Tuesday, February 17, 2015

Ahmad Awang boleh ditimbang jadi Musyidul Am

PANAS MENTARI                                                                                              

Ahmad Awang
Pas jangan memandang mudah untuk mencari seorang tokoh agamawan setanding dengan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am Pas kerana jawatan itu penting dan merupakan lambang Pas sebagai sebuah parti agama. Justeru orang yang hendak dilantik biarlah kalau tidak setanding tetapi kiri, bersih dan ikhlas dalam perjuangan bukan saja dilihat bersih dan warak.

Dia juga mestilah bukan sahaja fakeh agama tetapi mempunyai daya politik dinamik.

Bukan bermakna apabila Tokguru meninggal maka pengisi jawatan itu secara mutlaknya timbalannya Dr Haron Din. Haron boleh memangku sementara keputusan mutakamd dibuat.

Tempoh perlantikan anggota Majlis Syura Ulamak (MSU) akan berakhir tahun ini 2015. Bertepatan dengan penyusunan semula kepimpinan Pas selepas muktamar Jun nanati maka tempoh itu berakhir dan MSU juga akan disusun semula.

Haron Din ada ciri-ciri melayakan dia memegang jawatan itu, tetapi dari sudut-sudut tertentu menyebabkan perlantikannya ke jawatan itu boleh dipertikaikan. Seorang yang menjadi Mursyidul Am bukan saja perlu warak, berprinsip tetapi dia mestilah bergerak seiring dengan naluri parti. Pas adalah parti politik dan bukannya badan agama yang boleh diuruskan secara veto ala imam masjid.

Yang lebih penting lagi tokoh itu bukanlah yang bertindak berat sebelah apa lagi kalau terlibat dengan menyusun strategi yang bertentangan dengan kehendak ramai. Pemimpin yang kurang bijaksana politik dalam mepersaudarakan sesama ahli serta menunjuk-nunjuk kehebatan dan kewarakan juga sangat tidak layak.

Apabila merujuk kepada Haron Din ada beberapa kesilapan (khilaf) beliau sebagai ulamak yang dilakukan telah meletakkan dirinya sedikit tercalar. Salah satu ialah apabila beliau menjadi mediator parti untuk meminta Anwar Ibrahim bersetuju bagi memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum lalu.

Peranan dimainkan Haron ini satu kesilapan dan mencemarkan martabatnya sebagai ulama. Beliau boleh memberi pandangan tetapi bukan turun ke lapangan sendiri.

Tindakan Haron itu telah tidak mencerminkan dia seorang ulama yang berada ditengah-tengah sebagai pemerhati sebaliknya menjadi seorang pemain yang aktif. Begitu juga dengan tindakannya membela bekas timbalan presiden yang tidak hadir mesyuarat kononnya bekas timbalan presiden itu berada di luar negeri sedang bekas presiden itu berada di rumah adalah satu kesilapan.

Mungkin peristiwa tahun 1999 masih diingat ramai apabila beliau dikatakan telah bersetuju untuk bertanding di salah satu kerusi di DUN Perlis, tetapi tidak berbuah demikian di saat-saat terakhir. Gara-gara penarikan dirinya itu menyebabkan semangat dan moral Barisan Alternatif ketika itu jatuh merudum.

Pas mempunyai ratusan tokoh ulama dan agama lain yang cukup mantap ilmunya. Ada setengah mereka tidak disebut atau dibawa ke muka awam, tetapi ketinggian ilmunya tidak boleh disangsikan.

Mereka ini boleh dinilai untuk diangkat menjadi pengganti kepada Allahyarham Tokguru Nik Aziz. Beberapa nama yang boleh disebut dan dikira paling layak untuk menjabat jawatan itu ialah dua anak Awang, Abdul Hadi Awang dan Ahmad Awang.

Sekiranya Abdul Hadi sudah letih dan tidak larak lagi untuk menjadi presiden Pas, eloklah kalau Pas memilih beliau untuk menjadi pengganti kepada Tokguru Nik Abdul Aziz. Kesesuaian untuk menjadi Mursyidul Am juga ada kepada Abdul Hadi apabila beliau kini dilantik menjadi naib presiden ulama sedunia untuk bahagian Asia Tenggara.

Sementara kelebihan yang ada kepada Ahmad Awang pula ialah pengalaman dan penglibatan lama beliau dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan juga pengalaman dalam parti yang luas sebagai Ketua Penerangan dan Naib Presiden. Paling sesuai ialah memandangkan Ahmad mempunyai pegangan dan pandangan politik yang dinamik dan profesional. Beliau juga pernah menjadi ahli MSU.

Dengan kelebihan itu kalau Ahmad menjadi Murysidul Am beliau dapat bergerak dan memantau prinsip dan dasar parti sejajar dengan aspirasi Pas sebagai sebuah badan siasah dan bukannya badan gerakan dakwah mutlak. [wm.kl.12:11 pm 17/02/15]

2 comments:

Unknown said...

hamba sokong ahmad awang lebih dpd harun din dan hadi awang.

terutama dlm isu panas UG sekarang ini dimana harun dan hadi disebut2 terlibat dan menggunakan imej ulamak utk menggunakan kuasa veto.

ahmad awang lebih terbuka lebih bijak dan lebih dinamik.

oshijamal said...

Saya sokong Ust Ahmad Awang