Saturday, October 18, 2008

Susupan Pagi

Nasihat Raja-Raja Jadikan
Amaran Terakhir

MSO

JARANG mesyuarat Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan khas yang agak spesifik menyentuh sesuatu isu pada setiap kali selepas mesyuarat diadakan. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-215 di Kuala Terengganu 16 Oktober lalu boleh dianggap penting dan membawa mesej tersendiri untuk dihayati oleh semua lapisan rakyat negara ini.

Dalam bahasa yang lunak dan sopan mesej yang dizahirkan menerus kenyataan akhbar khas itu berupa peringatan keras dan tegas yang belum pernah dikeluarkan seumpamanya.

Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebelum berangkat ke majlis mesyuarat itu bersetuju mengeluarkan satu kenyataan akhabr khas yang menyentuh isu-isu hangat dan menjadi perhatian umum dewasa ini. Kenyataan ataupun peringatan itu menunjukkan betapa Raja-Raja Melayu senantiasa memerhati dan tidak mengalpakan tanggungjawab mereka sebagai payung keramat melindungi rakyat dan negara.

Penyiman Mohon Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah membaca kenyataan berkenaan.

Antara perkara yang mendapat perhathian Duli-Duli Yang Maha Mulia ialah berhubung hal-hal keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan.

Berhubung dengan kebesaran Raja-Raja Melayu Baginda Duli-Duli Yang Maha Mulia menjelaskan;

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia,”

Penegasan demikian menunujukkan Duli-Duli Yang Maha Mulia mempunyai peranannya tersendiri dengan fungsi yang tidak boleh diragui lagi untuk kebaikan semua pihak tanpa memilih warna kulit, bangsa dan anutan agama. Setiap warga negara berada dalam peliharaan dan tanggungjawab kusasa Duli-Duli Yang Maha Mulia.

Justeru itu Duli-Duli Yang Maha Mulia memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak membangkitkan perkara-perkara sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan sehingga mengakibatkan negara dalam keadaan tidak aman dan masyarakat menjadi kucar kacir.

Antara perkara pada hemat Duli-Duli Yang Maha Mulia yang tidak manis dan boleh menimbulkan kekeliruan dan ketegangan jika terus diungkit ialah masalah kontrak sosial. Duli-Duli menegur golongan yang senantiasa mengungkitkan perkara itu dari masa ke semasa itu agar menghentikannya segera. Sehubungan itu Duli-Duli Yang Maha Mulia menyarankan supaya kembali kepada perlembagaan dan menyusuli sejarah sebab apa yang dimaktub dalam perlembagaan adalah jelas.

Dalam pada itu Duli-Duli Yang Maha mula juga memberi peringatan kepada kaum bukan Melayu agar tidak bimbang dengan kedudukan mereka kerana ia senantisa dijamin dan terjamin oleh institusi itu seperti mana ditegaskan perlembagaan negara.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” tegas Duli-Duli Yang Maha Mulia menerusi kenyataan itu.

Dalam masa yang sama Duli-Duli Yang Maha Mulia merayu orang Melayu supaya bersatu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu. Ada tiga perkara penting yang memerlukan kekuatan dan iltizam orang Melayu iaitu mengenai agama, bahasa Melayu dan institusi Raja-Raja.

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok,”

Seruan ini dibuat mungkin setelah kesemua Duli-Duli Yang Maha Mulia menyedari keadaan ukhwah orang Melayu muasir terancam dan hilang fokus disebabkan lebih memperjuangkan politik puak masing-masing secara arrogant.

Disebabkan terlalu berpolitiking sehingga terabai tanggungjawab lain yang lebih penting dan mustahak. Tidak dinafikan sikap orang Melayu kini seperti pendekar yang terlalu tamak dan bersikap sel fish dan sanggup meninggalkan gelanggang sehingga musuh berjaya menyusup masuk dan bermukim di kubu sendiri!

Seharusnya semua pihak perlu menginsafi peringatan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu demi kebaikan bersama. Dalam pada ini mungkin perlu kalau nasihat itu dijadikan amaran terakhir oleh Raja-Raja Melayu agar mana-mana pihak tidak lagi cuba memainkan isu sensitif atau mengungkit yang sudah sedia ada dipraktikan selama ini.

Bagi orang Melayu pula tidak kira mereka berada atas 'dahan' politik mana hendaklah jadikan nasihat dan peringatan ikhlas Duli-Duli Yang Maha Mulia itu sebagai azimat bagaimana untuk mengembalikan kekuatan Melayu sebagai tunggak pemerintahan negara ini. Nasihat Duli-Duli Yang Maha Mulia juga juga perlu diterjemahkan menerusi amalan (pratikal) politik yang sihat dan rasional.

Untuk lain waktu sekiranya masih ada pihak yang berdegil mengungkit atau menimbulkan isu-isu itu tidak perlu tangguh dan bertolenrasi lagi. Mereka hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya. Kalau hanya setakat menyeru memberi ingatan mungkin ia tiak memberi bekas.

Sebelum ini pun semua pihak termasuk Duli-Duli Yang Maha Mulia sendiri suah acap kali memberi teguran dan nasihat agar tidak melakukan perkara-perkara itu namun ianya diterima seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin hukuman atau tindakan tegas kepada mereka yang berdegil dan tidak gerun memainkan isu-isu itu perlu dikenakan tindakan setimpal. [d’ kota kl. 9:00 pm 17/10/08]


No comments: