Friday, May 8, 2009

Para Buruan Polis

Ayah Pin, Hilmi Malik dan Dr Ahmad Ramzi

SEBELUM polis mencari dan mengesan Hilmi Malik yang disyaki terlibat dalam penyebaran foto bogel seorang Exco Selangor, Elizabeth Wong, lama sebelum itu polis telah memburu ayah Pin atau Ariffin Mohammad seorang guru yang mempunyai kerajaan di langit tetapi berkhemah di Kampung kawasan Idris Jusoh di Pasir Akar, Besut Terengganu.

Pemburuan ke atas ayah Pin sudah lebih setahun. Beberapa kali ayah Pin dilaporkan muncul di berbagai lokasi awam, namun polis gagal memberkas ayah Pin. Ayah Pin pernah dilaporkan berada di sebuah kedai makan di Tumpat Kelantan. Selepas itu, terbaru ayah Pin dilaporkan berada di Rantau Panjang.

Kedua lokasi itu sempadan Malaysia dengan Thailand.

Apakah ayah Pin mempunyai ilmu ghaib ala-ala orang minyak yang boleh menghaibkan diri bila diburu? Ataupun polis sengaja tidak mahu memberkasnya kerana ia tidak membahaya rakyat dan negara kerana kesalahannya tidak bersifat jenayah sivil?

Yang pastinya jika Majlis Agama Terengganu yang dilihat bertanggungjawab atas kegiatan ayah Pin meminta bantuan polis dan polis pula gagal ia adalah kelemahan polis negara ini. Selain ayah Pin banyak pelaku jenayah yang dikenal pasti dan diburu gagal dicekup.

Begitu juga sehingga hari ini polis gagal untuk memberkaskan Hilmi Malik. Waran tangkap telah pun dikeluarkan. Dan polis telah pun memberi tempoh tertentu, namun Hilmi Malik juga tidak tampil untuk membantu siasatan polis.

Sekiranya benar panggilan telefon yang pernah saya terima di suatu pagi dari Hilmi, buruan polis itu kini berada di Indonesia. Sebab Hilmi memaklumkan yang beliau berada di negara jiran itu.

Dua buruan polis terlepas dan masih bebas. Kini polis Terengganu katanya memberi tempoh tiga hari kepada orang bernama Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bekas setiausaha politik Idris Jusoh untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung penghantaran SMS berbentuk ugutan.

SMS itu diterima oleh tiga orang Adun UBN Terengganu menjelang sidang DUN negeri itu baru-baru ini. Gara-gara SMS ugutan itu menyebab tujuh Adun UBN yang lain juga boikot sidang Dewan kononnya takut dibunuh ekoran SMS itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Terengganu, bernama Hamzah Mohd Jamil, sekiranya Ahmad Razmi gagal berbuat demikian polis akan mendapatkan waran tangkap.

Persoalan kini kenapa polis memburu bekas setiuasaha politik Idris Jusoh itu. Apakah beliau terlibat dengan ugutan menerusi SMS itu? Nampaknya begitulah. Kalau Dr Ahmad Ramzi tidak terlibat untuk apa siasatan dilakukan kepadanya dan untuk apa beliau perlu lari dari disiasat polis?

Sebelum ini heboh dikatakan pegawai MB Terengganu, Ahmad Said sendiri yang hantar SMS berkenaan. Bagaimana pun setelah disiasat dan tangkapan ke atas seorang lelaki di Bangi ternyata dakwaan itu palsu. Sebaliknya ada tanda-tanda lain ditemui di sebalik penghantaran SMS berkenaan.Apakah apabila polis ingin bantuan daripada Dr Ahmad Razmi menunjukkan beliau ada maklumat mengenai pengiriman SMS itu?

Isu ugutan menerusi SMS menjadi perhatian di Terengganu. Semoga orang yang disyaiki dapat membantu siasatan itu tampil segera ke depan. Dalam hal ini sudah pasti kalau bekas setiausaha politik Idris Jusoh itu beri kerjasama kes SMS ugutan itu akan dapat diselesaikan.

Dalam hal ini mungkin ada baiknya juga kalau Idris Jusoh mengambil galang ganti atau membantu polis mengesankan di mana bekas setiausaha itu berada atau berlindung. Kerjasama daripada Idris akan mempercepatkan penyelesaian perbalahan politik di Terengganu.

Walaupun ia tidak ada kena mengena dengan Idris, tetapi sebagai bekas buruhnya tentu Idris tahu setidak-tidaknya di mana rumah Dr Ahmad Ramzi.

Harapan selebihnya kepada polis Terengganu. Jangan pula cerita memburu Dr Ahmad Ramzi ini macam cerita memburu ayah Pin atau Hilmi Malik. Sekiranya polis memerlukan bantuan interpol untuk menyelesaikan masalah, kenapa tidak boleh dilakukan.

Kesejahteraan rakyat dan wakil rakyat hendaklah diutamakan. [wm.kl. 8:00 pm 08/05/09]

5 comments:

Abu Muhammad Haikal said...

Semua orang tahu babak berikutnya,
Malaysia BOLEH...
Tak tahulah pula kalau masih ada lagi manusia jumud di negara ini.

Insan said...

berani kerana benar
TAKOT kerana SALAH!!!

ReMyZiEy said...

ini bukan saya

batunisan said...

telah kedengaran pun sbelum ni yang menghantar sms ugutan datangnya dari ibu pejabat umno di kl bukannya dari ktrg sendiri.. adakah ini permainan umno pusat dan bukannya dato mat said..maklumlah dengar2 cerita duit royalti dah nak masuk ke terengganu maka ramai yang ghairah nak kaut hrta karun tersebut.. kepentingan rakyat bolehlah tolak ketepi...

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

ai..ai...chief!

ini hari, hari sabtu half day,esok ahad hari minggu.lain hari bolih lah! (MSO pun cuti)