Thursday, December 3, 2009

Goreng Pisang Tanduk

Media Arus Perdana Tak Mampu Tumbangkan Nik Aziz

MAKIN hari semakin menirus, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada usaha pihak tertentu khasnya media arus perdana dan blog liar untuk mengugat dan mengugurkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi MB. Pendedahan yang dibuat oleh media dan blog, bunyi hebat tetapi kesan tidak seberapa. Macam meriam buluh tersumbat saja.

Makin lama pendedahan dibuat dengan maklumat-maklumat kononya baru, jadi semakin lemah dan tidak berkualiti. Adakalanya melebih-lebih dan menyebabkan pembaca mula naik muak.
Himpunan membantah dan mendesak Nik Aziz di hadapan pintu pagar Kota Darulnaim dua hari lalu yang dilakukan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) dihadiri kira-kira 47 (tidak termasuk anggota polis, wartawan/jurufoto dan orang Pas) tidak memberi bekas apa-apa. Himpunan membawa dua tiga batang sepanduk itu seolah-olah budak sekolah Tadika menyambut hari kelahiran Nabi (Maulud) saja.

Bahkan tunjuk perasaan itu menguatkan lagi kedudukkan Nik Aziz. Nik Aziz kini mendapat simpati yang melimpah ruah.

Betapa tidak, baik Dewan Pemuda, Dewan Ulama tidak berdiam diri mengenai kedudukan Nik Aziz, bila ada tunjuk perasaan itu mereka bangkit membela tok guru mereka dan masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada MB itu.

Tengoklah apa yang akan berlaku di Dataran Ilmu di Kota Bharu esok, di mana dirancangkan untuk mengadakan himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz. Kalau tidak hujan pasti jumlah mereka yang hadir akan berlipat ganda. Majlis mengajar – dengar kuliah Nik Aziz itu akan bertukar menjadi majlis berdoa dan menyokongnya. Tengoklah...

Sebuah akhbar arus perdana juga hari ini sudah ketiadaan modal, terpaksa memusing rekod lama mendedahkan mengenai rumah, bangunan dua tingkat, stesen minyak dan kedudukan sekolah Darul Anuar di Pulau Melaka. Itu semua cerita lama yang sudah tidak lut!

Di sini saya tidak mahu menafikan kebenaran itu semua, tetapi bagi rakyat Kelantan isu-isu peribadi dan melibatkan keluaraga Nik Aziz tidak berapa membekas. Ia diterima sewajanrya oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan saya yakin tidak akan marah sampai memberontak mengetahui apa yang didedahkan itu. Kewarakan dan keperibadian Nik Aziz mengkaliskan semua itu.

Salahkah kalau Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki dua buah rumah kedai dua tingkat? Hak mendapat dan mencari harta adalah hak semua orang. Harta itu dibeli dengan wang ringgitnya sendiri. Selama 19 tahun suaminya menjadi MB, dan selama 21 tahun suaminya menjadi wakil rakyat, apakah tidak mungkin Tuan Sabariah memiliki rumah kedai sebagai pelaboran? Dia juga tahun suaminya orang politik. Nasib orang politik, akan boleh jadi apa saja. Jadi apa yang beliau lakukan adalah langkah beringat.

Tuan Sabariah juga ada anak, 10 orang. Salahkan kalau beliau kumpul wang pemberian anak dan menantunya, dan suaminya dan ditugukan atas rumah kedai itu? Zalimlah dunia kalau hanya kerana isteri seorang tok guru dan MB maka Tuan Sabariah tidak boleh memiliki harta sedikit itu.

Demikian juga halnya stesen minyak milik salah seorang anak Nik Aziz itu. Sekali lagi bukan saya nak nafikan akan harta perniagaan itu. Tetapi salahkah kalau anak Nik Aziz memiliki stesen minyak? Bukankah perniagaan dihalalkan? Saya tidak mahu menjustifikasi perkara ini dengan mengatakan anak politician lain lebih hebat. Tetapi perlu disedari, sebagai anak kepada MB, anak-anak Nik Aziz tidak mendapat elaun dari kerajaan negeri. Untuk hidup, kahwin dan berumah tangga mereka memerlukan pekerjaan dan perniagaan sendiri. Satu masa anaknya bernama Nik Abduh pernah menjual ubat-ubatan herba untuk hidup.

Adapun kedudukan sekolah Darul Annuar yang kini menjadi milik Yayasan al-Omari, milik Nik Omar Nik Abdul Aziz, sekiranya proses mendapatkannya tidak telus kenapa tidak dilaporkan saja kepada SPRM. Laporlah kepada SPRM. Saya yakin Nik Aziz tidak ada kuasa menghalang SPRM untuk menyiasatnya. Apakah ianya sudah dilapor dan siasatan sudah dibuat?

Begitu juga rumah Nik Aziz yang dikatakan buruk di depan dan cantik dibelakang. Saya tidak mahu bercerita panjang, semua orang boleh pergi dan tenguk dengan mata kepala sendiri. Saya pernah mendengar banyak orang bercerita demikian tanpa dia pergi melihat sendiri keadaanya. Pergilah sendiri dan periksa sendiri. Bawa QS dan arkitek dan kontraktor, kira dan nilai sendiri berapakah nilai sebenarnya rumah Nik Aziz itu kemudian dedahkan seluas-luasnya.

Usaha untuk memburukkan Nik Aziz dengan pemilikan harta dan kekayaan tidak berbaloi dan menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan. Sebab rakyat Kelantan sudah makrifah dengan kehidupan Nik Aziz yang zuhud dan sedarhana. Bukti yang didedahkan hanya andaian semata-mata dan bukan yang hakiki. Kalau setakat ambil gambar dan figurenya direka, mengatakan harta Nik Aziz 10 juta tidak berbaloi. Ia satu kesilapan dan kenaifan si tukang penilai itu sendiri. Sepatunya harta Nik Aziz perlu dinilai sampai mencecah RM 100 juta barulah boleh membeliakkan biji mata. RM10 juta, apa, sedikit sangat dalam nisbah hari ini.

Betul memiliki harta secara haram itu walaupun 10 sen salah, tetapi apakah yang berlaku itu benar-benar salah, atau tuduhan semata-mata? Tuduhan dan persepsi tidak boleh diterima pakai sebagai sesuatu yang mutlak.

Pada saya, apa yang Nik Aziz miliki dan Exco-exco lain miliki, baik Takiyuddin Hassan, Annuar Tan Abdullah, Mohd Amar Abdullah, dan yang lain-lain atau wakil rakyat seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Zaki Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Abdullah, Abdul Fatah Haron dan lain-lain adalah wajar. Kenapa harus didengki apa yang mereka perolehi. Kalau pun mereka perolehi kerana Pas menjadi kerajaan ia tidak salah dan bagi saya sesuatu yang wajar.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana mereka inilah yang menyambungkan perjuangan siang malam tokoh-tokoh terdahulu yang bermula sebaik Pas kalah tahun 1978. Mereka yang menyambungkan perjuangan Buniyamin Yaacob, Cikgu Musa Salleh, Mohammad Amin, Saufi Othman, Yaacob Awang Besar, Wan Jamil Mohamad (semua Allahyarham), Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman, dll.

Saya tahu sungguh akan kesungguhan dan kegigihan para pejuang ini. Mereka akan turun dari rumah sejak 6:00 petang dan akan pulang lewat jam 4:00 pagi kerana berceramah memberi kesedaran kepada rakyat. Kesusahan mereka dalam perjuangan membangkitkan semangat Pas hanya Allah saja yang tahu. Ada kalanya kereta kehabisan minyak tengah jalan dan terpaksa pulang berjalan kaki.

Jadi kalau mereka ini mendapat sedikit habuan untuk kelegaan kehidupan apa nak dipertikaikan. Saya yakin roh kepada para pejuang gigih Pas itu akan merasa senang dan bahagia kerana melihat para penyambung mereka boleh menikmati hasil perjuangan mereka. Al Fatihah untuk mereka sebanyak tiga kali.

Pada saya soal memiliki harta menerusi kuasa kerajaan selagi ianya masih tidak melampau dan dilakukan dengan prosuder yang betul boleh dihalalkan. Tidak kira mereka dari parti mana termasuk Umno, PKR ataupun DAP. Saya percaya rakyat Kelantan menyedari akan situasi ini sebab itulah soal pemilikan harta ini tidak menjadi titik bengik kepada mereka. Kebanyakan pemimpin Pas di samping ikut memiliki harta mereka tidak mengabaikan kepentingan rakyat. Itulah hakikatnya pentadbiran Nik Aziz. [wm.kl.10:19 am 03/12/09]

5 comments:

ORE KIT0 said...

ambo rakyat klate..tak terlibat dgn mana-mana parti politik tahu benar apo yang berlaku di klate..rakyat klate supo ambo ni ramai..tahu dan kenal sapo nik aziz..sapo sapo pemimpin umno..jadi tak payah ..nak tunjuk benda-bendah tu..kalu stakat rumah..kereta tu.. tak payah jadi anak-beranak mb..ore rakyat klate makan gaji biaso pun boleh ..

mat said...

setuju dengan mso dan setuju dengan ore kito.kesimpulannya,kita rakyat kelantan tahu tok guru ada kelemahan,dan pemimpin umno jugak ada TERLALU BANYAK kelemahan.dan kita juga tahu tok guru ada kelebihan yang mana kelebihan inilah yang tidak dimiliki oleh mana2 tokoh umno.jadi macam mana rakyat tak sayang kat tok guru dan macam mana jugak rakyat nak pilih umno.makin umno mendatangkan seribu satu bukti untuk memburukkan tok guru,makinlah rakyat bertambah benci kepada umno dan tok joghonya.jadi,kesilapan demi kesilapan dari pihak UMNO.

Tok ayah Su said...

Salam hormat!

Teringat saya pada suatu ketika akan satu majlis ilmu agama yang telah saya hadiri dimana didalam kuliah tersebut seorang ustaz telah menerangkan diantara intipatinya yang menyebut sejarah dizaman nabi Allah musa terdapat dua orang pembesar Fir'aun yang bernama Hamaan dan Qoruun telah membina bangunan setinggi melanggit dengan tujuan kononnya untuk memudahkan kaumnya melihat tuhan nabi Musa.Walhal segala perbuatan mereka itu hanyalah sekadar untuk mempermain main dan mempersenda sendakan dengan harapan supaya tidak ada sesiapa yang akan percaya kepada ajaran yang dibawa olih nabi Musa.Melihat kepada situasi ini langsung terus Nabi Musa berdoa memohon agar dimusnahkan segala harta benda dan kemewahan yang dimiliki Fir"aun dan kuncu kuncunya.Peristiwa kemusnahan ini telah tercatat didalam ayat suci AlQur"an surah AlQashash ayat 81 yang bermaksud "lalu telah kami musnahkan Qoruun bersama istananya".Ada pun motif bala yang menimpa Fir"aun ini adalah hasil perkenan doa Nabi Musa diatas tindak tanduk Fir'aun yang memusuhi ajaran islam malah sampai kesatu peringkat kemelampauan Fir"aun sehingga mengaku dialah tuhan.

Adapun persoalannya bagaimana pula dengan doa yang bermotifkan kebendaan yang ingin menuntut meterial royalti minyak?Apakah tidak menjadi kesalahan dan bolih dihalalkan sehingga ketahap memohon doa supaya diberi kemusnahan kepada orang yang berkaitan?...jadi fikir fikirkan !

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Rasanya andai diadakan himpunan menyokong Tok Guru di Kuala Lumpur, saya yakin sekurang-kurangnya sejumlah himpunan Bersih akan berulang walau pun bertembung dengan FRU dan gas pemedih mata. Kami bukan anak Kelantan, tapi Tok guru itu juga Tok Guru kami walau pun tak boleh jadi menteri besar kami. Allahu Akbar! Pada rakyat Kelantan yang bertuah bermenteri besarkan Tok Guru, keluarlah esok beramai-ramai. Tahniah kepada anda kerana berpeluang untuk mempertahankan pemimpin seperti Tok Guru.

nazari said...

mso..

rumah tok guru yang ditunujukkan oleh media UMNO tu sama standard rumah ayah saya,orang kampung yang jual lembu dan buat kebun sawit.orang kelantan bukan menteri besarpun boleh buat rumah macam tu, ini lagikan menteri besar mestilah lebih baik sikit daripada rakyat.