Sunday, October 18, 2009

Susupan Malam

Exco Tumbuk Tetamu Raya

BARU saya nak jamah nasi berlaukkan ikan kembung bakar tawar dan gulai ikan patin yang baru terhidang di gerai makan di Taman Pelancongan Kuantan (PPK), telefon bimbit saya berdering. Saya cuba memerhati di skrin siapa yang membuat panggilan, tidak ada nama yang ada hanya nombor saja. Selalunya bila sudah berhadapan dengan rezeki saya tidak akan angkat telefon. Berderinglah beratus kali pun pantang saya mengangkatnya. Kadang-kadang telefon ini banyak menyusah dan menganggu kehidupan.

"Hello... sapa ni?" tanya saya dengan nada agak tinggi dan jengkil. Pinggan nasi di hadapan saya tolak ke tepi. Ada rasa nak marah kerana menganggu saya untuk makan.

"Sheikh ada cerita sedap...!" katanya tanpa memberi tahu namanya. Nadanya serius bercampur dengan gembira.

"Sapa ni, dari mana?" saya mulai geram kerana dia enggan perkenalkan identitinya.

"Ini ada cerita sedap, saya nak maklum... ini meletup ni?" katanya ghairah. Suaranya bunyi macam kumbang lilin dalam tin. Talian tidak berapa jelas menyebabkan kami bercakap agak keras sehingga menganggu beberapa pelanggan lain yang ada berdekatan.

"Cerita mengenai apa, saya tak kenal awak!" saya terus jadi jengkill. Saya dah tekad kalau dia tak nak bagi tahu latar belakangnya saya akan matikan telefon. Saya nak makan nasi perut sudah berkeroncong. Lagi pun tidak baik membiarkan rakan ternanti-nanti untuk makan.

"Exco Pas bertumbuk!" Tiba-tiba terpancut perkataan itu. Apa? Begitu terdengar perkataan itu rasa geram sekejap tadi hilang serta merta dan saya terus menunggu cerita lanjut darinya. Memang cerita ini merangsang perasaan. Exco bertumbuk, sedap bunyi ceritanya.

"Exco mana. Bertumbuk dengan siapa?' tanya saya tidak sabar. "Mana ada Exco nak bertumbuk di musim-musim raya ni!," saya mengacahnya dan sekaligus cuba meralatkannya kalau-kalau dia tersilap lapor.

"Betul Sheikh, ana nampak sendiri tadi. Exco berkenaan melepaskan satu penumbuk kepada muka orang itu. Nasib baik orang itu menepisnya. Mereka bergaduh....," ceritanya lagi menjadikan saya semakin tak sabar nak ketahui duduk perkara sebenarnya. Dia tidak menyebut nama Exco berkenaan dan terus bercerita dan melapor.

"Ana tenguk Exco itu meluru ke arah orang itu sambil berkata "mu jahat... mu jahat". Kemudian dia terus menubuk ke muka kawan itu..." ceritanya lagi.

"Macam mana boleh berlaku? Kejadian ini berlaku kat mana atau enta tersalap pandang kot?". Kata saya dan menduganya.

"Ni saya masih di sini. Kejadian itu baru berlaku sekejap tadi," ceritanya yanpa menyebut lokasi kejadian menyebabkan saya jadi iseng.

"Di sini tu di mana?" tekan saya lagi. "Dimana...???" darah saya mula naik ke puncak kepala kerana berteka teka dengan berita itu.

"Sekarang ni ada di tempat ni, di Taman Melawar. Kejadian itu berlaku sekejap tadi. Nasib baik tidak ramai yang melihatnya, hanya dua tiga orang saja. Memalukan, Sheikh...malu!" jelasnya panjang lebar.

Di Taman Melawar? Baru saya ingat di Taman Melawar hari ini diadakan rumah terbuka hari raya Pas pusat. Apakah kejadian itu berlaku di situ? Dan apakah Exco berkenaan telah menumbu tetamu majlis berkenaan? Begitukah?

"Sapa yang ditumbuk tu? Wakil rakyat ke?" aju saya. Hidangan di hadapan sudah mulai dihinggap lalat. Dua orang rakan yang dari tadi mendengar perbualan juga tidak berselera untuk makan. Dia juga tercenggeng-cenggeng apabila mengetahui laporan yang saya terima itu mengenai kejadian seorang Exco tumbuk tetamu yang menghadir rumah terbuka Pas. Siapa?

Bersambung Esok. [wm.kl. 11:11 pm 18/10/09]

3 comments:

ANAFAKIR said...

Salam..berita gempar juga tu.Tengok bahasa perbualan tu, EXCO tu macam dari Kelantan je..macam-macam isu la sekarang ni yang sengaja nak melemahkan Pakatan Rakyat.PAS dilabelkan dengan perjuangan berteraskan Islam tetapi kalau pemimpinnya kurang sabar, pendek akal maka akan terus buruklah nama PAS...apapun mereka juga masih manusia biasa-biasa.alahaiii...

Quantum Metal Consultant said...

Rasa rasanya lepas ni penulis blog pula yang nak kena tumbuk, berita hampeh, tak tahu sumber, buat gempaq pun boleh 'terhasil'.

Lebih baik buat surat layang beb...lagi klas gitu !

RBF Online said...

kpd kluangman

yg menulis ni mso lah.sejarah yg lepas2 jika mso menulis semuanya benar.