Beberap hari lalu telah disiarkan bahagian pertama. Banyak reaksi yang saya terima berkaitan rencana berkenaan. Paling mengejutkan ada mengatakan saya telah berbaik dengan orang baju petak-petak merah. Kononya saya berjumpa beliau semasa di Makkah! Saya ingin jelaskan saya tidak pernah berbalah seperti mana yang dianggapkan. Apa yang saya lakukan saya mengkritik dan menengur untuk menyedarkannya dan saya melayani orang baju petak-petak merah seperti mana beliau tangani saya. Saya mendahului perjuangan daripada kepentingan lain yang bersifat duniawi. Harap maklum dan faham! - MSO
Bahagian Kedua Akhir
Perihal Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
BERLAINAN dengan Setiasuaha Politik MB yang ketiga ini, Sdr Annual Buhkri Haron. Jika dilihat dari segi wajah dan aksesori dirinya pun ia berbeza dengan dua Setiausaha Politik MB sebelum ini. Dengan rambut kerinting panjang, kekadang memakai kupiah dengan selempang di bahu macam Akhil Haiy atau kiayai dari Indonesia apa lagi memilik jiwa seni beliau lebih layak menjadi seorang seniman daripada Setiausaha Politik.
Memang pun Anual Bukhri seorang penyair, pencipta lirik lagu dan juga sesekali mengalunkan suaranya. Khabarnya sudah ada LP? Beliau lebih sentimenal, menyendiri dan tidak berperwatakan ‘jelingah’ sebagai seorang Setiausaha Politik yang perlu lincah, menarik dan tahu mencuri hati pelanggan bosnya. Jarang seorang Setiausaha Politik memiliki kemahiran dan berjiwa seperti beliau.
Cara kerjanya juga semacam dalam senyap, seperti mana mesej jiwanya yang hendak disampaikan kepada publik secara 'diam berisi' menerusi patah-patah puisi atau lirik lagu yang melenkolik ditulisnya?
Kerana jiwanya memiliki dua sempadan politik dan seni menyebabkan beliau hilang tumpuan kepada kerja. Ada kalanya beliau lebih jauh berjalan untuk memasarkan buku-buku puisinya daripada berjalan untuk mengatasi kemelut politik dihadapi oleh Menteri Besar Kelantan. Kerjanya juga terlalu sistemetik sehinggakan ia menjadi Nik Aziz sebagai burung yang hanya boleh dilihat sementara dia saja yang boleh mengelusnya.
Banyak mulut yang memberi tahu saya perihal Setiausaha Politik ini. Sengaja saya pendamkan sehinggalah penulisan kecil ini yang memungkin menggangu beliau dipamerkan. Saya ada pengalaman tersendiri dengan Anual Bukhri ini. Pada saya dia lebih merasakan Nik Aziz adalah miliknya. Setiap orang yang ingin menemui Nik Aziz harus mendapat kartu menunggu darinya terlebih dahulu. Dasar terbuka yang dibuat Nik Aziz – bebas menemuinya, ditutup kejap oleh Annuar Buhkri dengan jawatannya itu.
Saya pernah mencuba (menguji) sejauh mana keterbukaan dan daya politik beliau untuk menginterviu Nik Aziz. Saya pohon melalui prosuder biasa dengan menghantar surat. Saya seorang yang berdisiplin dan tahu membezakan waktu mana Nik Aziz sebagai seorang manusia, Nik Aziz sebagai MB dan Nik Aziz sebagai Tok Guru.
Saya disuruh megemukakan soalan bertulis dan faxkan untuk diajukan. Seminggu kemudian saya mendapat surat yang ditanda tangani Annual Bukhri yang memberi penjelasan bagi pihak Nik Aziz berhubung dengan satu soalan saya daripada beberapa soalan yang dikemukakan. Surat itu memadai dan tidak perlu diadakan interviu soal jawab secara bersemuka seperti lazimnya yang dikehendaki seseorang wartawan. Saya yakin beliau tidak merujuk surat saya kepada Nik Aziz dan tidak memahami ilusi seorang penulis.
Saya tersenyum menerima surat itu dan mulai menilai sejauh mana mutu profesionalnya sebagai Setiausaha Politik. Dia langsung tidak memiliki kemesraan politik dan tetap membatasi ruang dan meletakkan Tok Guru Nik Aziz dalam sangkar selaku Menteri Besar pada setiap masa. Dia bekerja sebagai pegawai atasan kerajaan dan bukan sebagai seorang Setiausaha Politik. Mungkin kerana beliau seorang terlalu cinta kepada Tok Guru.
Walhal saya boleh menemui Nik Aziz di mana-mana saja untuk berbuat demikian. Tetapi kerana ingin menguji maka saya menemui jawaban mengenai kehebatan seorang tukang selampit bernama Annual Bukhri. Kenapa saya berkata begitu kerana saya memiliki ‘lesen besar’ untuk menemui dan bertanya apa saja kepada Tok Guru tanpa mematuhi peraturan dan mana-mana general order yang ditetapkan oleh sesiapa saja di dunia ini.
Untuk menenumui MB secara oficial lebih senang menerusi Setiausaha Sulitnya, Nik Azlan walaupun atas tujuan politik dan parti. Nik Azlan lebih bersikap sebagai ahli politik daripada seorang pegawai kerajaan. Anih. Saya juga kurang pastikan apakah Annual Bukhari berkerjasama dengan Nik Azlan demi kepentingan Tok Guru.
Anual Bukhri tidak ada agenda politik berupa untuk jadi Menteri Kewangan atau pun Perdana Menteri. Rupa dirinya sendiri tidak berperawakan ahli politik. Itu dirasakany. Namun gambaran itu sebenar tersasar ‘khilaf’ kerana beliau pandai mengambil peluang memantau dan mengolah pemikiran Nik Aziz mengikut alunannya atau pun mengikut petunjuk dari ketua keduanya. Pemikiran dan idea Nik Aziz juga diunder licensekan.
Ini dilakukan menerusi kenyataan akhbar bercetak atau tulisan-tulisan ringkas yang dihidangkan kepada umum. Beliau menggunakan nama Nik Aziz sedangkan idea, jalur pemikiran dan mesej yang tersimpul di dalam tulisan dan kenyataan itu adalah jalur dan pemikiran beliau perbadi yang bertunjangkan ideologi politiknya dan juga panduan kompoas bosnya yang lain.
Kalau tidak salah ingatan Tok Guru pernah bersunggut kepada saya satu masa ketika di Rumah Kelantan Kuala Lumpur bahawa beliau kadang-kadang sukar memahami tulisan (idea) Annual Bukhri kerana katanya berbunga-bunga sangat!
Apakah keadaan yang berlaku kepada Tok Guru kini beliau disekang dilema dahsyat? Bahawa pemikiran dan acuan politiknya sudah teracun dan rosak? Beliau tidak lagi berfikir menggunakan pemikiran mengikuti pendekatan siasah Islam yang diamalkan selamanya dan memberi kesedapan dan kelazatan kepada semua orang?
Tidak syak kalau ini berlaku orang bertanggungjawab ialah Setiausaha Politik. Kerana seperti tulisan ini di bahagian pertama orang yang menentukan jalur atau lebuh raya pemikiran (minda) seseorang yang menggunakan pakai khidmat pegawai Politik, adalah Setiausaha Politik.
Dalam hal ini apa yang berlaku kepada Tok Guru tidak lain dan tidak bukan ianya dimonitorkan Setiausaha Politiknya.
Dengan sedikit analisa ringkas berhubung karektor dan pemikiran ketiga-tiga bekas dan Setiausaha Politik Tok Guru, Wan Abdul Rahim, Husam dan Annual Bukhri... ini dapatlah diambil iktibar untuk orang politik dalam memilih atau melantik Setiasuaha Politik mereka masing-masing.
Fikir dan amatilah jalur pemikiran, pemahaman sisah dan latar belakang ideologi politik mereka terlebih dahulu. Kerana kalau sudah dilantik untuk membuangnya agak sukar, apa lagi kalau ada yang menahannya dengan alasan-alasan molok-molok pula walhal perbuatan itu dilakukan untuk menguatkan orang yang mempertahankannya itu sendiri. [wm.kl 10:15 15/09/08]
No comments:
Post a Comment