Sebutir Peluru Hidup dan Ucap Selamat Hari Jadi
ADA dua perkara yang mungkin tidak disedari oleh ribuan mereka yang berhimpun di kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim dan sekaligus mengecam tindakan pendakwaan ke atasnya berhubung kes liwat yang dilihat sebagai sengaja untuk menganggui prosesnya perjalanannya menunju ke Parlimen.
Dalam keadaan berasakan di kompleks berkenaan berlaku sebaik Anwar keluar dari mahkamah untuk pulang tiba-tiba sebutir peluru (dipercayai pistol) telah terjatuh dekat arah Nurul Izzah dan bergolek menghampiri kaki ibunya Dr Wan Aizzah Ismail yang juga sedang mengiring Anwar untuk keluar.
Kehadiran perluru berkenaan menjadi tanda tanya, apakah ianya sengaja dilempar ataupun tercicir dari mana-mana anggota polis atau mereka yang membawa senjata berkenaan? Kejadian ini turut disedari oleh ahli Parliemn Batu, Tian Chua yang kemudian memaklumkan kepada polis untuk mengambil dan menyiasatnya!
Sementara itu di dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung, hakim SM Komathy Suppiah secara tidak sengaja atau sedar telah mengucapkan selamat hari jadi kepada Anwar Ibrahim. Kejadian ini berlaku ketika hakim berkenaan menyemak butiran diri Anwar dan menyedari mengenai hari jadi anwar jatuh pada 10 Ogos. 10 Ogos nanti Anwar genap 61 tahun.
"Selamat hari jadi," begitulah kira-kira lapaz hakim berkenaan kepada Anwar.
Tanpa prejudis kalau sifat hakim berkenaan ia memberi gambaran bahawa beliau seorang yang berpegang kepada fakta dan peka dengan tarikh. Apakah dengan memberi gambaran mesra begitu hakim berkenaan tidak akan melakukan tindakan ataupun aksi-aksi yang pernah berlaku ke atas hakim yang membiarkan Anwar dalam kes seumpama itu sebelum ini?
Dan semasa berarak untuk peluang saya berjumpa dengan seorang peguam senior yang mengenali hakim berkenaan. Peguam ini membuat sedikit ulasan dan memberi pandangannya berdasarkan pengalaman mengenai hakim itu.
Biarlah saya tidak mencatat apa-apa di sini tentang apa yang diucapkan itu bagi mengelakkan timbul prejudis. Tegasnya bagi saya ulasan peguam berkenaan memberikan harapan tinggi bahawa proses perbicaraan kelak (kalau berlaku) ianya tidak akan meributkan! Dan memang menjadi harapan semua agar Anwar mendapat keadilan. Keadilan paling awal ialah dengan membuang atau pun membatalkan pendakwaan berkenaan! [wm.kl 3:00 am 07/08/08]
2 comments:
TERKEDU SAYA BILA DAPAT TAHU AYAH PI DAH TAK ADA....MACAM TERBAKAR SEBUAH LIBRARY POLITIK SELEpas meninggal jaafar rawas, cikgu musa, hj zakaria meranti , buniamin, mawardi dll.
terpulang pada sdr nak tulis ka tidak mengenai tangannya yg ditepis itu. jika ada kewajaran dan keadilan elok di tulis sbg ingatan kepada yg masih di puncak kuasa jangan buat begitu pada yang berjasa.
Klu kita rasa org tu akan sependapat dgn kita, ya, kita akan meletakkan harapan pada dia. Tapi nanti bila ternyata sebaliknya...? Sebenarnya masing2 dah buat keputusan sendiri dlm kes ini. Cuma nak tengok, siapa yg sependapat dgn kita. Adil & jujur kah kita pada diri sendiri dan org ramai?
Post a Comment