Tuesday, October 7, 2008

Celoteh Murai 6

Ibrahim Marahkan Murai

TAK sangka Murai ahli politik yang mengaku profesional, Ibrahim Ali boleh melenting bila terkena batu kecil ke atas kepalanya yang Murai lontar. Malam tadi dia ada hantarkan SMS kepada Murai bernada kesal, marah dan ugut. SMS itu ekoran celoteh Murai yang dipostingkan kelmarin dalam blog ini.

Begini bunyi SMS Brahim; Bisa mu sayuti... mu nak aku serupa Husam. aku ada salah apa dengan mu... bolehlah kalau nak uji aku. lama juga aku sabar dengan mu... bisa mu deh. From: Ibrahim Ali 8:10pm.

Sebelum itu ada satu lagi SMS, dia forward SMS yang orang hantar kepadanya, berbunyi; guana sayuti gode demo kuat sangat. baru balik Mekah dan bahe orang... (nama). (Aku ada hutang ke dengan mu sayuti). From: Ibrahim Ali 5:35 pm. Dalam berket itu adalah ayat yang Ibrahim tambah.

Mulanya Murai tak nak balas. Lagipun dah lama dia tidak berSMS dengan Murai. Kali terakhir dia balas SMS Murai semasa Murai di Makkah.

Lepas fikir baru Murai balas; Demo tak pernah berhutang duit dengan kawan satu sen pun. Kritik adalah tugas kawan. Kawan bebas macam demo juga. Kalau demo tak senang dengan kawan, kawan juga tak senang dengan demo. Malam ni baru kawan tahu demo tak senang dengan kawan. Tak pa la lepas ni kawan tak kritik demo lagi. Tapi demo ingatlah apa yang dah kawan lakukan untuk demo sebelum ini. T kasih.

Lepas tu dia balas balik dengan nada sikit lembut berbunyi; T Kasih Ti. Kritik boleh. Sebelum pun kawan tak kisah. tapi bahasa dan cara biarlah beradab sikit. apatah kita lama berkawan. saya sentiasa hormati kebebasan sesiapa. saya sebelum ini pun macam-macam orang tulis hal saya. saya tak kisah. tapi ramai yang tahu kita berdua kawan rapat. saya tak larat nak jawab. sekarang terpulang pada demolah. kawan tak jual dulu atau mula bermusuh dengan sesiapa dulu cuma orang jual dulu... tengoklah.. allah maha kuasa, malapetaka nak jadi mudah saja. terpulang kepada manusia. t kasih dan salam."

Lepas tu Murai balas dan dia balas pula dengan ringkas; "Ikutmulah..."

Memahami kenapa ahli Parlimen Bebas itu marahkan Murai kerana dia tidak larat nak jawab bila orang tanya fasal kritikan Murai kepadanya. Dia kesal kerana dia berkawan baik dengan Murai tapi Murai godem juga. Nampaknya dia tahu dan reti kesal dan tidak larat nak jawab bila Murai kritik dia. Tetapi dia lupa yang Murai juga tak larat nak jawab bila dia buat perangai bebas tidak tentu fasal, kritik sesiapa saja yang dia suka termasuk puak Pas dan Anwar Ibrahim.

Dia tidak tahu Murai menanggung pedih dan disinis setiap kali dia bercakap songsang di Parlimen, dalam tv atau dalam surat khabar. Mungkin dia merasakan Murai tidak perlu peduli sikapnya itu. Apa kena mengena Murai dengan Anwar dan puak Pas!

Barang kali dia lupa apa yang berlaku sebelum ini, sebelum jadi MP. Murai nak jelaskan kepada dia, Murailah yang bertanggungjawab membawa dia masuk ke rumah Anwar semula selepas dia mengecam Anwar kerana sokong Mahathir dulu. Murailah juga bawa dia jumpa Nik Aziz, kecek Husam dan pengaruh Ismail Nuh (di Makkah) agar serahkan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada dia dan sokong dia dalam pilihan raya. Apa yang Murai lakukan itu kerana nak tengok dia menang, jadi ahli Parlimen.

Sepatutnya Ibrahim reti dan faham mengenai ini. Tahulah sikit menghormati orang dan menilai apa yang orang bantu kita. Jangan jadi seperti si buta bila lepas seberang jambatan buang tongkat.

Murai hormati dan setuju kalau dia nak terus bebas. Tetapi biar profesional dan jangan sentuh hal-hal personal orang lain. Becakaplah atas isu kegemarannya iaini Melayu. Perjuanglah Melayu habis-habisan. Tunjukkan kehebatan dan kesungguhan dalam memperjuangkan Melayu. Tumpahkan darah demi Melayu tidak mengapa.

Akhirnya Murai ingin tinggal Ibrahim Ali dengan stail politik tidak bermoralnya itu. Murai cukup faham dan mengerti dengan spesis orang politik. Mereka akan merendah, merayu dan meniarap ke bumi kalau tidak ada kuasa. Sebaliknya akan ego, besar kepala, lenggak ke langit dan cakap melampau batas bila sudah ada kuasa. Apa nak buat Tuhan telah jadikan spesis orang politik demikian, tidak terkecuali kepada sesiapa.

Kepada Ibrahim ingin dijelaskan sekali lagi, selepas ini Murai (MSO) tidak akan merugikan dakwat emasnya lagi dengan mencatat nama sdr di mana-mana tempat pun kecuali Ibrahim boleh memahami hati dan tanggungjawab Murai sebagai penulis. Atas keterlanjuran (ikhlas) budi baik sdr kepada Murai selama berkawan sehingga ke pinggir Everest diucapkan terima kasih dan selamat berjaya dengan stail politik sdr.
Murai: Tetap akan menyanyi-nyanyi di dahan rendah! [wm.kl 8:30 am 07/10/08]

7 comments:

Anonymous said...

bakpo saudara MSO sentuh orang lagu tu....banyak benda lain lagi boleh diperjuangkan bukannya cara hal parti lompat sokmo tuh....
bila buat cerita tak molek pasal dio cpt2 lah melenting dio tapi bilo buat cerito molek sikit kipas sikit, woi bukan main dia puji....bilo gambar dia kluar besar dlm papaer semasa bakar sate...habis semua dia sms wartawan ucap terima kasih....puji gambor lawa, cerita bagus...padahal gambar sejemput jah tubik pastu gambar tuh hanya bernama jah ambik org lain tumpang wat masuk dlm surat khabar....mmg tak betul la org lagu ini
salam aidilfitri...pasni bo la caro dio...gunakan kematangan anda bila berdepan dgn org lagu ini....semua org tahu doh perangai dio dan semua la family diao lagu mana

layman said...

askum saudara mso,
tak sangka marah sungguh brahim ali dengan mso. pada saya elok sekali kritikan dikenakan pada brahim ali supaya dia tidak lupa pada kawan-kawan dalam pakatan rakyat yang telah mengangkat kembali dirinya di dalam arena politik malaysia. teruskan kritikan terhadap brahim ali kerana pasti ada yang berminat mengetahuinya

Anonymous said...

Menarik jugak kisah ni,Ibrahim katak pada pandangan ambo,apa-apa pandangan dan kata-kata memang tak bolih pakai langsung kerana dia tak ada pendirian.

Teringat: Tengok ibrahim ali di balai Islam tahun 90-an semasa S46..duduk atas pentas sambil cukil tahi gigi..tak ada klass langsung.

'Ibrahim Ali seperti kera , sama-sama panjat pokok rambutan yang manis bila rambutan dah habis bising cari pokok rambutan lain dan kata pokok rambutan yang dahulu masam la , putik la,tak lekang la,padahal dia dah pulun habissssss.......!

Anonymous said...

kadang bila pikir balik memang tkde kebebasan yang mutlak dalam kehidupan ni...(teringat kata tun mahathir).. sebab bila kita pikir kita bebas kita kadang2 agak sukar untuk memuikirkan tentang kebebasan orang lain... so jadi la cam berahim ngan mso ni... kerana masing2 pikir diri bebas kawan baik pun boleh marah2.. nasib baik dua2 asal dari orang2 gedebe (kelantanis)so tk adi masalah kot...

Anonymous said...

Salam Syawal kepada 'Murai'
Berkokoklah atas nama kebenaran, dunia dan isinya akan tetap bersamamu.

Juga salam kepada 'Katak'
Sedarilah diri sebelum melompat dan sebelum memanggil hujan. Kerana lompatan bebas yang dibuat sebelum ini tak kemana-mana. Jatuh atas jalan terus dilenyek tayar kereta. Nyayiannya tidak mendatangkan hujan.

Selepas melompat dengan jayanya dikala 'Purnama' Katak mula menyanyi sumbang di satu Majlis rasmi anjuran PAS di Putik, sebaik saja selepas pilihanraya. Pada masa tu Tok Guru Nik Aziz ada, YAB MB Kedah ada, Dato' Husam tak sah cerita la, mesti ada.

Nyayian sumbang dan panggilan hujan diteruskan dalam satu ceramah di Teratak Pulai. Ramai penganjur menyesal kerana nada katak mulai berubah. Nyanyian semakin sumbang.

Untuk makluman Murai, Apabila Katak diberi peluang bertanding parlimen Pasir Mas atas lambang Purnama. Saya pernah ura-urakan nak bertanding atas lambang bebas. Saya dah khabarkan kepada kawan-kawan di Kota Bharu, Pasir Mas, pengkalan Chepa. Memang semua mereka melawan. Cuma beberapa kekawan di pasir Mas no komen tapi bersetuju dengan Hujah saya.

Saya berasal di Pasir Mas. Saya pernah menjawat beberapa jawatan dalam Dewan Pemuda di Pasir Mas, semasa saya muda perkasa dulu. Saya mencongakkan saya mungkin boleh undi calon bebas melebihi Undi Katak semasa Pilihan raya Kecil Pengkalan Pasir. Mampuh pozek pun tak apa. asalkan Katak tak menang. TAPI Kalau katak tak menang. pasti BN yang menang. Tu yang tak syok tu. Cita-cita terbatallah. Tapi hati kecil ini masih tidak dapat menerima kerusi Pasir Mas di serahkan kepada Katak Bebas walaupun berlambangkan Purnama.

Tetapi oleh kerana semasa PRU-12 dulu saya di tabalkan sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi satu kawasan parlimen di Kelantan. Hasrat tersebut saya padamkan terus. Kerana tugas baru saya ialah memastikan 1 Parlimen dan 3 DUN dimenangi oleh PAS.

Steady murai, berkokok lah lagi. Secara prinsipnya saya tidak boleh menerima MP Lagak Ngeri (yang suka melompat) Hatta untuk Kerajaan Pakatan Rakyat sekali pun.

Sebab melompat mesti ada makna dan habuan dalam dunia politik malaysia hari ini. Kertas Kepala Agong segala-galanya.

Maaf Zahir & Batin sempena Syawal ini.

Ruzis said...

Salam untuk MSO,

"Power is corrupt" dapat ditafsir pelbagai. Bagi yang berjuang secara ikhlas, anggap kuasa sebagai amanah, iman jadi landasan, "power" adalah "kenderaan" mencari keredhaan Allah.

Secara kasarnya, kita dapat menilai seseorang ahli politik itu berwibawa atau tidak atau ada kelas atau tidak ketika respons dia terhadap kritik orang lain terhadap dirinya. Kegagalan melihat kritik orang lain sebagai negatif ketika itulah dia telah gagal sebagai ahli politik kelas tinggi.

Satu hal lagi, soal berbudi. Islam menuntut kita menghargai budi orang. Ibrahim tahu bahawa dia tidak menjadi MP kalau tidak kerana usaha MSO. Namun, begitulah sikap politik orang politik, apabila kuasa di tangan, segala-gala yang tidak membawa keuntungan politiknya akan dibuang.

Ibrahim Ali hanya berminat jika seseorang memujinya, mengangkatnya, menjunjungnya sahaja. Satu sikap "klise" ahli politik UMNO (jangan bimbang, dah nak karam).

Ibrahim Ali merupakan satu contoh ahli politik kelas "rendah" dan "tidak mengenang budi". Keinginannya untuk berubah ke arah berpolitik secara murni tidak berlaku.

MSO tidak perlu marah, kesal, atau kecil hati. Apa yang dilakukan MSO saya rasa dengan niat untuk melihat Ibrahim Ali memakai pakaian politik baru. Allah maklum niat kita. Soal Ibrahim Ali, biarkan dia bergelumang dengan stail politik tidak ada kelas itu. Saya yakin, stail itu sudah tidak relevan lagi dalam arus politik perdana.

Sebenarnya, dengan tindakan Ibrahim ini, dia sebenarnya telah memalukan dirinya sendirinya, bukannnya MSO!

Wallahualam.

Faizal Riduan said...

Tuan MSO,

Terima kasih kerana hari ini tuan menyingkap kembali sejarah Ibrahim Ali. Maaf sehebat manapun Ibrahim Ali sampai saya terbawa membawa bibliografinya tetapi saya sedih dengan politikus Melayu seperti ini!

Saya kira Ibrahim Ali patut berterima kasih dengan Parti PAS kerana benarkan beliau bertanding mewakili legasi parti itu di Kelantan.

Saya kira kalau Ibrahim Ali kekal sebagai calon bebas alamat terbabaslah beliau dalam kerjaya politiknya.

Ibrahim Ali memang seorang politikus yang sarkastik! Saya percaya jika PAS meletakan calon India tunggalnya, Kamutha menentang Ibrahim Ali (tidak kira beliau mewakili UMNO atau Bebas) maka saya yahin rakyat kelantan akan kekal memilih PAS biarpun calonnya bukan beragama Islam seperti Ibrahim Ali!