Thursday, February 12, 2015

Mesyuarat majlis PR Jumaat ini ujian pertama buat Pakatan Rakyat

ANALISA                                                                                         

Jumaat ini Majlis Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat pertama pasca pemenjaraan Anwar Ibrahim lima tahun. Ertinya mesyuarat itu tanpa dihadiri Anwar. Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dibayangkan akan mempengerusikan mesyuarat tersebut sebagai meneruskan amalan atau konsensus, pengerusi mesyuarat majlis itu diberikan kepada PKR.

Azmin Ali
Walaupun konsensus itu boleh diubah mengikut suasana dan kondisinya, tetapi Azizah adalah sesuai untuk menjadi pengerusi sebagai mengambil alih tempat suaminya. Soalnya apakah Azizah akan sepakat diterima untuk menjadi pengerusi mesyuarat majlis itu? Apakah nanti tidak ada pihak mempertikai dan mempersendakannya? Inilah yang menjdi tanda tanya.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang kebelakangan ini menjadi pertikaian mengenai relevansinya memimpin Pas berikutan beberapa tindakannya yang persis "ikan keli dalam besen" (klu klik) dikatakan bersedia untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Gambaran itu dibayangkan oleh Mustapa Ali yang, menjelaskan bahawa Abdul Hadi akan datang.


Lim Kit Siang
Abdul Hadi Awang
Apabila Mustapa memberi isyarat, itu bermakna Abdul Hadi akan hadir. Ini kerana Mustapa Ali itu dilihat bukan sahaja sebagai Setiausaha Agung Pas, tetapi beliau juga bertindak pegawai peribadi, penasihat politik dan penaung kepada politik presiden Pas itu dan ada kalanya merupakan de'factor presiden Pas. Jadi kehadiran Abdul Hadi itu mungkin mustahak dalam petak fikir siasah muslihat Mustapa Ali maka Hadir kena hadir.

Apakah kehadiran Abdul Hadi itu membawa suasana baru sesuai dengan ketiadaan Anwar? Ini satu topik yang sedang dianalisa dan ditunggu-tunggu.

Kesediaan Abdul Hadi itu juga menjadi kemusykilan dan apakah ia merupakan satu kepastian. Sekiranya Wan Azizah diterima untuk menjadi pengerusi mesyuarat itu apakah Abdul Hadi bersedia duduk dalam majlis yang diungguli seorang Hawa. Sebelum ini Abdul Hadi mengecam cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor bagi mengganti Abdul Khalid Ibrahim. Alasan diberikan Abdul Hadi ialah Azizah lemah dan tidak tidak pandai berhujah yang dilihat semasa Azizah menjadi ketua pembangkang. Amboi...beliau hebat dan petah sangat kok....

Apakah selepas Abdul Hadil merendah-rendahkan (diskredit) martabat dan keupayaan Azizah tiba-tiba beliau bersedia berada di sisi Azizah untuk bermesyuarat bersama serikandi bangsa itu?

Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat itu penting kerana ia akan menjawab kepada persoalan yang bakal berlaku nanti. Ia menjadi ujian pertama buat Pakatan Rakyat selepas Anwar diringkukkan dalam penjara. Cuma sekiranya semua pihak merasakan apa yang menimpa Pakatan Rakyat itu dengan pemenjaraan Anwar sebagai satu kejadian perlu diiktibarkan, maka ia mungkin mesyuarat berjalan lendek. Abdul Hadi mungkin menarik balik ejekan kepada Azizah sebelum ini dan bertawakus dengan keadaan yang ada. Apakah begitu? Apakah tindakan ke atas Anwar itu membuka pintu keinsafan juga kepada Abdul Hadi sebagai politician?

Atas perasaan simpati dan untuk menyatakan "takziah" atas apa yang menimpa diri Azizah ekoran pemenjaraan suaminya, mungkin Abdul Hadi mengalah dan membiarkan Azizah memimpin mesyuarat. Maknanya peranaan Azizah itu tidak dipertikaikan dan diikhtiraf. Kalau ini berlaku tabik dua belah tangan untuk presiden Pas itu.

Bagaimana pun apa yang tidak dapat dielak ataupun diterima dengan konsensus mudah mengenai beberapa perkara lain yang berbangkit selepas ketiadaan Anwar. Salah satu perkara yang akan menjadi perbincangan dan memerlukan konsesus (persetujuan) baru ialah mengenai jawatan ketua pembangkang di parlimen. Mesyuarat itu sudah pasti akan membincangkan siapakah yang berhak atau layak untuk mengganti Anwar Ibrahim.

Agenda ini dikira rumit dan sudah pasti memerlukan perbahasan yang halus. Kalau mengikut standard konsensus sebelum ini pengganti Anwar tentulah daripada PKR. Penerimaan status quo inlah yang paling mudah sekali bagai menyelesaiakan masalah atau mengamankan PR. Kalau ini berlaku PKR juga tidak perlu membincang panjang untuk memilih siapa di antara ahli parlimen mereka bagi diangkat menjadi ketua pembangkang.

Mengikut kebiasaan dan hierarki parti, ahli parlimen yang pantas dilantik mengganti Anwar dari PKR ialah Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan timbalan presiden PKR.

Walaupun Azizah sebagai presiden PKR dan pernah ada pengalaman memegang jawatan itu sebelum ini tetapi kerana beliau bukan ahli parlimen secara automatik beliau tidak layak. Selain Azmin PKR juga ada beberapa nama lain seperti Mohd Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan lain-lain. Bagaimana pun daripada nama-nama yang ada Azmin lebih layak bukan sahaja berdasar kedudukannya dalam parti, tetapi melihat kepada kebolehan dan track record beliau sebagai ahli parlimen Gombak yang sudah masuk tiga penggal.

Kedudukannya sebagai MB Selangor tidak menjadi masalah atau menghalang tugasan sebagai ketua pembangkang. Beliau boleh membahagikan masa di antara dua tugas itu. Kalau tidak silap Abdul Hadi juga pernah menjadi ketua pembangkang dan dalam masa sama beliau juga Menteri Besar Terengganu.

Kelebihan lain yang ada kepada Azmin untuk mengambil alih tempat Anwar itu ialah pengalaman luas beliau berhujah dalam Parlimen. Cara penghujahan beliau berfakta, authentic dan gaya penyampaian yang serius meletakkan beliau antara yang bakal menjadi ketua pembangkang yang efektik dalam parlimen. Seorang ketua pembangkang bukan sahaja setakat mampu mempamirkan gaya perbahasan yang menarik, tetapi yang lebih penting apa yang disampaikana diterima sebagai satu bahan renungan. Sikap dan sifat diplomasi yang dimilikinya melayakan MB Selangor ini mengepalai ahli parlimen Pakatan di dewan legalslatif itu.

PKR atau Dr Wan Azizah sendiri tidak perlu pening-pening kepala untuk menamakan Azmin sebagai pengganti Anwar untuk duduk di kerusi utama dalam blok utama pembangkang di parlimen. Keserabutan dan serba salah Azizah dalam memilih calon pengganti Anwar dari partinya ini memberi ruang kepada Pas dan DAP mengemukakan calon mereka. Azizah perlu bersikap profesional dan mengenepikan sentimen-sentimen negatif dalam hal ini.

Pas atau DAP akan mengambil kesempatan atas masalah itu bagi mengganti ketua pembangkang dari kalangan mereka sekiranya Azizah sendiri gagal menuntaskan perkara ini dengan baik. Dan rakan-rakan dalam PKR juga tidak perlu mengadu domba berhubung perlantikan ini. Mereka perlu melihat Azmin pemimpin masa depan dengan penuh keinsafan dan bukan melihat dia adalah musuh peribadi.

Soalnya kini apakah Pas dan DAP sedia akur dengan kemungkinan itu. Bukan juga bererti kalau Azizah sedia memberi laluan kepada Azmin, Pas dan DAP dapat menerimanya tanpa bahas. Sebagai membentuk suasana baru selepas ketiadaan Anwar, sudah pasti Pas ingin membuat perubahan. Pemenjaraan Anwar akan dijadikan alasan untuk Pas membuat peralihan dan mengemuka beberapa tuntutan dan persetujuan baru.

Sekiranya Pas kehilangan rasa hormat kepada PKR dan mahu mengambil kesempatan dengan ketiadaan Anwar, Pas boleh menuntut kerusi itu untuk mereka. Abdul Hadi pernah menjadi ketua pembangkang dan ada sedikit pengalaman. Tetapi Pas harus ingat apakah dalam situasi hari ini Abdul Hadi masih relevan dan berdaya untuk menjadi ketua pembangkang yang berkesan. Disaat Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi, kewangan dan pelbagai masalah sosial, apakah Abdul Hadi cukup ilmu untuk membahas dan memberi cadangan-cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Soal paling difikirkan juga apakah DAP akan menyokongnya?

Dalam hubungan ini DAP sendiri mempunyai tokoh yang layak untuk mengambil alih tempat itu. Kalau Pas mengemukakan Abdul Hadi yang pernah menjadi ketua pembangkang, macam mana pula dengn Lim Kit Siang. Penasihat DAP itu lebih lama dan luas pengalamannya bahkan jauh lebih baik berbanding Abdul Hadi sebagai ketua pembangkang. Daya bangkangan dan hujah-hujahnya juga lebih kemas dan konkrit berbanding dengan Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan itu DAP juga ada hak dan peluang untuk mengambil alih kerusi berkenaan. Apakah DAP sedia tunduk kepada politik 'bak ombak dilaut' Abdul Hadi sekali surut sekali pasang.

Mungkin semua orang mengakui bahawa Lim Kit Siang atau Abdul Hadi Awang berhak dan berkelayakan mengikut kapasiti masing-masing. Seperkara yang perlu disedari ialah keadaan politik hari ini mungkin peranan dan acuan politik mereka berdua sudah tidak relevan lagi. Politik hari ini makin dikuasai oleh orang muda dengan semangat politik yang lebih profesional dan complicated. Kedua mereka sudah usang dan lama sesetengah alur pemikiran mereka sudah dimakan bubuk. Rasanya elok mereka tidak diberi mimpi lagi oleh parti masing-masing untuk menjadi ketua dalam parlimen.

DAP mungkin boleh mengemukakan calon dari kalangan ahli Parlimen yang lebih muda, berdaya maju serta sikap liberal sesuai dengan suasana politik negara masa kini yang lebih terbuka dan rasional. Mereka yang tebal dengan chauvenisme mungkin tidak sesuai kerana ia menimbulkan masalah atau membuka ruang kepada musuh untuk mendakyah PR.  Mungkin dia ialah putera dirajanya Lim Guang Eng.

Demikian juga dengan Pas. Kalau Pas ingin mengemukakan calonnya untuk mengganti Anwar, ia bukan lagi Abdul Hadi Awang tetapi pilihlah yang memahami aspirasi politik generasi hari ini yang menguasai pelbagai ilmu dan canggih penilaian politiknya serta tidak kabur halatuju. Beberapa ahli parlimen senior Pas seperti Kamaruddin Jaafar, Dr Mohd Hatta Ramli, Abdul Khalid Samad dan lain-lain boleh dipertimbangkan.

Pokok paling pentingnya calon yang dipilih nanti biar mendapat persetujuan semua pihak dalam Pakatan Rakyat. Tanpa persetujuan sebijak mana dan sehebat mana orang yang hendak diangkat menjadi ketua pembangkang itu ia tidak dapat mempamerkan kehebatannya, kerana kehebatan itu akan dibantu oleh ahli-ahli parlimen dari semua fraksi dalam Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat yang dijadualkan Jumaat ini merupakan testimoni pertama buat PR selepas ketiadaan Anwar. [wm.kl.11:14 am 12/02/15]

1 comment:

bat8 said...

Tuan

Haji Hadi ni kalau xde orang "cocoh" atau bakar boleh la dibuat berkira slow-slow. Masaalah Haji Hadi ni sebab dia tu dok jijok ke bomi sokmo, mudah sangat dicocoh dan dibakar. Belago hangin gak....kilah kain sampai lutut slaluh nok baloh...

Betul pandangan tuan t3ntang Mustafa Ali. Dialah sebenarnya Presiden PAS. Haji Hadi hanya baju, Mustafa Ali tu batang tubuh.

Rasanya dalam mesyuarat jumaat ni akan berjalan d3ngan baik tetapi tidak akan ada keputusan besar seperti siapa yang akan mengantikan Anwar sebagai ketua pembangkang.

Ambo kato gitu sebab loni Mustafa Ali t3ngoh dok maroh pasal demo ahad baru ni dan cirit birit mulut Dr Zuhdi. Lagipun baru mesyuarat pertama selepas Anwar xde. Mustafa Ali nok sukat lagu mano dulu....ado untung ko dok ke........hehehe.

D3ngan senario ini, yang paling kita h3ndak elak ialah Haji Hadi dilantik menjari ketua pembangkang mengantikan Anwar. Jika be4laku, bersoraklah puak UMNO....