Thursday, October 30, 2008

Celoteh Murai 11

Kalau Banyak Mengomen Nanti Mulut Jadi Berulat

Pagi ini Murai terima satu sms dari peminat Murai, entah burung apa mungkin Tut-tut atau burung Pekakasa Udang barang kali. Dia memberi tahu ahli Parlimen itu berkokok lagi. Tut-tut juga tidak senang dengan bunyi suara ahli Parlimen itu. (Perhatian mulai keluaran ini Murai nak ubah sikit panggilan kepada ahli Parlimen itu dengan nama baru Salientia.

Salientia adalah bahasa Latin yang maksudnya tidak payah Murai uraikan. Bila sebut ahli Parlimen Salientia mungkin sudah pun faham mengenai gelagat dan juga perangainya.

Pengirim itu menyuruh Murai membaca kokokan si Salientia di dalam akhbar. Murai ni jenis lurus bendul dan terus membelek surat khabar berkenaan. Beritanya ialah si Salientia itu meminta kerajaan Kelantan berfikir bagaimana untuk menambahkan kewangan negeri. Disuruh juga kerajaan negeri kebih kreatif dan agresif dalam mencari ikhtiar untuk menambah pendapatan kewangan negeri.

Murai setuju dengan cadangan itu. Setiap masa dan setiap musim kena agresif dan kreatif mencari kewangan. Kalau kantong negeri tidak ditambah lama-lama rakyat jadi macam rakyat Unganda, pemimpin gemuk boleh berbini dua tiga tetapi rakyat masih dok kayu becak dan cari etok dalam sungai Kelantan.

Cuma Murai nak ingatkan jangan gunakan cara tidak dibenarkan Allah. Misalnya dengan cara rasuah. Make-up harga ataupun bantai komisyen ratusan ribu. Misalnya buat jambatan harga sebenar RM80 juta akhirnya diangkat menjadi RM160 juta. RM80 juta pakat bahagia dengan kawan-kawan dalam Gua Tunggal! Atau pun jual hutan simpan atau kawasan balak kepada syarikat tertentu dengan keuntungan tersembunyi sebanyak RM20 juta.

Cara begitu namanya bukan kreatif tetapi nak makan pitis rakyat.

Begitu juga dengan agresif, Murai setuju kita kena agresif yang progresif. Tetapi kalau landa dan rempuh tidak kira apa yang ada di hadapan semua makan; cacing, ulat, keklatu, lalat, lipas, lipan dan bangkai biawak itu bukan krestif tetapi itu dinamakan pelahap dan tak ada adab.

Begitu juga kalau orang yang membantu kita, menolong kita kita maki dan kita sumpah... kita nafikan perngorbanan orang itu namanya bukan kreatif tetapi itu tidak mengenang budi. Perangai macam itu samalah dengan haiwan yang memakan buah salak.... upp...uppppp.....!

Berbalik kepada si Salientia tadi, apakah dia tidak nampak apa yang kerajaan Pas telah buat. Apakah projek pelihara kambing Jamnapari, tanam pohon depu, buat duit dinar, bagi duit pada orang dah mati... itu bukan kreatif namanya! Mana ada negeri lain buat projek-projek itu semua! Khabar terbaru kerajaan Kelantan nak ternak semut dari Afrika pula! Pulak... (bolehlah Murai tumpang makan, sebab Murai makan telor semut!)

Si Salientia itu kononya bila dia membuat cadangan itu nak tunjukkan dia pandai dan bijak, ada akal dan ada otak. Murai nak tanya sikit saja, kalau dia sudah hebat sudah lama dia jadi MB Kelantan atau setidak-tidaknya jadi Exco paling komang Exco Kebajikan. Tetapi nampaknya dia masih terkial-kial dan menang dalam pilihan raya pun kerana atas kesian balas orang saja. Potong kelingking nenek dia kalau bukan Pas tolong dia takkan menang.


Jadi kalau kita tidak memiliki apa-apa kepakaran dan kehebatan hanya ada perut gendut dengan mulut rabit saja, tak usah cakaplah buat orang suka saja. Murai pun nak tergelek... kit... kit... kit. Janganlah banyak mengata dan mengomen orang nanti mulut jadi busuk dan penuh ulat.

Murai: Boleh pijak dibumi dan terbang di angin, tetapi tidak boleh bernafas dalam dua alam macam Salientia.
[wm.kl]

No comments: