Saturday, December 26, 2009

Susupan Malam

Beranikah Najib Sahut Cabaran Mahathir?

TIMBALAN Presiden PKR, Syed Husin Ali meminta supaya Perdana Menteri, Najib Razak jangan bertangguh untuk menubuhkan suruhaanjaya siasatan di raja seperti dicabar Mahathir Mohamad untuk menyiasat dakwaan Barry Wain yang menuduh beliau (Mahathir) melesapkan RM100 akibat rasuah.

Katanya dalam satu kenyataan yang dikirim ke blog ini, walaupun pihak PKR merasakan cabaran Mahatahir itu tidak serius tetapi wajar suruhanjaya di raja dibentuk untuk menyiasat Mahathir.

Berikut adalah kenyataan penuh Syed Husin Ali:

Menyambut Cabaran Dr Mahathir

Walaupun kami tidak percaya mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad serius, namun Parti Keadilan Rakyat (KEDILAN) mengalu-alukan cabaran beliau supaya pemerintah membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat pendedahan Barry Wain dalam buku tebarunya bahawa di bawah bekas PM itu lebih RM100 bilion lesap akibat rasuah dan pembaziran.

Sebenarnya Mahathir mencabar pemerintahan Umno-Bn yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak. Najib tidak perlu bertangguh-tangguh atau berdolak-dalik dan harus membentuk segera Suruhanjaya tersebut.

Suruhanjaya itu hendaklah diberi bidang kuasa luas bagi menyiasat pendedahan Barry Wain dan juga mengkaji segela bentuk rasuah dan pembaziran yang dikaitkan dengan mantan PM Mahathir itu.

Bahkan, jika perlu dan sesuai, Suruhanjaya ini boleh juga mengkaji segala yang belaku di bawah mantan PM Abdullah badawi, sebgaimana didakwa dan didesak oleh Mahathir.

Sesuai dengan “cabaran” Mahathir, Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai bukan saja oleh hakim serta bekas hakim, tetapi juga tokoh-tokoh politik kerajaan serta bukan kerajaan dan tokoh-tokoh professional (misalnya dari golongan academia serta Majlis Peguam).

Seharusnyalah ada jaminan supaya segala perakuan Suruhanjaya diambil tindakan oleh Kerajaan serta pihak berkuasa lain.

Janganlah hendaknya ia ditimpa nasib seperti suruhajaya mengenai polis dan “Pita Lingam”.

Dr SYED HUSIN ALI,
Timbalan Presiden KEADILAN,
25 Disember 2009 [wm.kl. 9:00 pm 26/12/09]

1 comment:

ANAFAKIR said...

Cabaran Tun M kepada DS Najib sekadar bermain tarik tali kerana antara mereka memang wujud perkataan 'tahu sama tahu'.Untuk apa DS Najib menubuhkan Suruhanjaya Diraja jika diumpamakan menepuk air ke dulang, akan terpercik ke muka sendiri.Tun M pun amat tahu dan amat2 yakin bahawa UMNO dan sekutunya tidak akan berani menyiasat penyelewengan yang didedahkan selama Tun M berkuasa lantaran akan timbul pelbagai penyelewengan yang lain pula malahan berkait-mait dengan segala menteri dan pemimpin UMNO dan sekutunya.Begitu juga dengan isu PKFZ.Sekian banyak wang rakyat tergadai dan ternoda, mana ada pemimpin terkemuka UMNO dan BN didakwa secara terangan.Hanya ikan bilis juga menjadi mangsa.Kehilangan enjin pesawat pemintas pun, ikan bilis juga yang kena.Pembuat keputusan,orang yang benar-benar berkuasa dalam menentukan segala keputusan terlepas bebas, mewah dan senang lenang.

Tun M tahu itu semua, sebab itu dia berani mencabar diwujudkan suruhanjaya untuk menyiasat semua penyelewengan di zamannya,andainya dia [Tun M]sahaja yang dibuktikan bersalah maka dia [ Tun M ] pasti akan mendedahkan segala kebusukan sepanjang usus dalam UMNO yang beliau maksudkan selama ini, akan terdedah segala nama dan batang tubuh pemimpin UMNO dan BN yang memang dia tahu sepanjang lebih 20 tahun dia memimpin negara.silap haribulan DS Najib juga akan terlibat.Namanya mungkin dalam senarai teratas.Siapa tahu?.Tun M juga licik dalam politik.Isu "Pita Linggam" mana kesudahannya?.Lenyap dan lesap begitu sahaja.Tun M membantah kerana Peguam Negara mentup kes tersebut, betulkah Tun M benar-benar membantah?atau sekadar bermain politik juga?..

Mereka mampu untuk mengabui mata rakyat.Sedangkan belakang tabir, segala keputusan dan tindakan sudah dibincang sedetail mungkin supaya 'tepung tidak bertabur, rambut juga tidak putus.Mereka yang terlibat kekal selamat, dan rakyat terus tertipu dengan mempercayai apa yang berlaku sebenarnya tidak seperti yang didakwa.Hakim, peguam, saksi dan emua yang terlibat boleh diarah itu dan ini asalkan wang menjadi orang tengah.

Maka cabaran Tun M hanya sekadar cabaran untuk menunjukkan kepada rakyat betapa Tun M memang bersih dan telus selama dia memimpin negara, maka DS Najib pula akan diam menikus...itu semua sandiwara politik semata-mata./seorang mencabar, seorang lagi tidak menyahut cabaran.Akhirnya dakwaan yang dikemukakan akan senyap dan disapu angin yang bertiup membawa segala isu yang sensasi itu ke Laut China Selatan.Hanyut dan hilang ditelan ombak.

Pelik dan hairan, kenapa tidak didakwa orang yang menulis buku berkaitan penyelewengan Tun M tersebut?Beranikah UMNO dan Tun M untuk mendakwanya,entah-entah terbongkar pulak keburukan lain...
Jika berani dan memang benar..wujudkan suruhanjaya dan juga dakwa penulis buku itu ke mahkamah.

Sebenarnya.itulah politik.Mesti bijak membuat helah, bijak membuat sensasi, bijak membuat cabaran dan bijak juga merancang.Asalkan semua rakan dalam parti selamat sejahtera..kaya dan kenyang untuk menunggu mati supaya semua kesalahan dan dosa terhadap rakyat tertanam bersama mayat...hilang dan luput dari ingat rakyat.

Apapun..walau sebesar zarah kebaikan yang dibuat, tetap akan dibalas begitu juga walau sebesar zarah kejahatan yang dibuat, juga akan dibalas.Itu janjinya TUHAN.Ada berani?...

Renung dan hayati..kemana dan di mana kita selepas itu.Tepuk dada tanya iman.Hisablah diri selagi masa masih ada.