Tuesday, February 10, 2015

Debaran menanti keputusan bicara rayuan Anwar

KENYATAAN                                                                                                  

Kita semua sedang menanti keputusan rayuan Anwar Ibrahim berhubunga dakwaan liwat yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja. Semua pihak terbabit dengan rayuan itu sudah berada dalam mahkamah. Istana Keadilan di Putrajaya kini menjadi tumpuan. Ribuan penyokong Anwar sejak pagi-pagi lagi sampai ke perkarangan Istana Keadilan.

Anwar tiba di mahkamah sambil memimpin cucunya.
Anwar tiba bersama isteri, anak-anak dan cucunya. Ketika masuk ke mahkamah beliau memimpin tangan seorang cucunya. Berjalan sederap ialah anak sulungnya Nurul Izzah yang kelihatan penuh yakin dengan apa yang berlaku hari ini.

Yang membungakan sebak di dada mengenangkan cucunya itu, dia tidak tahu apakah erti perjalanan pagi ini, mungkin dia mengira datuknya mahu membawanya ke taman permainan atau pergi bermaian banjir.
Orang ramai mengerumini Istana Keadilan.
Berjalan masuk ke dalam Mahkamah.
Mereka berbondong-bodond datang menyokong Anwar.
Solat hajat memohon kebebasan dan keadilan buat Anwar,
Tiap mereka berdebar menanti keputusan. 
Di belakang Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan sambil disuarakan pembesar suara oleh seorang wartawan media eletronik. Anwar seperti biasa menghadapi saat-saat genting itu dengan selamba sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Yang penting beliau sudah siap menerima apa sahaja vonis. Awal-awal beliau sudah bersajak Q-sera sera. Apa nak jadi jadilah dan Allah mempunyai kata kuncinya sendiri, Kun Fayakun.. maka jadilah. Anwar dan kita semua akan menyambut apa yang dikatakan Allah s.w.t. hari ini. Horas. [wm.kl.10:29 am 10/02/1]

3 comments:

dariana said...

Bagi orang-orang yang beriman dia akan menghadapinya dengan kesabaran. Dia sentiasa ingat bahawa musibah adalah sebahagian sunnah ujian daripada Allah melibatkan harta benda dan nyawa. Tujuannya agar manusia bersabar lalu diberikan lebih nikmat. Allah berfirman
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ( 155 ) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ( 156 ) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ ( 157 ) )
"Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit kebimbangan dan kelaparan serta kekurangan harta benda, nyawa dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa musibah mereka menyatakan "kita milik Allah dan kepadanya kita kembali". Merekalah yang mendapat selawat keampunan dari Rabb mereka dan juga rahmat. Dan merekalah orang-orang yang diberi petunjuk." (Ayat 155-156 surah al-Baqarah)

bat8 said...

Tuan MSO

Keputusan rayuan kes sodomi 2 sudah dik3tahui. Anwar didapati bersalah dan dip3niarakan s3lama 5 tahun. Meng3jutkan? TIDAK DAN YA!

K3putusan ini memang sudah dijangka ol3h s3siapa yang faham serba sedikit t3ntang politik n3gara s3jak Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dihukum p3njara 5 5ahun lagi be4dasarkan bagaimana pe4bicaraan itu dipe4cepatkan untuk menghalang Anwar bertanding dslam PRK Kajang dan alasan-alasan keputusan itu.

Keputusan Mahkamah Rayuan dulupun adalah lebih kepada keputusan politik berbanding dengan undang-undang. Keputusan ters3but adalah untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRK Kajang dengan apa cara sekalipun. Mereka berjaya.

K3putusan hari inipun adalah atas dasar kepentingan politik s3mata-mata. Apatah lagi keputusan Mahkamah Pe4s3kutuan adalah keputusan t3rtinggi dan terakhir s3kali sudah pasti akan memberi kesan besar kepada p3mbangkang (PR) dan kerajaan ( BN ). Bayang jika Anwar dibebaskan, ini m3ngesahkan bukan sahaja sodomi 2 malah sodomi 1 adalah konspirasi politik UMNO untuk menewaskan Anwar setelah mereka kalah diapangan politik. Konspirasi untuk mengekalkan kuasa mereka itu dah t3ntu barang pasti.

Sekiranya Naj8b membuat keputusan membebaskan Anwar sebagai helah politik Najib untuk m3nghadapi serangan dari g3ng Mahathir, be4makna Najib melakukan harakiri politiknya. Ini jika Anwar dibebaskan, orang yang akan menerima bahana yang paling teruk ialah Mahathir. Segala reputasi Mahathir yang maeih tinggal akan hancur lebur di usia tua dia sekarang. K3putusan membebaskan Anwar hari ini akan m3ngesahkan betapa jahatnya cara Mahathir hendak menjatuhkan Anwar dengan sodomi 1. S3gala reputasi b3liau yang masih ada akan hancur l3bur dimata rakyat dan dunia. Ini satu pe4kara yang amat menakutkan Mahathir diusia tuan sekarang apabila kuasa sudah tiada. Bayangkan jika ini berlaku, Mahathir akan m3nyerang Najib s3ganas dia menyerang Anwar dahulu s3hingga Najib pun akan menyesal dia dilahirkan ( tat Najib will regret that why h3 is born).

Atas alasan ini sahaja keputusan sodomi 2 mesti mendapati Anwar bersalah. Keputusan hari ini bukan tidak membawa masaalah politik kepada UMNO dan BN. Berbanding dengan dengan serangan yang Mahathir halakan kepada Najib j8ka keputusan dibiarkan mengikut pertimbangan undang-undang, masaalah politik ini bol3h ditangani s3cara berperingkat. Masih ada jalan-jalan untuk m3ngurangkan kesan politik kepada UMNO dan BN.

Saya menjawab YA kerana setelah mend3ngar Ketua Hakim Negara ( KHN) membaca summary of judgement hari ini, tidak masuk akal. Ia l3bih kepada mencari alasan-alasan sahaja untuk m3njustifikasi keputusan penghakiman yang dibuat berdasarkan kep3ntingan politik. Alasan-alasan : kenyataan Saiful tidak perlu corroboration dan boleh dit3rima sepenuhnya, bahan bukti untuk DNA bol3h diambil walaupun dengan cara m3nipu, keputusan DNA adalah utuh dll. Panjang nak ulas. YA m3ng3jutkan kerana alasan-alasan itu dipertahankan dengan lemah setelah pihak pembela berjaya m3nimbulkan keraguan semasa pe4b8caraan rayuan.

Sedih Tuan MSO, orang yang membaca keputusan ters3but ialah orwng kita, orang kampung Tuan......

Sekarang Najib dah selesaikan ancaman Anwar untuk sementara waktu. Langkah seterusnya ialah menghancurkan puak UG dan PAS pulak. Puak UG dah pun makan umpan dan dah pun masuk kedalam "GOK AYE" , pintu gok pun dah diselak kuat-kuat. Sekarang sudah tiba untuk Najib semel8h dan hancurkan PAS pulak.

Jangan risau pasal PR yang hanya tinggal PKR dan DAP setelah PAS disembelihkan ol3h Najib. Sebenarnya itulah yang terbaik!

Salleh - Putrajaya said...

Saya hanya memerhati..., bukan ahli PAS..., namun keluarga saya majoritinya adalah aktivis PAS...., saya hormat PAS sama seperti saya hormat dan sayang arwah ayah saya...

Terlalu banyak rencana, komen dan pendapat dari semua pihak yang saya baca dan peroleh....,

Apa yang saya boleh rumuskan ialah.., teruskanlah pecahkan PAS dari dalam...., semaikanlah kebencian sesama pimpinan dan ahli PAS..., desaklah, malukanlah dan jatuhkanlah semua pimpinan yang PRO Presiden..., dan akhir sekali..., jatuhkanlah Presidennya...

Apakah hasilnya...? semoga BN terus berkuasa dan semoga ianya adalah yang terbaik buat Malaysia.... dan saya merasakan bahawa inilah hasil yang sedang diusahakan.