Thursday, October 30, 2008

Sebelum Maghrib

Najib Dan Rosmah Sedang Berdoa

TERBARU Penganalisa Politik Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Sharriibuu. Bagaimana dua tertuduh Cikf Inspketor Azilah Hadri, 32 dan Koperal Sirul Azha Umar, 37 diminta membela diri.

Pihak pendakwa bagaimana pun akan membuat rayuan ke atas pembebasan Abdul Razak, demikina laporan media dipetik.


SEKIRANYA hari ini Rosmah Mansor tidak uzur (periode) mesti dia akan bersembahyang berjemaah bersama suaminya Mohd Najib Razak. Najib akan menjadi imam atau belajar-belajar untuk menjadi imam kerana Mac depan beliau akan menjadi PM. Sekiranya Najib bercadang untuk meneruskan konsep Islam Hadhari yang dipelopari Abdullah Ahmad Badawi itu, Najib kena belajar menjadi imam.

Belajar membaca al Fatihah dengan betul, balajar tajwid, sebuatan dan sebagainya. Yang penting juga belajar berdoa, kerana selepas selesai sembahyang biasanya imam kena berdoa.

Sekiranya Najib tidak hafal untuk berdoa dalam bahasa Arab, berdoa dalam bahasa Melayu pun tidak mengapa, Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha segala-galanya. Allah tahu apa yang kita tidak tahu!

Ada dua doa yang mungkin akan didoakan oleh Najib pada Maghrib ini kemudian membawa ke Isyak kemudian ke Subuh, iaini doa agar besok tidak ada apa-apa perkembangan tidak baik berlaku kepada kes bunuh Altantuya yang melibatkan pakar perunding dan penasihat politiknya Abdul Razak Baginda. Razak dituduh bersubahat membunuh Altantuya dengan Chif Inspektor Azilah Hadri bersama Koperal Sirul Azhar Umar.

Esok mahkamah Mahakamah Tinggi akan menentukan apakah mereka bertiga akan dibebaskan dari tuduhan membunuh itu ataupun akan dipanggil membela diri. Sekiranya terdapat prima farcie ketiga mereka akan dipanggil membela diri.

Najib atau Rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan itu. Mereka berdua tidak perlu bimbang. Tetapi sekiranya ketiga mereka dipanggil membela diri sudah pasti banyak hal-hal yang tidak tersebut sebelum ini akan keluar. Baik Abdul Razak, Azilah atau Sirul mereka akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri mereka. Kes yang mereka hadapi itu sekiranya didapati bersalah menyebabkan mereka akan digantung sampai mati. Sebab itu rasanya ketiga mereka akan berusaha dengan apa cara sekali pun demi menyelamatkan jiwa raga mereka.

Kenapa Najib atau Rosmah mendoa dan meminta agar mereka bertiga selamat kerana sebelum ini nama mereka turut dibabitkan secara tidak langsung berhubung kes berkenaan. Nama Najib turut disebut semasa perbicaraan kes berkenaan. Manakala nama Rosmah pula dikaitkan secara terang menerusi satu surat sumpah (SD) yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra Kamaruddin mendakwa Rosmah tahu bagaimana letupan mayat Altantuya itu dilakukan.

Kes berhubung surat berkanun dibuat Raja Petra itu masih dalam perbicaraan dan mahkamah masih belum menentukan apakah ianya boleh diterima atau tidak!

Sudah pasti walaupun kaitan itu mungkin berniat jahat tetapi kalau dalam perbicaraan membela diri ketiga-tiga tertuduh itu kelak, nama mereka akan turut disebut dan dikaitkan ia boleh memberi kesan dan implikasi buruk. Tambah-tambah lagi kepada Najib yang akan dinobat sebagai PM pada Mac depan.

Adalah tidak manis sekali kalau nama bakal Perdana Menteri disebut dalam mahkamah yang membicarakan yang membicarakan kes membunuh. Ia boleh menyebabkan akan timbul berbagai persepsi. Pembunuhan Altantuya bukan pembunuhan biasa seperti pembunuhan penagih dadah. Kesnya mendapat perhatian dunia kerana ia sangat kejam dalam sejarah pembunuh negara ini di mana mayat atau badannya diletup dengan menggunakan peledak C4 kepunyaan tentera.

Perkara kedua yang mungkin kedua lakibini itu doakan selepas Maghrib nanti, membawa ke Isyak kemudian ke Subuh ialah meminta agar mesyuarat MT Umno yang dijangka esok akan membawa perkembangan yang menggembirakan mereka. Apa yang tentunya akan didoakan biarlah esok akan adakan tekanan baru ke atas Abdullah Ahmad Badawi untuk mempercepatkan persidangan Umno pada Disember depan. Biarlah Tuhan memberi kegagahan semangat dan keberanian luar biasa kepada Muhyiddin Yassin untuk terus membuat tekanan kepada Abdullah Ahmad Badawi... ya Allah!

Banyak untung dan baiknya bagi mereka berdua kalau Abdullah mempercepatkan perhimpunan agung Umno. Bila cepat Abdullah turun maka cepatlah pula Najib akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Melewatkan peralihan itu boleh membahayakan Najib. Najib dan Rosmah mungkin arif dalam politik apa saja boleh berlaku termasuk hal-hal diluar perkiraan manusia. Sumpah dan janji orang politik tidak boleh dipercayai tetapi jangan rasa mustahil dengan tindakan orang politik! Itu madah saya.

Pangkat dan kuasa dalam politik macamlah makanan yang hendak disuap ke mulut. Ada kalahnya sebelum sempat dilontar ke mulut walaupun ianya sudah berada di bibir, makanan itu tuk... jauh ke tanah kemudian dipatut pula oleh ayam dan itik. Apa yang mencemaskan Najib dan Rosmah ialah takut peralihan kuasa itu menjadi peralihan angin sahaja. Nyanya...!

Kepada Najib dan Rosmah selamat berdoa! [wm.kl 6:55 pm 30/10/08]

No comments: