Thursday, February 26, 2015

Kepimpinan Najib turun ke tahap paling rendah - Husam

KENYATAAN                                                                                                     

Husam: Helah Umno...
Keputusan Umno yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Chempeka disifatkan Husam sebagai parti itu penakut yang berada di tahap paling rendah.

Tindakan itu juga sebagai satu helah untuk Umno menampakkan kelemahannya dengan menjadikan perpaduan sebagai helah.

Dalam satu kenyataan Husam berkata, tindakan Umno itu juga membuktikan kata-kata keramat Tokguru Nik Abdul Aziz yang berbunyi; "tidak ada sebab untuk demo (Umno) melawan kawan (Pas)". Bagi Husam tindakan Umno yang diumumkan Najib Razak semalam seperti akui Najib.

Husam menempelak Umno yang memperkaui Tokguru selepas  ketiadaanya yang perjuangan Islam itu lebih penting berbanding perjuangan kebangsaan. Bagi Husam apa dilakukan Umno alias Najib itu hendaklah dinilai dari segi politik bukan suatu keikhlasan.

Berikut disiarkan speenuhnya kenyataan Husam Musa:

KRISIS KEYAKINAN UMNO/BN DAN PERPADUAN UMMAH TANPA KETELUSAN

Pengumuman Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Cempaka membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.
Sekaligus membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Selepas pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan - adalah benar. Alhamdulillah.

Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN, isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.

Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB dan isu jenayah seperti Altantuya.

Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek utk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.
Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam Musa.

26 Feb 2015
[wm.kl. 4:11 pm 26/02/15]



1 comment:

yusri said...

salam,

saya lihat ini adalah satu keuntungan dan satu strategi politik kpd UMNO sekiranya mereka tidak bertanding.

1. Orang Melayu UMNO dan mereka yang menyokong perpaduan Melayu melihat seolah olah UMNO Ikhlas.
2. UMNO tidak dilihat lemah kerana sekiranya mereka bertanding sudah hampir pasti mereka akan kalah teruk.
3. Tanpa pertandingan hubungan antara Ulama dan Profesional dan aktivis tidak dapat dieratkan berbanding ada pertandingan.