan Anwar dan isteri ialah para wartawan, yang mana sudah pasti selain untuk beraya ingin mengetahui apakah rancangan bakal PM yang disebut-sbut itu pada persidangan Parlimen yang akan bersambung esok!
Diatas diposekan beberapa rakaman gambar di sekitar majlis berkenaan khas untuk penjenguk blog
Merah Tinta. [wm.kl 2:45 pm 12/10/08].
No comments:
Post a Comment