Friday, October 24, 2008

Ulasan Semasa

Zulkifli Nordin Bagaikan Bunga Kembang Pagi

BAGAIKAN bunga kembang pagi semakin tinggi matahari ia menjadi semakin kembang. Mula kelopaknya rekah kemudian membuka sedikit demi sedikit. Bila mentari sudah sekitar pukul 10 atau 11 pagi, keseluruh kelopaknya akan terbuka dan terngangga. Semua yang terdapat di dalam pudu (kelompak) akhirnya terdedah keluar.

Betapa megahnya saat ini si bunga kembang pagi. Dia merasakan dirinya menjadi tumpuan seluruh alam. Segala unggas, kubang, rama-rama, semut, lipas, lipan atau burung kelicap akan terbang menyinggahinya untuk menghisap manisan dan madu yang tersembunyi dalam stiga atapun kelopaknya.

Menjelang petang kelopak atau rangginya yang cantik menyinar dan memukau mata tadi menjadi layu dan sirna segala seri. Kemegahannya juga tidak melata lagi. Dan sebelum hari berganti malam kelopak itu akan luruh dan tamatlah riwayat sekuntum bunga kembang pagi.

Demikian juga nampaknya apa akan berlaku atau sedang berlaku terhadap ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkifli Nordin kini.

Setiap tindak tanduk, aksi dan cakap-cakap ahli Parlimen berkenaan yang berlapiskan agama menjadi perhatian dan menghiburkan. Memandangkan kelantangannya membela agama mengkagumkan dan seolah beliaulah dari 222 orang ahli Parlimen itu yang berjiwa Islam tulen. Yang lainnya hampas dan palsu.

Tetapi bak bunga kembang pagi tadi, sesudah ia berkembang ia akan mendedahkan apa yang terkandung dalam kelopaknya yang dulu rapi dan indah dan dikagumi itu. Begitu juga dengan Zulkifli, cakap-cakap dan sikapnya sudah mula dapat dibaca ke manakah arah tujunya selepas ini. Semalam di Parlimen beliau membelasah parti PKR yang memberikan ruang dan peluang kepadanya untuk bergelar Yang Berhormat.

Walaupun dia seperti mensasarkan kepada Umno namun motif dan muslihatnya dapat ditangkap dengan jelas, kenapa beliau tergamak kritik PKR. Melihat kepada perubahan perawakannya kini tidak tidak hairan kalau beliau juga akan membalasah Pas mengikut jejak langkah "ahli Parlimen" itu.

Si jauhari hanya mengenali maknikam kenapa Zulkifli berlagak begitu. Ada sebab dan motifnya. Sifir politik bagi mereka yang pakar dikuasinya seperti sifir dua saja. Pejam mata atau sambil lakukan kerja lain pun boleh ingat. Begitulah dengan orang politik yang hafal sifir politik.

Apabila Zulkifli bercakap songsang maka adalah cerita di sebaliknya. Bila di belasah paritnya sendiri kononnya nak tunjuk hero dan pembela Islam nombor wahid maka adalah buah dan matlamatnya.

Perubahan sikap dan nada, serta penampilan rencungnya bermula apabila kerusinya (Parlimen Kulim - Bandar Baru) dipetisyenkan oleh calon BN, Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Bermula detik ini beliau telah mula bercakap dengan suara terlekat di dalam halkum. Nadanya juga berubah angin dan air liurnya juga yang biru muda sudah bertukar menjadi biru pekat. Warna hijau langsung tidak ada lagi.

Keadaan menjadi lebih ketara lagi apabila Aziz menarik balik petisyen untuk kerusi berkenaan dan beliau (Zulkifli) kekal sebagai ahli Parlimennya. Sesiapapun akan merasa hairan kenapa semudah itu Aziz menarik balik petisyen itu. Tentu ada perkiraan di luar mahkamah berhubung peristiwa itu?

Umno tidak sebodoh itu kalau mereka tidak mendapat apa-apa benefit dengan pernarikan balik itu. Di sini tentu sekali Zulkifli memberi harapan besar kepada Umno sebagai kontranya. Apakah dia? Jika tidak ada janji konkrit pasti petisyen itu tidak akan ditarik balik. Alasan penarikan balik oleh Aziz kerana masalah ekonomi juga tidak logik sama sekali.

Bagaimana pun perkara ini tidak dapat disahkan. Ia merupakan andaian saja. Zulkifli sahaja yang dapat mengesahkan samada betul atau tidak.

Cuma di sini ada satu versi kejadian yang boleh dikonsgi untuk menilai gerak dan hala tujuan Zulkifi ini. Zulkfili dikatakan telah menemui Najib sebanyak dua kali berhubung dengan kerusinya. Beliau sayang kepada kerusinya kerana sayangkan kepada elaun RM12,000. Beliau pertahkan kerusi bukan kerana nak jadikan wadah bagi menyuarakan Islam sangat tetapi untuk pertahankan elaunnya. Kalau nak perjuangkan Islam di mana-mana pun boleh. Selama ini pun beliau tidak jadi ahli Parlimen, tetapi beliau berjihad mempertahankan Islam, bahkan lebih lantang.

Hasil kunjungan hormat itu pihak Umno bersedia untuk menarik balik petisyen itu dengan syarat Zulkifli akan menyertai Umno. Kalau Zulkifli bersetuju, maka Aziz akan diarah tarik petisyen itu. Zulkifli keberatan pada mulanya untuk berbuat demikina, dan mencari helah lain. Namun pihak BN terus menekannya kalau tidak petisyen diteruskan dan kemungkinan besar kerusi itu terpaksa dikosongkan.

Akhirnya jalan tengah dicapai yang mana keadaan win-win situasi diambil iaitu petisyen itu ditarik balik tetapi Zulkifli tidak akan segera umumkan diri masuk Umno. Beliau akan mengambil masa dan ketika sesuai dan kalau perlu diciptakan kaedaan untuk membolehkan beliau berbuat begitu. Salah satu yang dicadangkan ialah melahirkan rasa kesal kepada PKR atau melakukan aksi-aksi yang menimbulkan kemarahan PKR.

Sebab itulah semasa forum anjuran Majlis Peguam berhubung "Peluk Islam", beliau vokal menentangnya. Kenapa? Disebabnya Zulkifli mahu menjadi kejadian itu sebagai tunning poit untuk beliau mula membuat onar sehinggakan dimarahi oleh PKR atau PR di mana dengan cara itu akan menghalalkan untuk beliau meninggal PKR!

Yakinlah Umno tidak bodoh dan melepaskan Zulkifli memiliki kerusi Kulim - Badar Baru begitu saja. Umno tidak sebodoh yang disangka. Pasti Umno meminta sesuatu cagaran sebelum berbuat begitu. Apakah cagaran itu? Insya-Allah saya akan korek dan menceritakan kemudian. [wm.kl 3:30 pm 24/10/08].

9 comments:

Mahyudin said...

Walaupun YB Zul masih di bawah payung PKR tapi beliau dengan lantang berani menegakkan kebenaran Islam dengan mengkritik golongan yang menghina Islam secara jelas nyata tanpa memikirkan kesensitifan umat Islam seluruhnya... Syabas YB Zul..Ini cukup kuat membuktikan bahawa perjuangan PKR selama ini hanya dihimpit oleh asakan-asakan daripada DAP supaya bangsa lain diberi hak kesamarataan. Di sini juga membuktikan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak sependapat di kalangan pemimpin-pemimpinnya sendiri...

painah said...

Salam Ustaz,
walaupun saya agak sedih jika apa yg ustaz tulis ni benar, bagi saya tak mengapalah jika Yb. Zul nak bertukar kapal.

Tentunya dia ada percaturan nya sendiri. Tentunya amanat pengundinya tidak penting berbanding nafsu yg dijanjikan

Dan kalu buleh biarlah secepat mungkin dia umumkan tindakannya keluar PKR. Lagi lama disimpam manusia seperti ini, ianya akan lebih membarah dan nanah2 busuk ini akan lebih memualkan.

Kalu manusia selantang DSAI bulih dipalitkan najis ketika bersama kapal yg dah nak karam tu, inikan lagi kalu setakat bunga kembang pagi.

PENDEKAR said...

bagai kera mendapat bunga......

luaskanmata said...

Amww:
Zulkifli dalam laporan 2008/10/24, NST, Zulkifli aims barbs at Bar Council mencadangkan agaar Bar Council yang ada digantikan dengan satu lagi Bar Council baru khusus untuk manfaat orang Islam.

Tak menghairankanlah jika cadangan tersebut datangnya dari beliau. Akhir nanti akan dicadangkan beliau satu gagasan politik untuk membela Islam. PAS dan PKR bukan lagi sesuai dan mampu membela Islam.

Memang jenis orang pengecut. Kulim tergugat disebabkan beliau yang tidak menhantar laporan perbelanjaan.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Semua orang tahu tu.

Islam telah menggariksan sikap dan golongan mereka yang benar-benar beriman dan golongan kafir serta munafik.
Salam jihad.

Anonymous said...

Saudara Sayuti...

Suka ssekali saya membaca analisis saudara tp janganlah sampai terlalu ber'prasangka'.Siapa tahu kalau2 mmg betul YB Zul ikhlas dalam tegurannya?Apakah setiap org kena membodek/tidak boleh mengkritik PR/PKR?Saya percaya ramai yg menyokong dan menentang PKR apabila YB Zul hendak dikenakan tindakan.INi bukan salah YB Zul tp salah PKR sendiri.Ingatlah,tuduhan hendakkan elaun,kalau YB Zul hendak,boleh dapat lebih daripada itu,bukan setakat 12,000 sebulan sahaja...jangan nilai setiap org yg tidak sehaluan dgn kita dgn wang...teruskan beranalisa cuma hati2 ya.Maaf kalau2 terkasar bahasa.tk_Nik

Anonymous said...

Oleh: Ahmad Al Pintu

Kalau boleh MSO siasat apa yang pernah dilakukan oleh Zulkifli. Beliau adalah ahli PAS dan menjadi calon PKR pada tahun 2004, kalah. Kini di Kulim dan menang.

Apakah masih menjadi ahli PAS?

Di dalam PAS juga beliau bermasalah. Malah ada yang bimbang bahawa dia sebenarnya bekerja dengan SB.

Saya harap saya salah. Tapi harap tuan siasat ok!

Wassalam.

Anonymous said...

aku harap YB zul tak kan berubah hati...harapan aku ini sumer adalah fitnah semata2.....moga2 YB Zul masih seperti dahulu...MSO aku harap apa yg ko dok coleteh ni tak betul!!! jgn api2kan perpecahan PR...singkirkan dulu BN laknat tu...aku dah sanggup lg hidup ditindas oleh pemimpin zalim! tumpukan pd usha tukar kerajaan keparat ni...jgnla di pecah belahkan PR...

Ahmad said...

Saya rasa kata-kata terhadap YB Zul itu adalah fitnah selagi tidak terbukti. Cara anda menuduh YB Zul itu bukanlah cara yang digariskan oleh Islam.

Janganlah kerana anda takut PR kehilangan sokongan dari para penyokong bukan Islam, yang jelasnya amat memarahi YB Zul, maka saudara sesama Islam sendiri pun anda buruk burukkan, semata-mata kerana mendengar desas desus dan bisikan yang entah betul atau salah. Anda patut benar bertaubat.

Anonymous said...

Dari sumber yang saya dapat memang dia dah masuk poket UMNO tunggu masa aja nak masuk UMNO,khabarnya selepas bulan Mac sesudah Najib jadi PM. Apa yang MSO tulis memang saya percaya.Dia ni pun sama warna dgn Ibrahim Ali.