Wednesday, February 11, 2015

Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam kelima-lima Hakim

SESUDAH SUBUH                                                                                           

Di sini saya postkan ucapan Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.

Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.

Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.



Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima Hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.

Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, kecuali Allah sang hakim yang maha adil saja mengetahuinya.

Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit dari jiwa seorang yang menganggap dianiya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.

Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang katajanji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelek dan insiden yang tidak pernah berlaku

Beriktu adalah ucapan berkenaan:


Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

6 comments:

kamisah said...

Saya berharap...dan sangat2 berharap Pakatan kekal bersatu dan memperkukuhkan jalinan sedia ada. Berikanlah kemenangan di PRU-14 nanti sebagai hadiah yang tidak ternilai di atas pengorbanan dan perjuangan DS Anwar.

Mohamed Jaafar said...

Terima kasih saudara MSO. DSAI sekali lagi kena melalui ujian Allah yang sangat berat akibat fitnah dari musuh politiknya. Kita rasa malu kepada kawan-kawan bangsa Cina dan India bagaimana orang Melayu yang mendakwa beragama Islam boleh memfitnah sesama Islam dengan begitu jahat. Kejahatan ini menyebabkan orang bukan Islam tidak merasa tertarik dengan Islam. Islam kelihatan sangat huduh dan buruk kerana perlakuan penganutnya. Kepada DSAI dan keluarga ingatlah akan firman ALLAH dalam ayat 214 dalam Surah Al-Baqarah yang memberikan maksud manusia tidak akan boleh masuk syurga Allah senang-senang tanpa melalui ujianNya. TQ

Bat8 said...

Tuan MSO

Kena atau tong ucapan DSAI di atas. Bakpo dok nya.... hari ni baru nampak clear skit keputusan penghakiman yang dibaca oleh orang kampung tuan semalam.

Ia sebenarnya adalah penghujahan yang sepatutnya dibuat oleh Shane Abdullah semasa perbicaraan hari tu. Jadi gita rupa skrip yang dirancang. Patut lah Shane Abdullah kecek negara jauh semasa perbicaraan depan 5,hakim-hakim ni.

Apa yang berlaku semalam semuanya dalam pengetahuan Allah. Dengan kehendak dan Izin Nya berlaku semalam. Yang pasti ada hikmahnya. Kita hendaklah redha dengan ketentuan Nya.

Hakikat manusia yang kita perlu terima ialah Anwar telah melakukan satu pengorbanan yang besar untuk kita. Sekarang ia bukan soal Anwar lagi. Ia adalah soal meneruskan apa yang diperjuangkan oleh Anwar. Dia sudah tidak ada bersama kita untuk memimpin perjuangan ini secara fizikal. Kita yang harus meneruskan nya kerana perjuangan ini adalah perjuangan kita.

Itu roteriknya. Kita serahkan Anwar kepada Allah. Percayalah kerajaan akan menjaga Anwar di dalam penjara seperti menjaga putera mahkota. Hatta kalau Anwar pening kepala pun mereka akan risau kesan politiknya.

Kembali kepada realiti di luar penjara pula. PI akan terus kukuh. PKR DAN DAP juga akan terus kukuh. Anwar telah membuat satu tindakan bijak untuk menghadapi situasi sekarang dengan menyediakan satu barisan pelapis yang berkualiti untuk menggantikan beliau dan barisan kepimpinan era dulu. Begitu juga dengan DAP. Very interesting untuk melihat bagaimana barisan pemimpin generasi baru ini membawa hala tuju parti dengan politik baru yang tidak terikat dengan nostalgia dan budaya lampau.

Cuma kita bersedih PAS tidak seperti PKR dan DAP. Barisan pelapis mereka amat teruk. Almarhum Ustaz Fathi Nor terlebih dahulu mengorak langkah progresif ini tetapi asas tersebut telah dimusnahkan oleh kepimpinan TGHH yang lemah serba serbi (, hatta bidang ugama pun turut mengecewakan).

Pi akan survive pasca Anwar dan akan lebih kukuh bagi menghadapi PRU 14 nanti. Cuma bentuk sahaja yang akan ditentukan secara muktamad selepas muktamar PAS Jun nanti. Adakah PR kekal dengan 3 ,parti atau 2 parti.

Hakikatnya jika TGHH dan geng masih menguasai kepimpinan PAS selepas muktamar Jun ini. adalah lebih baik PR hanya dianggotai oleh PKR dan DAP sahaja. Betul gabung baru ini tidak akan berjaya merampas Putrajaya dalam PRU 14 nanti tetapi ia akan meletakkan asas kukuh untuk PRU 15.

Jika kepimpinan PAS berubah dan puak UG dapat ditewaskan serta kepala pengacaranya dinyahkan keluar dari PAS, PR mempunyai harapan cerah untuk merampas Putrajaya.

Tuan..... Amboi nak keluar topik skit. Amboi amat kecewa dengan sikap ulamak progresif dan profesional dalam PAS yang dok gatal telor saja membiarkan puak UG dok bermaharajalela hendak meruntuhkan PAS. Masing-masing dok jaga diri masing-masih je Pada amboi lah, kalau PAS hancur lebur angkara puak UG ni, geng ni pun sama naik dengan pun UG hendak menghancurkan PAS dengan dok goreng telur dan dok pentingkan diri masing-masing. Dok kira mat satu ke Husam ke..... Semua amboi borong sekali.

Pheewww lega.... Dapat luah hak dok terbuku dale hati

Unknown said...

manusia yg hebat akan di uji oleh ujian yg berat
syabas tuan bro anuar
PRU akan datang undi keluarga kami insyallah akan ke pakatan rakyat bukan Pas bukan Pkr Bukan dap

Najwan said...

Tuan,

Sejujurnya, saya pula tak mengharapkan apa2 lg dpd PR terutamanya PAS. Biarlah kami rehat dan mengumpul kekuatan serta memperbanyakkan doa memohon bantuan Allah. Perubahan drastik hasil dari ketaqwaan kepada Allah sahajalah yang mampu menyelamatkan negara dan dunia ini umumnya. Kita susun rancangan demi rancangan, penentunya adalah Allah.

PAS wajib dirombak dari akar hingga ke pucuknya. Sediakan pelapis yang berkemampuan bukan sekadar hebat berkata -kata tanpa akal yang waras. Biarlah parti lain menjadi diri mereka, namun PAS janganlah jadi seperti mereka. Aku dah tak peduli dgn perangai agamawan PAS sekarang yang berakhlak buruk. Banyak lagi jalan kami sebagai ahli dan pengundi biasa2 ini, membantu sesama manusia.

Benar, perjuangan atau kepimpinan dalam Islam tidak tamat selagi belum menemui kematian. Tapi ukurlah, anda adalah beban atau kekuatan jemaah? Undurlah secara terhormat, signal Allah dah bagi. Kalau tak sedar, pangkat dan konco2 di dunia tak dapat membela kita di akhirat nanti.

Wallahua'lam.

Pemuda Tok Uban said...

Perjuangan Ini perlu diteruskan demi Islam yg tercinta, demi menentang kezaliman dan setiap keringat yg jatuh hasil pengorbanan mu tidak akan sia2