SATU pertemuan sambil makan tengah hari dikalangan blogger tidak berparti telah berlangsung di sebuah hotel yang di Jalan Sultan Ismail di Kuala Lumpur tengah hari tadi. Pertemuan itu dinamakan sebagai cease fire atau "gencatan senjata" sesama blogger di mana masing-masing bersetuju untuk melupai isu politik buat sementara waktu dan melupai agenda untuk mengangkat idola masing-masing.

Menurut beliau ilham untuk memanggil para blogger dalam satu majlis seumpama itu timbul apabila mengenangkan apa yang berlaku dalam politik Indonesia. Katanya politik Indonesia kini sedang menuju kehancuran kerana campur tangan anasir luar yang tidak dibendung oleh para pemikir yang terlalu sibuk dengan polemik sesama sendiri.
"Mudahan pertemuan ini akan membuka jalan dan memberi peringatan kepada kita bahawa kepentingan negara lebih utama dari segala kepentingan lain," katanya yang terharu dengan kesudian blogger menyahut jemputan itu.
Antara mereka yang hadir ialah Syed Hussein Alattas, Yassin Salleh, Rohanie Ahmad, Yahaya Ismail, Abdul Muluk Daud atau Dharmalan NS, Abu Bakar Ninggal, Salahuddin Hashim, Zabidi Saidi, Zakaria Bidin, Johari Ismail, Yusuf Merah, Don Hussein, Sudirman Ahmad, Azman Aziddin, Norazman Khamis, Talib Omar, Zainordin Ab Rani, Wan Ahmad Talib, Maidin Othman dan lain.
Pertemuan itu juga memberi kesempatan para blogger mengucapkan selamat hari raya antara satu sama lain.

"Sudah sampai masanya kita bersatu dan membela diri kita sendiri. Lupakan politik sekejap....selama ini kita asyik membela diri orang politik saja, jadi mulai sekarang kita kena bangun membela diri sendiri," ujarnya disambut dengan tepok tangan bergemuruh.
Apa yang diperkatakan Pak Habib dipersetujui oleh Yahya Ismail. Di mana menurutnya kalau penulis dan blogger bersatu sudah pasti ia tidak akan diperkecilkan oleh orang politik.
"Selama ini penulis diperkecilkan dan kehadiran kita tidak dirasai kerana kita tidak bersatu menyebabkan kekuatan atau senjata yang ada kepada penulis mereka (orang politik) tidak nampak dan kita dirasakan tidak memberi impak kepada mereka," tambahnya lagi.
Tetapi tekan Pak Ya kalau penulis atau blogger bersatu sudah tentu mereka (orang politik) akan takut dan akan memberi reaksi atas apa-apa juga pandangan yang dilontarkan oleh penulis.

Satu resolusi ringkas diambil pada pertemuan itu di mana para bloggers diminta membantu Rohanie dengan menulis dan mendedahkan pengalaman dan ketokohan bekas ahli Parlimen Parit Sulong dan juga bekas Pengerusi Backbencher itu.
"Kita hendaklah bersatu memberi sokongan kepada rakan kita dengan harapan beliau (Ron) akan dapat membawa suara penulis ke dalam arus politik perdana," kata Pak Ya disambut tepukan bergemuruh.
Rohani yang terharu dengan sokongan itu bangun memberi penjelasan kenapa beliau menawarkan diri untuk jadi ahli MT. Katanya beliau mulanya tidak berminat tetapi setelah didesak oleh rakan-rakan akhirnya beliau bersedia untuk menawarkan diri.
"Saya lihat Umno kini sudah menyimpang jauh. Perjuangannya bukan lagi untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah dengan sedikit pengalaman politik dan demokrasi yang ada hasil pendedahan saya di peringkat antarabangsa saya akan cuba memperbetulkan penyimpangan itu," katanya sambil mengharap kawan-kawan akan membantunya kerana beliau tidak ada jentera kempen seperti calon-calon lain dan semata-mata menyerahkan diri atas budi bicara perwakilan.

Dan ketetapan atau pun persetujuan yang dikira besar diambil pada pertemuan itu ialah meminta kerajaan melantik di kalangan penulis dan blogger sebagai ahli Dewan Negara di masa akan datang.
Alasannya kalau OKU, artis dan bintang filem boleh dilantik menjadi Senator sebagai mewakili kumpulan atau entiti masing-masing kenapa tidak dengan penulis. Belum ada seorang anggota Dewan Negara yang diangkat dari kalangan penulis dan sasterawan. "Penulis juga tidak kurang dengan ilmu malahan penulislah yang menjadi pembentuk fikiran rakyat sewajarnya diletakkan di Dewan Negara," tekan Syed Hussein.
Dua nama telah dicalonkan untuk diangkat menjadi senator, Yahaya Ismail dan Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS. Kedua mereka merupakan sasterawan dan penulis yang mapan banyak melahirkan buku dan (tulisan) kritikan politik dan sosial. Dharmala NS sebenarnya memiliki dua degree politician dan sasterawan. Beliau berdua mampu memberi sumbangan bermakna kepada negara dalam konteks pembangunan siasah dan sosial negara.
Perbincangan berhubung beberapa resolusi yang diambil pada pertemuan hari ini mungkin akan didalami lagi pada pertemuan akan datang yang dijangkakan akan diadakan di rumah Pak Habib di Janda Baik pada 26 Oktober depan. Perhatian: Maaf kerana gambar kurang bermutu. [d' kota kl. 3:30 pm 21/10/08]
3 comments:
Tuan MSO,
Sampai hati tidak mengundang saya. Mentang-mentanglah kami ini penulis amatur nama kami dicicirkan ya eheheh.
Apapun tahniah untuk majlis keraian tersebut. Tetapi rasanya Tuan Ron lebih sesuai kekal sebagai blogger kerana beliau telahpun berusia dan pernah menjadi ahli parlimen. Berilah laluan kepada muka baru.
Saya khuatir jika orang lama kembali menjadi trend nanti dikhuatiri Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri sekali lagi eheheh.
salam MSO,tahniah kerana kesuburan minda semakin dipupuk.saya sangat bersetuju jika pertemuan seumpama itu kerap kali diadakan.
saya kurang setuju dengan faizal riduan berkenaan hasrat Datuk Ron bertanding ahli MT.saya gembira apabila beliau mengambil langkah demikian kerana sekurang-kurangnya masih ada ahli UMNO yang begitu setia menabur bakti.jangan seklai-kali menyamakan Tun Mahathir dengan beliau.terlalu banyak sebab dan saya percaya MSO lebih tahu.
Dato' Ron adalah anak kapal yang baik sayang beliau masih mahu berada di dalam kapal yang sedang tenggelam.
Tempat betul bagi anak kapal yang baik adalah berada di dalam kapal yang baik... yang sedang belayar elok menuju pulau harapan.
Post a Comment