Sunday, April 17, 2011

Pos Lewat

Pakatan Buat Sidang Akhbar Bersama

MAsih ramai pemimpin Pakatan Rakyat berada di Kuching. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali, Presiden PKR Wan Azizah masih di Kuching. Sebelah pagi Wan Azizah kelihatan sedang minum pagi dengan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussein di lobi hotel penginapan mereka di Grand Continenal. Kebanyakan pemimpin PKR menginap di sini selepas hotel lain tidak benarkan merekah menginap dengan berbagai alasan.

Nasharudin satu satunya pemimpin trrtinggi Pas yang masih berada di sini turut hadir pada sidang akhbar bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang dikelolakan DAP. Hampir semua pemimpin tertinggi DAP hadir pada sidang akhbar berkenaan. Pengerusinya, Karpal Singh, penasihat Lim Kit Siang, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Turut hadir sama bekas Pengerusi DAP Selangor Ronnie Lieu dan Naib Presidennya Tengu Aziz.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah juga turut sama hadir.

Suasana di sidang akhbar bersama itu jelas sekali terpancar kegembiraan dari kalangan pemimpin DAP khususnya. Beberapa orang calon muda DAP yang menang juga turut samaa hadir. Mereka berdiri di belakang di sepanjang sidang akhbar. Kemudaan mereka menyebabkan orang tidak menyangka mereka adalah wakil rakyat dan mungkin akan menyangka sebagai anak para pemimpin.

Kegembiraan juga terbayang diwajah semua para pemimpin Pakatan Rakyat. Sebaik bertemu mata mereka bersaling berpelukan sambil mengucapkan tahniah di atas kejayaan

Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin juga masih di Kuching dan kebanyakan mereka akan meninggalkan Kuching esok atau lusa.

2 comments:

Ibnu Batutah said...

Ketakutan jelas terbayang di Sarawak apabila ada pihak yang enggan menerima 'tetamu'dari Semenanjung. Cuma Hotel Grand Continental(milik Singapura)yang sudi menerima orang Pakatan Rakyat.

awang samiun said...

Itulah politik PBB dan BN Sarawak!