Saturday, February 14, 2015

Alwi setuju Umno tak tanding di PRK Chempaka

REAKSI                                                                                                         SI 

Bayangan Umno Kelantan tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan di DUN Chempaka berikutan kematian Adun kawasan berkenaan Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam sesuatu petanda postif ke arah persefahaman politik antara Umno dengan Pas Kelantan.

Alwi: Utamakan rakyat.
 
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed telah mengeluarkan pandangan peribadinya yang Umno mungkin tidak meletakkan calon dalam pilihan raya itu nanti atas alasan bagi memberi tumpuan kepada masalah banjir yang masih banyak belum selesai.

Bagaimana pun menurut Mustapa yang dipetik daripada satu laporan mengatakan beliau akan berbincang dengan Umno Pengkalan Chepa sebelum memuktamadkan perkara itu.



Pandangan Mustapa itu dipersetujui oleh Ketua Penerangan Umno Kelantan Md Alwi Che Amat yang berpandangan seharusnya kerja-kerja untuk membantu rakyat tidak perlu diganggui dengan pilihan raya kecil berkenaan nanti yang dilihat tidak memberi signifiken besar kepada mana-mana pihak.

Apa yang penting sekarang ini tegasnya, ialah semua rakyat Kelantan, baik dalam Umno dan PAS memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan Kelantan yang diterpa banjir baru-baru ini. "Rakyat sangat mengharapkan ada gemblengan tenaga dan usaha (mental dan spritual) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk masa depana mereka yang lebih terjamin," katanya yang juga Adun Kok Lanas.

Menurut Alwi ekoran banjir yang melanda Kelantan sebulan lalu menyebabkan 87,300 rakyat Kelantan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesulitan manakala sebanyak 2,740 buah rumah baru perlu dibina semula.

Jumlah kerosakan itu katanya bukan termasuk yang boleh diperbaiki tetapi yang perlu dibangunkan semula kerana rumah mereka musnah sama sekali.

"Adalah baik dalam kedaan mangsa banjir belum terbela, kita tumpukan memulih dan membantu mereka, dan jangan difikirkan sangat pilihan raya kecil itu," kata Alwi ketika dihubung sekejap tadi bagi mengulas cadangan Mustapa.

Alwi sebaliknya mengakui cadangan Umno tidak menyertai pilihan raya kecil itu sudah dibincang secara lisan bersama Mustapa dan pada asasnya ia akan dilaksanakan. Kemenangan percuma kepada Pas kelak ujarnya boleh dijadikan sumbangsih Umno kepada Pas yang turut bersedih atas kehilangan Tokguru Nik Azziz.

Simpulanya, menang atau kalah kerusi itu nanti ia tidak memberi apa-apa kesan dan mengubah keadaan yang sedia ada. Pas tetap juga akan memimpin kerajaan Kelantan dan Umno menjadi pembangkang.

Dalam pada itu untuk mencari titik temu antara Pas dengan Umno di Kelantan, Alwi menganjurkan agar seluruh rakyat Kelantan mengambil iktibar apa yang berlaku di Aceh. Di Aceh tegasnya selepas negeri itu dilanda tsunami (2004) yang meragut ratusan ribu nyawa, mereka kembali insaf dan sedar untuk hidup secara bermaufakat dan hasil maufakat itu Aceh kini membangun jauh lebih baik daripada sebelum ini.

"Saya juga yakin kalau orang Kelantan sedia mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku di Kelantan, banjir dan juga dengan kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz, Kelantan akan mendapat rahmat dan perubahan yang lebih baik daripada yang sedia ada," tekan Alwi penuh yakin.

Manakala apabila ditanya apakah sekiranya Umno tidak meletakkan calon ia menunjukkan parti itu penakut, cepat-cepat Alwi menjelaskan soal takut atau berani tidak timbul. Apa yang penting katanya dalam apa juga keadaan atau suasan kita harus berfikir positif untuk membantu rakyat. Rakyat kena diutamakan daripada segala kepentingan lain dan beliau yakin rakyat memahami isunya.

"Kalau dengan tidak menyertai pilihan raya itu Pas akan menang percuma ia boleh menyelamatkan masa, tenaga dan wang, itu lebih baik kerana wang, tenaga dan masa itu lebih penting untuk bantu mangsa banjir. Janganlah kita jadi kedekut untuk membela rakyat," katanya.

"Bagi saya tidak timbul soal penakut atau berani, disini kita perlu rasional dan tidak terikut dengan sentimen-sentimen politik fanatisme yang merugikan semua orang. Kita berpolitik untuk memerdekakan rakyat bukannya meletakkan rakyat dalam keadaan menjadi alat kepentingan segolongan pihak," sambung Alwi lagi penuh harapan agar cadangan Mustapa itu menjadi realiti.

Alwi yakin dengan perkembangan di Kelantan kini, musibah banjir serta kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz yang ditangis oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira idelogi politik memancarkan sinar baru untuk rakyat Kelantan hidup secara lebih hormanis dan bermahabbah.

Beliau juga memberi tahu semalam ikut sama ke Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas MB Kelantan 22 tahun itu. Sebelum ini beberapa kali Alwi mengadakan kunjungan hormat kepada bekas MB Kelantan itu dan dalam setiap kunjungan itu mereka membincangkan soal Kelantan penuh ketaakulan. [wm.kl.2:55 pm 14/02/15]

4 comments:

IbnAbdHalim said...

Moleklah kalu gitu. Terlalu banyok politiking merugikan rakyat.

bat8 said...

Tuan MSO

Tindakan politik UMNO yang hebat untuk menjayakan impian merebut Kelantan dalam PRU 14. Satu strategi politik yang cangih untuk menutup hakikat yang jika UMNO letak calon pun ia akan tewas. Modal politik kelas pertama untuk melalaikan tok lebai PAS dengan helah tak mahu letak calon sebab menghormati Almarhum TGNA serta tanda ikhlas bewok UMNO untuk bekerjasama dengan PAS atas platform politik baru ( Ambo nok suko dengan alasan bewok UMNO dan ambo nok suka sampai guling melihat kebodohan puok tok lebai PAS keno tipu hidup-hidup, dok cayo hidup2 ko UMNO. UMNO Paklah boleh la tahan...ni UMNO Najib la.....).

Unknown said...

Banjir bukan sebabnya...umno x bertanding sbb tempat tu memabg x ada harapan nak menang

Zain Abdullah said...

Jarum UMNO sudah masuk...menggunakan sentimen hormati Tok Guru (padoha puok tu la siang malam duk kutuk Tok Guru, dan kempen mati2an utk dpt Kelate semula. Malah maso PRU12 dulu maso zaman Pak Lah pon hantar askar dan helikopter mcm nak perang) dan sentimen nak concentrate tolong mangsa banjir....nok suko selok ambo baco. Tapi pong TMB pong makin mesra dgn UMNO towww