DUA tiga hari lepas saya ada posting mengenai desas desus empat lagi Setiasuaha Politik kepada Menteri dikatakan sedang diperhati oleh SPRM. Apakah salah seorang daripadanya ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shafei Abdullah?
Jika dilihat kepada pendedahan teruk dibuat oleh ahli Parlimen, Wangsa Maju, Wee Choo Keong di Parlimen dua hari lalu terhadap Shafei Abdullah kemungkinan setiausaha politik yang diwar-warkan itu Shafei?
Pendedahan Wee Choo Keong di parlimen itu boleh diikuti Teks ucapan Choo Keong.
Ekoran pendedahan berani Wee itu menyebabkan Wee telah 'dihalang' oleh Shafei yang kurang senang dengan pendedahan Wee itu. Ekoran itu Wee terpaksa melaporkan kepada Parlimen dan meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat tindak tanduk Shafei terhadapnya.
Pendedahan Wee Choo Keong di parlimen itu boleh diikuti Teks ucapan Choo Keong.
Ekoran pendedahan berani Wee itu menyebabkan Wee telah 'dihalang' oleh Shafei yang kurang senang dengan pendedahan Wee itu. Ekoran itu Wee terpaksa melaporkan kepada Parlimen dan meminta sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat tindak tanduk Shafei terhadapnya.
Meneliti kepada isu-isu yang didedahkan oleh Wee menerusi ucapan berkenaan ia memberi calar yang banyak kepada Shafei Abdullah. Ia juga boleh memalukan bosnya, Mohd Najib Razak selaku perdana menteri yang mengutamakan ketelusan 'rakyat didahlukan dan prestasi utamakan'.
Sekiranyaan dakwaan Wee itu didapati benar tidak sepatutnya Najib mempunyai seorang setiausaha politik yang boleh menjejaskan wibawa dan prestasinya. Kemungkinan dengan pendedahan Wee itu menyebabkan Shafei akan diberi teguran keras kalaupun tidak kehilangan jawatan berprestaj itu.
Dalam pada itu Parlimen akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat Shafei ekoran dakwaan Wee itu. Wee mendakwa Shafei telah cuba 'menghalangnya' dengan mendatanginya dan mempersoalkan kenapa Wee menyebut namanya (Shafei) dalam ucapan itu. Shafei dikatakan dengan kasar menyoal Wee "kenapa awak sebut nama saya dalam ucapan tadi?"
Apapun langkah Wee mendedahkan 'salah laku' Shafei ini dilihat satu keberanian dan tanggungjawab sosial yang unggul sebagai wakil rakyat.
Pada saya tindakan Wee itu bukan berbentuk perkauman kerana tanggungjawab itu adalah untuk kepentingan awam untuk semua bangsa.
Sewajarnya kalau semua ahli Parlimen bersikap berani, telus dan sedia mengambil risiko seperti Wee. Apa yang penting pentadbiran negara ini berjalan dengan telus dan bersih dan terhindar daripada 'borjuis-borjuis' yang ingin mengambil kesempatan menerusi kuasa yang ada. [wm.kl. 10:50 am 10/12/09]
1 comment:
Sikap samseng dan kurang mesra beberapa orang tertentu di kalangan orang-orang UMNO memang telah lama menular sehingga ada yang mengharet pihak istana seolah-olah mereka kebal sangat dikesali.
Post a Comment