Sunday, June 5, 2011

Ulasan Peristiwa

Kesilapan Yang Tidak Perlu Diulangi Dalam Muktamar

MURSYIDUL AM Pas Nik Abdul Aziz kata kemenangan Mat Sabu menerusi saluran yang sah? Ertinya kemenangan itu dikhtiraf dan menunjukkan Pas mengamalkan demokrasi terbuka dan tulen.

Bukan itu saja kemenangan itu atas kredibiliti yang ada kepada Mat Sabu. Ia bukan seperti kemenangan penjawat besar di dalam Umno yang diragui akan kesahihannya. Inilah kehebatan Pas.

Walaupun Nik Aziz tidak seronok dengan kemenangan Mat Sabu, kerana tidak memenuhi hasratnya, tetapi bila itulah keputusan terpaksa juga disambut. Redha dengan kehendak perwakilan. Inilah tanggungjawab dan amanah bersama. Nik Aziz mnghormati keputusan itu kerana itu dia memberi dokongan dengan menghuraikan beberapa kelebihan yang ada kepada Mat Sabu terutamanya mengenai kesetiaan Mat Sabu dengan Pas.

Sesiapa pun dalam Pas kena menerimanya. Haron Din yang perit untuk menerimanya tetapi beliau beranggapan gandingan baru itu adalah percubaan yang baik. Dengan percubaan itu mudah-mudahan ia akan memberi kebaikan kepada Pas, dan Pas akan berada dalam martabat yang lebih tertinggi dari sebelum ini, itu harapan timbalan Mursyidul Am Pas.

Tetapi memerhati kepada muktamar kali ini ada beberapa kesilapan kecil yang boleh menunjukkan Pas masih belum profesional dalam melaksanakan sidangnya. Ia terkesan sewaktu muktamar Pemuda lagi, apabila ketuanya terlupa untuk mengadreskan kehadiran perasmian muktamar, Nasharudin Mat Isa. Selepas itu ia diikuti dengan tayangan multimedia yang berunsur kempen kepada seseorang calon sangat menonjol dan tidak patut berlaku apabila seorang calon lain ada bersama.

Rupa-rupanya kesilapan di lakukan anak-anak muda Pas yang masih belum matang atau terlebih cerdik ini turut sama berlaku dalam muktamar Pas semalam. Apakah ini satu pembaharuan atau pun kerana begitu ghairah untuk melihat wajah kepimpinan baru Pas?

Katanya semalam sebaik saja pengumuman keputusan dibuat, pengerusi tetap terus memanggil pemenang baru naik mengambil tempat di pentas utama? Apakah peraturan muktamar sudah berubah? Atau pun kerana pengerusi begitu terliur untuk melihat Mat Sabu duduk di sebelah presiden parti maka kelaziman yang tertib itu terabadi?

Kalau ikut amalan biasa, pemenang jawatan lama termasuk yang kalah perlu berada di pentas sehinggalah muktamar berakhir. Apabila kerusi mereka sudah dirampas, menyebabkan mereka ketiadaan kerusi dan perlu keluar dari dewan muktamar.

Sebenarnya tanggungjawab mereka masih ada. Mereka, khasnya Nasharudin dan Tuan Ibrahim serta ahlijawatankuasa yang kalah perlu menjawab beberapa perkara berbangkit di sepanjang sessi pentadbiran mereka.

Apabila pemenang baru sudah naik ke pentas dan mengambil kerusi, macam mana mereka hendak menjawab persoalan yang bakal timbul. Manakala pemenang baru tidak boleh hendak menjawab apa-apa perkara berbangkit disebabkan mereka tidak mengetahui dan bertanggungjawab mengenainya.

Logiknya apabila mereka yang kalah sudah beredar mereka tidak lagi mempunyai kerusi di di bawah bersama perwakilan. Jadi jalan paling afdal ialah meninggalkan muktamar. Adalah tidak munasabah untuk mereka mencari mana-mana kerusi di celah perwakilan atau pun di ruang pemerhati atau ruang media massa?

Apa yang patutnya berlaku pengumuman keputusan itu dibuat pada hari ketiga (akhir) muktamar. Jadi selepas semua penjawat lama menjawab persoalan timbul baru keputusan diumumkan. Ketika ini para pemenang mengambil tempat dan ucapan penangguhan diadakan.

Mungkin juga kerana terlalu ghairah dengan kepimpinan baru yang dilihat dapat melanjokan semangat Pas dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan Malaysia maka pengerusi terlupa dengan peraturan-peraturan yang harmoni itu. Atau mungkin kerana ralik sangat berseloka berpantun maka perkara lebih penting dan bermoral dilupakan. Kalau ya nak merampas Purtajaya pun kenalah hormat juga pemimpin lama yang kalah itu.

Harapnya dilain kali panetia muktamar memerhati perkara ini. Janganlah perkara yang boleh memalu, menyakit dan menyinggungkan hati mana-mana pihak dilakukan lagi. Kita marah kalau dikatakan tidak profesional, tetapi apa yang berlaku jelas di khalayak umum itu menunjukkan kita tidak ada kelas..

Mungkin kesilapan teknikal yang kecil tetapi boleh menggambarkan kelemahan Pas inilah satu kecacatan kepada muktamar ini selain daripada soal-soal teknikal lain yang memang boleh dipersoalkan. Hendaknya keghairahan menyambut barisan kepimpinan Masahusma ini tidak akan membawa padah, apa lagi mengecewakan sesama kita yang lain, sebalik ianya akan mensejahtrakan Pas. [wm.kl.1:05 pm 05/06/11]

7 comments:

nursyahira said...

Salam Tuan MSO,

Keghairahan berlebihan yang di pamerkan oleh sebilangan pemimpin dan perwakilan di muktamar kali ini amat ketara sekali berbanding sebelumnya sehingga ada yang tersinggung dan merasa di sisihkan, seoleh mereka bukan dari kelompok yang menabur jasa.

Benar muktamar kali ini menjanjikan perubahan menjanjikan seribu harapan semua yang di ucap manis manis belaka sehingga ada yang terpegun memasing mula memasang angan angan, percaturan kerja kempen jentera dan barisan bakal turut melalui pembaharuan, gaya budaya semuanya akan ikut serta.

Maafkan saya seandainya tuan tidak bersetuju diatas pandangan, saya katakan dengan barisan baru ini pintu putra jaya menjadi semakin jauh jarak dari gengaman walau beratus kali ditanya hal yang sama akan tetap saya katakan.

Saya amat maklum tuan lebih arif dengan keperibadian maupun budaya kempen serta seruan himpunan, tuan tentu dapat menghidu akan perkara mendatang.


Wassalam

naharrashid said...

Saya bersetuju dengan komentar Sdr MSO. Saya yang beraqda di depan (dlm Dewan Muktamar sebagai perwakilan)merasakan keanihan ini. Dan saya menjadi rasa tidak senang dengan gelagat pemenang yamng begitu teruja oleh silau lampu kamera sambil mengangkat-ngangkat tangan tak habis-habis. Sepatutnya seperti pengantin di pelamin (memang ada rakan taulan di depan mengagah-agah - mmengusik) pengantin tunduklah dulu; tak usahlah menyeringai tak sudah-sudah; macam seronok benar dapat isteri lawa yang didambakan. Dan paling tak seronok rasanya ialah apabila sekali itu Tuan Presiden membualkan sesuatu; dia yang duduk di sebelah kiri hanya memalingkan muka sesekali ke arah Tn Presiden sambil menekan punat handset (?); sedang sang Presiden nampak beria mengarahkan pandang dan kuduk ke arahnya - seolah-olah dia pulak sang Presiden. Maaf Tuan, ini sebagian dari muhasabah.

shark said...

boooooo.................merepek...!!!

mohd sayuti omar said...

Adakalanya komenter dalam blog saya orang Pas yang lebih busuk dari orang Umno. Perangai nak tegur untuk kebaikan tapi tak leh ini, inilah jenis otat kemetot.

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan,
Izinkan saya mencelah. Tertarik saya dengan kenyataan tuan "Kalau ya nak merampas Purtajaya pun kenalah hormat juga pemimpin lama yang kalah itu". Saya melihat ini sebagai putaran pertama dalam peralihan kepimpinan PAS yg berlaku. Bunga2 kepada pusaran yang lebih besar yang jika tidak diambil peduli dengan serius, maka bakal mengundang padah yang besar. Politik tanpa kepedulian mereka yang lama akan menempah bala yang besar. Barrack Obama sekalipun tatkala dia berjaya menjadi presiden US maka dihimpunkan semua presiden2 terdahulu untuk bersama-samanya dalam Opal Room untuk mendapatkan buah pandangan dan sebagai tanda menghormati org lama, bukannya dok tepuk perut sebagaimana dakwa sd. Nahaarshid. Moga-moga kepimpinan kali ini tidak tenggelam punca dan menghuru -harakan apa yg telah di bina PAS selama ini. Walaupun saya berada diluar lingkungan tetapi rasa pahit untuk menerima keadaan ini terbau juga tetapi itulah takdir, itulah realisitinya PAS yg baru.

abul a'la said...

Salam mso, komen inilah yg saya tunggu2.
Yg sebenarnya mengikut konvensen mesyuarat, ajk lama dipilih adalah utk tempoh 2009-2011 dan muktamar kali ini adalah untuk tahun 2011, maka selagi muktamar ini belum ditangguhkan oleh pengerusi tetap maka ajk2 tersebut belum terlucut jawatan mereka walaupun keputusan dah diumumkan.
Ajk yg baru pula adalah utk tempoh 2011-2013 dan hanya berkuatkuasa selepas muktamar ditangguhkan.
Sepatutnya Ustaz Nasa dan Dato Tuan Ibrahim duduk atas pentas dan diberi peluang utk membuat ucapan penggulungan pada akhir muktamar seperti biasa utk menjawap persoalan yg dibangkitkan yg ada hubungkait dgn tanggungjawap mereka selama setahun.
Proses pemilihan dan pengumuman boleh diadakan pada bila2 masa sewaktu muktamar dan ianya tidak menjejas kedudukan jawatan sehingga muktamar ditangguhkan.
Kesilapan ini walaupun nampak remeh bagi sesetengah pihak tapi sangat memalukan bagi sebuah parti yang dikatakan nak ganti parti pemerintah. (seolah2 mcm mesyuarat agung cawangan je, tak reti konvensen mesyuarat)

BADR said...

saya amat bersetuju, sampai hari ini sy tak dapat terima cara muktamar melayan pimpinan yg kalah, seolah2 mereka org bersalah yg hrus dibuang jauh dr jema'ah...hormatilah mereka, hargailaH jasa mereka..adakah lngsung mereka tidak berjasa? atau mereka mmg org yg harus dibuang jauh? saya menyeru agar panitia dan pengerusi tetap memohon maaf secara terbuka kepada mantan2 pimpinan tanda kita dari kalanagn orang2 yg beradab...jgn difikir org dibawah tak melihat apa yg brlaku, sekian byk penyokong pimpinan lama menilai dan memerhati! dek keghairahan menerima pimpinan baru, jgn nnt budaya in bakal menjadi fitnah yg memmbesar justeru memalitkan jemaah dgn penghinaan...