Monday, January 12, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 2

Isu Royalti Minyak
Beranikah Wan Farid Berhadapan Dengan Abdul Wahid?

DEBAT nampaknya tidak dapat dipisahkan dengan politik Pas. Mungkin debat adalah satu mekanisme terbaik dan berkesan bagi Pas untuk menyampaikan maklumat dan menjelaskan sesuatu isu yang timbul kepada rakyat. Hari ini Pas menerusi Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wan Mutalib Embong mencabar Umno untuk berdebat mengenai royalti minyak.

Beliau mencabar Umno supaya memanggil peguam paling terbaik untuk berdebat dengannya mengenai isu itu. Nampaknya Pas tidak senang dan berpuas hati dengan isu wang royalti minyak yang ditarik balik dizaman pemerintahannya. Pas menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianat dan pencabulan ke atas hak asasi rakyat Terengganu.

Sebelum ini bermacam-macam topik yang hendak didebatkan oleh Pas dengan Umno. Debat berlainan dengan muzakarah, muqabalah atau wacana! Debat untuk menunjukkan kebenaran menerusi fakta terhadap sesuatu isu dan mematah isu yang dikemukakan oleh pihak lawan.

Wan Mutalib mungkin masih sakit hati dengan perubatan kerajaan Pusat yang menarik balik royalti minyak untuk Terengganu sebaik saja Pas memerintah negeri ini tahun 1999. Wang itu kemudian digantikan dengan nama wang ehsan. Setakat penggantian itu tidak menjadi masalah, tetapi Umno di bawah kepimpinan bekas MB, Idrsis Jusoh telah menggunaankan wang itu untuk kepentingan politik Umno dan kroninya.

Soalnya di sini apakah peru Wan Mutalib untuk menjadi ahli panelnya? Bukankah waktu ini rakyat Kuala Terengganu sedang mengira dan menimbang untuk memilih seorang wakil mereka ke Parlimen antara Wan Ahamd Farid dengan Abdul Wahid Endut. Apakah salahnya kalau Wan Mutalib melepaksan kepada Wahid untuk menjadi ahli panelnya untuk berhadapan satu lawan satu dengan Wan Farid.

Rasanya cara itu lebih afdal. Dengan cara itu juga baru rakyat dapat menilai daya kepimpinan Wahid dan juga pemikirannya tentang isu itu serta sebagai persiapan bakal ahli Parlimen kelak.
Begitujuga di pihak Umno jangan panggil mana-mana peguam yang seperti mana Wan Mutalib cadangkan itu sebaliknya turunkan Wan Farid sendiri.

Khabarnya pengajur untuk debat itu juga sudah ada, iaitu Mampat - Majlis Maufakat Anak-Anak Terengganu. Rasanya elok benar kalau debat ini menjadi kenyataan. Rakyat Terengganu boleh mengukur kredibiliti kedua mereka di samping melihat siapakah benar dan salah dalam isu wang royalti demi kepentingan rakyat Terengganu itu. Tempat dan masa paling sesuai ialah di stadium negeri dan masanya sehari sebelum hari mengundi. Macam mana?

Hari ini dibadaraya Kuala Terengganu penuh dengan papatanda menceritakan wang royalti minyak telah dikembalikan semula ke Terengganu. Mungkin inilah yang menjadi kemusykilan kepada Wan Mutalib. Apakah pula ukuran dan justifikasi kerajaan persekutuan mengembalikan wang royalti itu kepada kerajaan Terengganu selepas merampasnya kira-kira lapan tahun lalu? Jelasnya pengembalian itu menunjukkan tindakan kerajaan Persekutuan itu adalah silap dan menyalahi dari segi perundangan!

Apakah selepas ini kalau Terengganu jutuh semula kepada Pas wang itu akan ditarik balik?
Justeru bagus juga debat itu diadakan untuk mencari titik akhir dan kedudukan sebenarnya mengenai status dari segi perundangan mengenai wang royalti yang menjadi hak mutlak rakyat Terengganu itu.

Sepatutnya wang itu tidak dipermainkan dan terus dibahagikan kepada rakyat dan tidak menjadi alat politik Umno. Sesiapa saja membentuk kerajaan mereka berhak untuk mengurus dan mentadbirkan wangn berkenaan.

Jadi kalau debat itu menjadi kenyataan, kedua ahli panel hendaklah membahaskan perkara ini dan satu konsensus mengenai status royalti minyak itu perlulah diambil agar 'kelu klik' mengenainya di masa akan akan datang tidak akan timbul lagi.

Seperti ditegaskan tadi paling baiknya, ahli panel yang akan mendebatkan isu nanti moleknya Wahid Endut dengan Wan Farid. Dan untuk menampakkan keadil juga mungkin bolehlah panggil calon bebas Azharuddin Mamat sebagai panelis pencelah! Tentunya juga perdebatan itu akan menjadi kayu pengukur bagi pengundi Kuala Terengganu dalam membuat penentuan
siapa yang mereka akan hendak pilih.

Harapnya Wan Farid akan sambut kerana kalau beliau tidak sambut beliau akan dilihat sebagai pengecut kerana cabaran telah dibuat oleh Pas. [kt 8:00 pm 12/01/09]

2 comments:

Seladang said...

Selalunya yang masuk gelanggang ni orang ada kejantanan politik, tapi macam Wan Farid yang naik dalam politik tanpa pengundi dulu hanya sebagai senator amat bimbang berdepan dengan rakyat terutamanya pengundi Kuala Terengganu. Dalam media massa milik dan pengampu BN bolehlah mukanya ditonjolkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat tapi realitinya tentu pengundi Kuala Terengganu tahu sendiri.

DinDeraman said...

saya rasa Wan Farid takut nak berdebat secara jantan kerana :
1.Dia seorang yang panas baran, dia gagal mengawal emosi untuk berdebat secara profesional. acu nak berdebat dah nampak macam nak bergaduh pulak .
2.Dia jenis cepat mengelabah, ini akan menyebabnya dia gagal membalas hujjah lawan dengan baik dan berkesan, nanti rakyat makin tahu dia tak perform.