BERITA yang terpampang di akhbar dan skrin tv hari ini – Kelantan diarah bayar bayaran ganti rugi RM800 juta seharusnya tidak dipandang ringan oleh semua orang di Kelantan khususnya pemimpin politik. Walaupun arahan itu tidak semestinya dilaksanakan dan kerajaan negeri masih ada ruang untuk merayu, tetapi terimalah ia sebagai iktibar.
Ada mesej yang Tuhan hantar menerusi keputusan mahkamah itu untuk dihayati sebaik mungkin.
Seperti mana yang kita tahu keputusan arahan membayar pampasan RM800 juta tersebut satu sejarah bagi Mahkamah Tinggi di Kota Bharu dan satu jumlah terbanyak yang diputuskan oleh mahkamah sivil di negara ini. Benarlah Kelantan ini hebat dan unik!
Sejarah ini satu lagi keunikan Kelantan yang benar-benar mengakhiri kelendar tahun ini. Saya ingat kelendar tahun ini berakhirnya dengan sumpahan celaka, celaka, celaka blog tu... tetapi rupanya arahan membayar RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd sebagai pengakhir tahun.
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kes ini. Kes ini kes zaman kerajaan Pas di bawah pimpinan Datuk Ishak Lotfi menjadi MB lagi kira-kira 45 tahun lalu. Kes ini sudah pun dianggap berakhir oleh kebanyakan orang Kelantan. Malahan ada yang tidak ingat lagi termasuk anggota Exco sekarang ini. MB sekarang ini juga mungkin sudah lupa kerana terlalu banyak sangat berpolitiking.
Tahun 1964 kerajaan Kelantan memberi konsensi kawasan balak seluas 350,000 ekar (204,000 hektar?) untuk tujuan pembangunan di Kelantan kepada syarikat dari Singapura bernama Timber & Mine Industrial Corporation.
Tindakan kerajaan Kelantan itu adalah untuk membiayai pembangunan Kelantan yang dianaktirikan oleh kerajaan Persekutuan. Pilihan lain tidak ada melainkan terpaksa ‘mengadai’ kawasan balak. Syarikat berkenaan disamping mendapat keuntungan ia juga memberi pembangunan ekonomi dan sosial kepada Kelantan.
Menurut Allahyarham Mohd Asri Muda (foto) dalam buku Memoir Politik Asri; Meniti Arus, "Perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat Timber & Mine itu pada prinsipnya telah menonjolkan satu dasar yang begitu praktikal yang akhirnya secara tidak langsung menjadi satu kaedah yang menyeluruh di kawasan projek yang hendak dimajukan di bawah rancangan pembukaan tanah atas nama apa saja, kawasan itu hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu kayu kayan dan hasil hutan yang berharga; lebih-lebih lagi apabila rancangan pembukaan tanah semakin rancak dan luas dengan pesatnya dan telah dimasuk sebagai salah satu projek pembangunan luar bandar.”
Ini bermakna konsensi itu untuk menbiayai kewangan pembangunan Kelantan yang nazak. Kerajaan Perikatan menuduh dan memfitnah kerajaan Kelantan ketika itu telah mengadai tanah itu tanpa mendapat sebarang faedah yang diperolehinya.
Fitnah jahat Perikatan itu menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa membawa kes itu ke muka pengadilan. Mahkamah kemudian memutuskan langkah kerajaan itu bukan gadai tetapi perjanjian biasa dengan mendapat keuntungan. Keputusan ini terkandung dalam Malayan Law Journal, 1968 Vol. 2 muka surat 129.
Disebabkan syarikat berkenaan telah melanggar atau tidak dapat memenuhi butiran perjanjian, kerajaan Kelantan mengkaji balik untuk membatalkan perjanjian itu. Bagaimana pun notis untuk membatalkan perjanjian itu tidak dapat dibuat kerana berlaku pertukaran kerajaan (MB) kepada Muhammad Nasir tahun 1974.
Bagaimana pun akhirnya kes (perjanjian) itu diselesaikan juga. Syarikat berkenaan bersetuju menerima imbuhan saguhati sebanyak RM3.5 juta. Wang pembayaran itu pun adalah pinjaman daripada kerajaan Persekutuan.
“Sesudah beberapa kali mengadakan rundingan, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya. Pihak syarikat Timber & Mine telah bersetuju menerima wang saguhati atau imbuhan sebanyak RM3.5 juta ringgit dan wang tersebut telah dipinjamkan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri. Masalah ini boleh dianggap telah selesai. Tetapi segolongan kecil daripada kalangan yang bertentangan tidak habis-habis menaburkan fitnah untuk melemahkan kerajaan negeri. Namun demikian usaha itu nampaknya tidak berkesan.” – Memoir Politik Asri: Meniti Arus.
Apakah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation itu adalah syarikat Timbermine Sdn Bhd yang suah bertukar nama dan bertukar lembaga pengarah? Apakah syarikat itu kini menjadi milik Bumiputera dari Malaysia/ Kelantan? Dan apakah penyelesaian perjanjian itu wujud perjanjian baru yang memberi sebahagian kawasan konsensi itu?
Saya rasa begitu. Beberapa bulan sebelum ini saya sudah mendapat maklumat mengenai syarikat berkenaan telah menyaman Kerajaan Kelantan kerana melanggar perjanjian. Kerajaan kata penyampai maklumat itu sedang ‘bersusah hati’ dengan saman itu. Bagaimana pun ada yang mengambil remeh dan tidak berusaha mengatasinya dengan sewajarnya.
Persoalannya kini kenapakah kes ini tidak dipantau dan dipandang dengan sewajarnya? Kenapakah kerajaan negeri tidak berunding dengan syarikat berkenaan? Apakah peranan penasihat Undang-Undang Negeri dalam hal ini? Apakah penasihat undang-undang mengambil langkah tepat dan memberi pandangan dan nasihat yang tuntas? Menurut laporan kes ini difailkan pada tahun 2004, bermakna baru lima tahun.
Saya percaya kalau kerajaan mengambil berat kes ini tidak akan berkesudahan di mahkamah seperti hari ini. Mungkin kalau kerajaan didapati melanggari perjanjian (baru) bayaran yang diarahkan tidak sebanyak hari ini.

Apakah musibah ini sebagai kifarat ke atas pergolakan dan kemelut di Kelantan kini? Atau musibah itu diturunkan Allah untuk menyedari pihak yang bertelagah supaya menamatkan perbalahan dan menumpukan ke usaha mendapat royalti petroleum sebanyak RM1 billion di mana bila diperolehi nanti bolehlah dibayar kepada syarikat berkenaan! [wm.kl. 10:15 am 31/12/09]
6 comments:
Salam..
Adalah amat malang menjadi rakyat kelantan kerana ketidakcekapan kerajaan negri dalam bidang pentadbiran, dan lagi-malangnya sekiranya royalti minyak berjaya dituntut, hangus begitu sahaja, digunakan untuk membayar saman...Doa bala yg diminta..balak pula yg mendatang..Kasihan
salam alaikum...
Tuan, saya kira ia sebagai satu pukulan semula kepada TGNA yang begitu mudah menyifatkan seseorang 'sampah'. Maka hari ini, beliau pula terpaksa menghadapi pelbagai jenis 'sampah' dan mesti bertanggungjawab menyelesaikannya.
Terima kasih.
Nizar Kesuma Lakes, Selangor.
Sudah jemu mendengar musibah yang menimpa TGNA dan barisan kempimpinannya...tak habis-habis.Lepas satu, satu yang menimbulkan kerisaun penyokong.Segelintir sahaja yang menyedari bahawa untuk mendapat sesuatu yang lebih baik maka dia akan diuji, diujia dan diuji berterusan.Sesiapa yang redha dan berlapang dada, terbuka luas di depannya jalan untuk hampir dengan Penciptanya.
Namun dalam politik, terutama ahli sekular, mereka seringkali menggunakan itu sebagai senjata untuk memburuk-burukkan orang yang berilmu agama.Cuma sejauhmana TGNA dan EXCOnya betul di jalan Allah..terpulang kepada keimanan masing-masing.Andai ikhlas, amanah dan menjalankan tugas sebaik mungkin demi rakyat maka mungkin musibah yang melanda sekadar ujian Allah untuk orang-orang yang dikasihi-Nya.Bersabarlah dengan ujian.Dia lebih mengetahui jalan keluar untuk semua ujian yang diberikan kepada setiap hamba-Nya.
Tabahkan hati dan teruskan perjuangan.Usah hirau umpat keji manusia yang sejenis dengan kita.Sama-sama dijadikan dari tiada kepada ada kemudian tiada semula.Apa yang perlu kita takut ialah kemarahan dan kejian dari Allah.Manusia setaraf dengan kita..biarkan mereka.
Sekian.Mohon mencadangkan.
tah lah tuan..sejak akhir-akhir ni banyak plak bala dtg pada PAS dan Nik Aziz..lepas ni tah apa plak. Ala senang ceta Nik Aziz berundur jer lah. Usia pun dah lanjut. bagi lah dia rehat kat penghujung usia ne. Lagi pun byk lagi pemimpin yg akan muncul.
Salam Ukhwah
Pandangan saya segalanya adalah ujian Allah untuk TGNA Kerana selama ni dia hanya pandang sebelah mata terhadap orang lain semua tak betul dan tak kena hatta pemimpin pas sendiri dia cerca dihina dikhalayak dianggap sampah,pro Umno dan sebagainya,mudah-mudahan dengan ujian ujian yang allah berikan TGNA sedar kita hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan dan tak mudah menjatuhkan air muka orang lain.walaupun kita disanjung sebagai manusia yang tersohor kerana yang diatas tidak selamanya diatas yang akhirnya akan kebawah jua.
Politikus Kelantan dan malaysia asyik bergaduh saja, tak tau nak jaga negara. Generasi muda Kelantan pun sudah rosak. JPP pula jadi JAMBATAN PROJEK PITIS pihak tertentu.
Orang Kelantan, bersiap-siap. Kelantan bakal tergadai. Anda kena pindah ke dalam laut Pantai Sabak.
Post a Comment