Thursday, October 23, 2008

Murai 9

Meralat Sebuah Laporan Tidak Tepat

Terdapat satu laporan (provokatif) kurang tepat yang disiarkan oleh satu blog liar (dinamakan liar kerana tidak dijelaskan identitinya) kononnya ahli Parlimen itu telah menghulurkan RM 1 juta seorang untuk calon Pas di tiga DUN dalam Parlimen diwakili ahli Parlimen itu semasa pilihan raya lepas.

Cara laporan itu dibuat menggambarkan wang itu disogok kepada Adun-Adun berkenaan agar menyokong ahli Parlimen itu bagi menjaminkan kemenangan ahli Parlimen itu dalam pilihan raya lalu.

Dakwaan itu pada sepanjang pengetahuan Murai tidak betul. Ahli Parlimen itu tidak membelanjakan wang sebanyak itu (RM 3 juta) sebagai pertukaran kerusi ataupun untuk menjamin sokongan dari ahli dan penyokong Pas kepadanya.

Kepada ketiga-tiga Adun berkenaan Murai tidak terdengar pula mereka diberikan sekian banyak wang. Calon Pas untuk ketiga-tiga Adun berkenaan (Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok) sebenarnya tidak mendapat satu sen pun wang daripada ahli Parlimen berkenaan.

Mungkin mereka menyedari jika mereka terima wang itu mereka terpalik dengan perbuatan keji rasuah. Kalau sekalipun ahli Parlimen itu hulur Murai jamin mereka tidak akan terima.

Tangan yang putih tidak akan menerima wang yang hitam! Pun begitu ini bukan bermakna ahli Parlimen itu tidak main wang, ada.... tetapi bukan kepada calon-calon berkenaan, tetapi kepada orang lain.

Marfumnya ahli Parlimen itu tidak membantu ketiga-tiga Adun Pas itu dengan bantuan kewangan berupa bodek agar menyokongnya.

Sebaliknya beliau membantu calon lain yang agak berkedudukan dan berpengaruh dalam Pas. Di mana calon-calon itu dikira boleh memainkan peranaan untuk membantu ahli Parlimen itu bertanding menggunakan simbol bulan dan mempengaruhi orang-orang Pas di Pasir Mas agar menyokongnya.

Di sini semacam ada perbuatan barter trade antara ahli Parlimen itu dengan beberapa calon Pas bertaraf pemimpin itu. Murai pernah diberitahu satu persatu oleh ahli Parlimen berkenaan kepada siapa yang beliau berikan wang semasa pilihan raya lalu dan jumlahnya sekali.

Seorang wakil rakyat terima RM10,000, seorang lagi terima RM15,000, seorang lagi terima RM5,000, seorang lagi terima RM30,000 dan seorang lagi terima RM20,000. Kalau dijumlahkan semua sekali hampir RM100,000 juga. Ini tidak termasuk beberapa ekor lembu yang dihulurkan oleh ahli Parlimen itu.

Mungkin disebabkan kerana termakan wang ahli Parlimen inilah menyebabkan wakil-wakil rakyat Pas berkenaan diam membisu apabila ahli Palimen itu membuat onar mengkritik Pas macam nak rak dalam Parlimen.

Mungkin mereka merasa malu untuk belasah ahli Parlimen itu kerana mengenangkan budi yang sedikit itu. Maka mereka mengelaklah dengan berdalih kata, biarkanlah ke dia.... Menyedari masalah inilah maka Murai tidak mahu terima wang dari sesiapa pun baik berupa saguhati, ataupun pemberian projek.

Sebab kalau kita sudah menerima pemberian berunsur ada undang di sebalik batu itu kita akan bermasalah. Kita akan jadi syaitan bisu menyokong perbuatan mungkar... kerana nak tengur tidak boleh sebab dah termakan budi kebendaan yang sedikit!

Murai: Kalau perlu Murai akan dedah dan sebut nama wakil-wakil rakyat Pas yang menerima wang ahli Parlimen itu.
[wm.kl 8:00 am 23/10/08]

3 comments:

Anonymous said...

Kawe setuju dengan demo. Biar terpaksa hanya mampu telan taik gigi untuk kenyangkan perut dan telan air lior basi untuk hilangkan dahaga asalkan kita tidak terikat oleh huluran apa-apa sumbangan dalam bentuk wang, kawasan balak, projek atau pun dalam bentuk hanya sebelah telinga kambing.
Allah berikan kita bakat untuk menulis adalah untuk dipergunakan bagi menegur segala kemungkaran. Biar orang benci asalkan Allah tidak murka, biar sesama manusia nampak kita jahat, bermulut dan berperut busuk asalkan kita berusaha untuk wangi di sisi Allah.
Apa yang manusia nampak walaupun sebijak, setokoh, secedekiawan dan sewali mana seseorang manusia itu, tidak akan sama dengan apa yang Allah nampak tentang kita.
Kita kena menulis kerana Allah, kena kenyang atau lapar kerana Allah, biar kita dahaga atau hilang haus kerana Allah, biar kita dipandang jahat karana Allah, biar kita dinila baik kerana Allah, biar kita berjaya kerana Allah dan biar kita gagal pun kerana Allah.
Kalau demo sorok nama tok wakil terima sumbangan wang ahli parlimen kerana Allah dan kalau terpaksa didedahkan pun biarlah kerana Allah.
- RAMLI ABDUL HALIM

Anonymous said...

saya benar-benar berharap agar MSO dapat sebut siapa yg terima wang dari berahim tu... petualang2 ini perlu didedahkan satu demi satu

Anonymous said...

saudara MSO, spertimana org lain inginkan, jika benar cerita ini, dgn rela hati sila hebohkan nama mereka.. kami rakyat, duit ehsan 300 pon xdapat kerana ingin mempertahankan kepimpinan islam dlm kerajaan..mereka ni senang2 dpt 100k? pls and pls mso, we need the name.. i wanna see sapa yg kencing atas kepala aku.. dahla MP yg naiknya pastu selamba kutuk pas.. bengong.. kalo kasi peluang kat ulama' lain naik pon lg bagus.. apa laa..

kamon mso, ini kebatilan, tunjukkan..biar kami tahu mane haq mana bathil