BALESUNGKAWA
Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 9:40 malam ini. Kematiannya disahkan oleh Doktor pakar Dr Jafri Malin Abdulah yang mengetuai team merawat Allahyarham di Hospital Universiti Sains (HUSM) Kota Bharu Kubang Kerian.
Allayarham dimasukan ke HUSM 19 Januari lepas dan keadaan kesihatannya semakin merosot. Selepas Magrib tadi beliau dibawa balik ke rumahnya di Pulau Melaka.
Keputusan membawa balik itu adalah atas permintaanya sendiri yang berharap dapat menghemuskan nafas terakhir di rumahnya.
Kira-kira ham 8:00 malam ambulan yang membawanya dari HUSM tiba di rumah. Tidak sampai sejam beliau menghembuskan nafas terakhir. Tokguruku meninggal dunia malam Jumaat dimana tarikh pemergiannya sama dengan tarikh kematian al Syahid Hassan al Banna.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah. Wassalam Mso.
4 comments:
Professor Dr Jafri Malin bin Dato Abdullah, neurosurgeon dekat USM yang tersohor (ketua jabatan neurosurgeri). Lain kali tuan punya blog kena pastikan maklumat tepat. Jangan nama pun pakai hentam kromo.
Terima kasih banyak saya doakan pembetulan yang sdr berikan ini diharap akan diberikan Allah imbalan yang setimpalnya. InsyaAllah untuk masa akan datang saya lebih berhati-hati, dan pohon kemaafan di atas kesilapan yang tidak disengajakan ini. Wasalamualaikum.
Apa masalahnya kau john monroe.. nama yg tuan blog tu da btol bukan hentam keremo cuma x letak title shj
Doktor Pakar..tu tuan mso dah bubuh
apahal kau john monsor
Post a Comment