MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.
"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi.
Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkil.
Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut.
Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan.
Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan.
Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah.
Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya. Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi.
Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan.
Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI.
Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat.
Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.'
Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu.
Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian.
Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan.
Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya.
Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda.
Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja.
Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja.
Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan.
Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling. [wm.kl.6:22 am 16/06/11]
5 comments:
Assalamu alaikum Tuan. Rasanya bukan dia seorang yang macam tu.
Mungkin ada baiknya kalau dibuat kajian atau kaji selidik akan kecendorongan golongan profesor ini dalam menghormati daya intelek mereka. Lantas, dapatlah dikenal pasti peratusan yang benar-benar menghayati keilmuan mereka dan yang menjadikan ilmu dan gelaran mereka sebagai alat untuk cari makan.
Kalau sebelum ini golongan profesor ini menjadikan orang lain sebagai bahan kajian mereka maka apa kata kali ini dalam hal ini mereka pula dijadikan bahan kajian.
Saya tak mahu mengulas isu profesor kangkung tu. Malah kangkungnya bukan sahaja profesor,ada ulama kangkung, penulis kangkung, jangkung kangkung. Kangkung menjalar cari makan utk penuh kerongkong. Sapa-sap pun boleh jadi kangkung.
Yang nak ulas sikit penyataan di bahagian akhir posting saudara. Betul pas tidak ubah halatuju islam kepada sosialis. Tetapi mengubah slogan tegak islam kepada berkebajikan itu yang ada sedikit masalah yang nampak macam perjuangan sosialis dlm pengagihan kekayaan negara sesama rata.
Penerimaan masyarakat termasuk ana sheikh yang bergemulamang taik dengan perjuangan pas puluhan tahun tegak islam kepada berkebajikan umpama tok imam pakai serban berjubah puluhan tahun berimamkan sembahyang tiba-tiba pakai seluar jeans, jaket kulit, tali pinggang ada bunckle helang, sapu tangan kat leher, pergi masjid naik hardley davidson. Lalu kata imam kat jemaah, jiwa (perlembagaan) ana islam sheikh..luar je ana ubah sebab sesuai dengan kehendak semasa.
Ayah dan emak ana ulama besar sheikh, yang akan mengawal ana kalau ana silap. Tolonglah sdr MSO, kita kena faham Majlis Syura tidak ada kuasa esekutif. Kalau ada, masakan timbalan presiden pas baru cadang pada muktamar untuk memperkasa Majlis syura. Majlis syura ni macam raja berpelembagaan. Boleh beri nasihat je, nak ikut tidak balik kepada JK pas Pusat. Kalau berkuasa kenapa tak panggil ust nasa dan tuang brahim sebelum berperang yang akhirnya tumbangnya ulama kpd seorang erdogan yang pernah ada sejarah moral.
Contoh paling mudahlah sheikh, ust nasa terkial-kial berjuang sorang diri mempertahankan bahawa dia hanya sebagai sekratariat yang dilantik bincang isu UG selepas diperkenankan oleh majlis syura. Alihnya dia dan TGHH dihentam, apatah lagi NIk Aziz jadi komandar kpd puak erdogan dlm perang ini, sedang TGNA ketua majlis syura.
komen sikit sheikh
Assamualaikuam wbh wbt...
Saya nak respons apa yang Hassanbasri tulis dan persoalkan itu. Mudah saya nak kata, saya tidak percaya kepada politik sekular. Dalam politik sekular tidak ada kesetiaan, kejujuran dan kebenaran. Munafik, cuma bezanya anak atau ibu. Pas juga begitu, ia dibangunkan untuk mencapai azam dengan semangat politik sekular. Kena faham ini.
Bila begitu maka ia tidak terlepas dari unsur-unsur sekular, munafik, hipokrit dan sebagainya. Demikian juga keadaan dan pendekatan. Matlamatnya ialah kuasa, dengan kuasa nak dibina perjuangan parti.
Kalau sdr tidak memahami ini dan membuang fahaman ioni maka sdr akan kecewa. Sebab itu saya tidak meletakkan politik itu termasuk Pas sebagai jemaah yang syumul luar dan dalam. Pas juga terikat dengan poaradigma2 sekular itu.
Mengenai tanggapan atau kebimbangan sdr, itu saya setuju. Pada imejnya begitulah. Bila Pas tidak mencanangkan negara Islam tetapi mencanang Negara Berkebajikan. Pada saya hanya penukaran istilah saya. Sebab yang mengajurkan kebajikan secara mutlak ialah Islam. Rasanya tak salah kalau kita tak sebut gandum tetapi kita sebut roti canai.
Pada saya zat gandum pada roti canai tidak akan hilang seperti mana zat Islam kepada Pas. Cuba kita kembali ke dunia hakikat sekejap.
Saya juga setuju dan semua orang faham majlis syura ulama tidak ada kuasa eksekutif di dalam memutuskan sesuatu berhubung dengan isu-isu semasa atau teknik (tahalul siayasi) yag hendak dibuat oleh Pas. Tetapi kena ingat segala keputusan itu harus sejajar dengan perlembagaan Pas yang dikontrol oleh majlis syura.
Soal kenapa majlis syura tak panggil Nasha dan Tuan Ibrahim itu bukan termasuk dalam dasar tetapi dalam soal teknik pemilihan di mana majlis syura merasakan tidak wajar mereka menganggu demoikrasi di dalam Pas. Yang jelas pertandingan itu dihalalkan oleh syura ulama. Apapun kena faham sesuatu itu sedalamnya dan melihat dengan penuh tektikal. Sekadar itu saja.
Tuan MSO,
1. Terdapat 2 orang lagi professor kangkung yang sama kangkung dengan Prof zainal kita. seorang melayu, kini telah mendapat habuannya dengan dilantik menjadi naib canselor UUM.
Seorang lagi ni lagi pelik, merupakan seorang dari keturunan india tetapi darah UMNO Barunya, lebih pekat dan penuh dengan keris melebihi UMNOnya Allahyarham Tun Ghaffar baba yang kita sayangi.
Beliau ini juga telah mendapat sedikit habuan dengan dilantik sebagai Profesor Madya kat USM.
2. Tentang profesor melayu tadi, kalau kita lihat setiap rancangan wawancara/diskusi yang anjurkan oleh TV3 satu masa dulu, dimana memerlukan seorang profesor memburuk-burukkan pembangkang - sahlah muka profesor ini akan dijemput.
Aksi terbaru professor ini setelah diberi habuan sebagai naib canselor, dia telah jadi galang ganti UMNO kedah dengan membangkitkan isu premium tanah UUM. Agaknya sebagai membalas jasa diberi jawatan kot...
bat8
Tengok dan tilik nama "Prof" ini baik2...kita tau asal usulnya. Cukup!
Post a Comment