Anak PM Bertunang Hari ini?
Hari ini khabarnya akan berlangsung pertunangan anak perdana menteri Nooryana Najwa dengan Daniyar Nozarbayev (foto) warganegara Kazakhstan. Majlis pertunangan itu membabitkan keluarga terdekat sahaja dan ia tertutup kepada media massa. Katanya hanya Bernama dan RTM saja dibenarkan membuat liputan majlis berkenaan.
Sebuah stesyen TV yang terkedepan dengan liputan majlis seumpama itu melibatkan orang-orang kenamaan tidak dibenarkan. Majlis pertunangan hari ini juga mengesahkan desas desus baru-baru ini mengenai kunjungan perdana menteri bersama isteri ke Kazakhstan disamping menjalankan urusan kerajaan ianya ada kena mengena urusan nikah kahwin anak mereka.
Bagaimana pun desas desus itu dinafikan oleh Wisma Putera. [ttdi.kl.11:22 am 17/06/11]
2 comments:
Kalau dah dasar pemimpin parti yang suka menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga di dalam segenap pelusuk kehidupan mereka, maka tabiat tersebut akan di bawa juga sampai ke liang lahat oleh pemimpin-pemimpin parti yang tega menggelarkan diri mereka sebagai Pembela Rakyat tetapi hakikat sebenarnya adalah matekedarah wang rakyat.
Tahniah Perdana menteriku kerana bakal bermenantu dan berbesankan orang asia tengah. Isteri Perdana Menteriku lagi bangga nampaknya.
Post a Comment