Thursday, February 5, 2015

Kritikan Ismail Sabri kepada Cina, seirama dengan sebilangan orang Pas

ULASAN ISU                                                                                                     

Walaupun apa nawaitu sebenar Ismail Sabri Yaakob yang meminta agar penggunaan memboikot peniaga Cina untuk merealisasikan harga barangan dengan penurunan harga petrol dan disel, tetapi ia tetap akan ditafsirkan sebagai satu kenyataan berbentuk rasis dan penuh kebencian kepada Cina.

Ismail Sabri Yaakob
Hari ini ramai orang Cina yang tersinggung dengan
kenyataan Ismail Sabri itu termsuk juga ketua pemuda MCA yang mempersoal dan kesal dengan kenyataan Ismail Sabri itu sehingga meminta Perdana Menteri menggugurkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu dari kabinet.

Kalau pemuda daripada MCA melenting, apa lagi pemuda daripada parti-parti Cina lain termasuk juga Gerakan dan DAP. Cadangan ketua pemuda MCA itu pula mendapat bangkangan daripada bekasan pemuda Umno dengan menuduh Ketua Pemuda MCA itu ingin berkolobrasi dengan DAP. Kenyataan Ismail Sabri itu menerbitkan isu baru dan mecacatkan hubungan "saling mempercayai dan hormat menghormati" dalam BN.

Ismail Sabri menyedari bahawa kenyataan berupa padangan itu telah menimbul masalah dan mengguriskan hati rakan-rakannya berbangsa Cina. Hari ini menteri itu jenuh meralat kenyataanya itu. Kononnya ia bukan dituju kepada Cina tetapi hanya kepada pedagang Cina yang degil menurunkan harga barang sahaja dan ia juga terkena kepada peniaga bangsa lain. Najib Razak sendiri terpaksa membuat penjelasan berhubung kenyataan Ismail Sabri itu kononnya ia bukan dituju kepada orang Cina saja. Apabila seorang PM yang juga pengerusi kepada BN menjawab ertinya isu itu hangat.

Kita boleh bersetuju kalau dikutuk peniaga dan pedagang yang degil atau pun yang bijak (sebenarnya zalim) mengambil kesempatan dalam situasi apa juga untuk tembolok sendiri. Ia bukan saja berlaku kepada orang Cina tetapi peniaga Melayu dan India dan bangsa lain juga. Korporat Melayu atau pun politcian Melayu yan mengamal nepotisme, mengaut keuntungan atas nama bumiputera juga termasuk orang sejenis dengan pedagangn Cina itu.

Tetapi kata-kata yang bersifat umum begitu bukan satu kenyataan pandangan yang tidak bijaksana dari seorang politik dalam konteks negara bermasyarakat rencam begini.

Justeru, bagi pemererhati dan pengganalis kenyataan Ismail Sabri itu ia semacam ada motif lain disebalik pandangan demikian. Ia bukan setakat untuk memastikan harga barang turun tetapi memberi mesej politik yang mudah dan sangat jelas untuk dikunyah.

Hakikat kini, dalam senario dan percaturan politik hari ini, partinya, Umno terdesak memelukan sokongan bagi survive kekuasaannya kemudian mengekalkan kedudukanya sebagai menteri. Simulasi dibuat Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini bahawa sekiranya BN kurang 2 peratus sahaja lagi BN akan kehilangan kuasa ditakuti semua orang dalam BN apa lagi mereka yang berkedudukan sebagai menteri seperti Ismail Sabri sendiri.

Nah dalam situasi itu Umno sangat memerlukan sokongan tambahan, atau pun undi tambahan. Sebagai salah seorang menteri Umno Ismail Sabri sedia maklum suasana hari ini dimana pengundi Cina semakin jauh dan kecewa dengan politik ditajaan Umno. Sikap "klu klik" dan tidak konsisten pemimpin Umno termasuk Najib Razak sendiri misalnya dalam kes Akta Hasutan, menyebabkan orang Cina hilang keyakinan. Kerajaan BN yang ditulangi Umno sudah makin terhakis integritinya dan pentadbiran Najib menjadi "kerajaan sotong".

Manakala agen-agen (berbanyar atau tidak) Umno seperti Ngo bernama Perkasa(m) dan Isma Alif telah memberi daya ketakutan baru kepada orang Cina, manakala Umno pula seakan terus menswastakan projek politik memperkukuhkan kedudukannya menerusi badan-badan bukan kerajaan berkenaan. Apa dilakukan pemimpin Ngo itu dibenarkan ini jelas apabila kepantasan polis dalam menangani isu-isu sensitif yang dibuat oleh pemimpin Ngo berkenaan sangatlah perlahan atau tidak ada langsung.

Tiada pendakwaan ke atas presiden Perkasa(m) berhubung saranannya agar Bible dibakar adalah satu perkara yang menjadi sebutan. Begitu juga tiada pendakwaan ke atas presiden Ngo yang disiasat dibawah akta hasutan juga menyerlah akan keadaan itu, bahawa mereka mereka sebahagian perkakas sundal Umno.

Lantaran kedudukan atau pengaruh Umno semakin lemah dan menipis maka apa diharap kini ialah sokongan dari puak lain, disinilah ialah pengundi Melayu sebagai kuasa tambahan. Makanya beliau berharap kenyataan perkauman yang berselindung disebalik merealisasikan harta barang dengan penurunan harta minyak itu akan mendapat simpati orang Melayu. Yang paling diharap ialah undi fundemental Melayu daripada parti agama Pas dan juga PKR.

Itulah maksud dan motif sebenar disebalik kenyataan berupa cadangan Ismail Sabri itu. Dalam mengharapkan undi fundemental Melayu Pas itu, maka beliau harus berkata (bernyanyi) demikian yang senada dengan harapan sesetengah kalangan dalam Pas. Ismail Sabri dan juga pemimpin Umno lain perlu mempamerkan yang mereka tidak sukakan Cina.

Keinginan dan gambaran itu pula terlaksana apabila 91 kawasan Umno telah diendorcdekan agar menyokong sikap dan pendirian Ismail Sabri itu manakala 100 orang bekas pergerakan Pemuda menunjukkan solidariti kepada Ismail Sabri Yaakob sambil mengecam ketua pemuda MCA.

Apa diharapkan natijah daripada apa dilakukan Ismail Sabri itu ialah Pas akan melihat Ismail Sabri khasnya dan Umno amnya sejalur dengan aliran pemikiran sesetengah orang dalam Pas yang alergik dengan DAP dan paling teruk ada menganggap DAP adalah kafir dan najis untuk didekati oleh Pas. Ismail Sabri menangguk keadaan ini dengan harapan manalah tahu 10 atau 20 peratus pengundi Melayu dalam Pas akan meninggalkan sokongan parti berkenaan dan memilih Umno yang dilihat kuat Melayu dan Islam.

Kesimpulannya dari konteks politik kenyataan Ismail Sabri itu bukan sahaja satu kesilapan yang tidak perlu diapolegtik, tetapi ia merupakan mesej bahawa Umno kini sejalan atau pun cuba memenuhi harapan sesetengah orang daripada parti agama agar bersama mereka. Mungkin selepas ini Ismail Sabri akan bercakap pula fasal "hibbah" yang akan diterima oleh Pas sekiranya mereka bersama Umno. Mungkin kouta menteri, timbalan menteri dan badan-badan berkanun yang diisi oleh orang Cina boleh diberikan kepada orang Melayu (Pas). Aduh begitu simplistik sekali...

Kenyataan Ismail Sabri itu sudah pasti diseronoki oleh sebilangan orang Pas termasuklah mereka yang mempertikaikan hasrat Kerajaan Pulau Pinang ingin laksanakan pilihan raya PBT (kerajaan tempatan) yang dianggap sebagai sengaja mengundang kembali tragedi 13 Mei.

Umno dan sebilangan orang dalam Pas kini sedang mendendangkan lagu dari irama yang sama untuk diorkestrakan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14. [wm.kl.11:31 am 05/02/15]

No comments: