Monday, December 21, 2009

Renungan Malam

Najib Perlu Fahami Hati Umno Pulau Pinang

MOHD Najib Razak telah menutup isu tuntutan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang oleh Umno dengan melarang anggota komponen itu jangan debat soal itu. Semalam beliau berkata sebelum beliau memutus keputusan dan kehendak Umno Pulau Pinang itu beliau akan panggil semua pihak. Tetapi hari ini beliau sudah melarang ia dihebuhkan.

Apakah beliau akan memanggil pihak bertelagah - Gerakan dan Umno untuk menamatkan isu berkenaan atau ia sudah selesai dengan amaran bernada serius itu?

Jika Najib menutup begitu saja bermakna beliau tidak menghormati suara Umno Pulau Pinang. Sia-sia suara Umno Pulau Pinang. Sekali lagi suara Umno Pulau Pinang terpaksa diketepikan atas prinsip toleransi dan semangat BN yang tidak menguntungkan Umno. Jadi usaha Umno Pulau Pinang untuk merasai jawatan itu akan kempunan lagi.

Najib sepatutnya tidak mudah membuat keputusan itu. Beliau harus membuka ruang untuk didebatkan oleh semua pihak. Beliau harus lebih berani membenarkan ia dibahas untuk mencari kata putus. Beliau tidak perlu merasa takut dan garun dengan tindak balas Gerakan. Najib harus lebih berani untuk merombak tradisi lama yang merugikan Umno negeri berkenaan. Mungkin sikap play save yang diamalkan Najib tidak seusai dalam konteks itu.

Najib perlu faham alasan yang diberikan Umno Pulau Pinang yang inginkan jawatan itu ada munasabahnya. Kata Zahid Hamidi (foto) ia adalah untuk memantapkan BN Pulau Pinang setelah dilihat Gerakan sudah tiak berdaya lagi. Gerakan juga sepatutnya insaf dan melakukan mahasabah diri dalam hal ini. Parti itu makin terhakis di Pulau Pinang manakala DAP pula makin kuat.

Selain itu kejayaan Umno memenangi 13 kerusi di DUN Pulau Pinang juga munasabah kalau Umno bercadang untuk menguruskan BN di Pulau Pinang. Alasan penolakan oleh Koh Tsu Koon bahawa jawatan itu tradisi menjadi milik Gerakan tidak boleh diterima pakai. BN kena berubah kalau mahu menang.

Dalam pada itu apa yang saya nampak kerana Umno beriya mahukan jawatan itu kerana menyedari peranan Gerakan untuk mengembalikan kuasa sudah tidak begitu aktif. Ini dapat dilihat kepada beberapa aksi untuk mengoncangkan kerajaan DAP itu banyak dilakukan oleh Umno.

Mungkin dalam DUN Pulau Pinang Gerakan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak ada wakilnya. Tetapi Gerakan boleh mengambil bahagian di luar DUN. Kalaupun ada penyertaan Gerakan dalam siri-siri demostrasi tetapi tidak ketara.

Apakah Gerakan merasa selesa dengan kerajaan Pulau Pinang hari ini? Mereka tidak perlu gaduh atau bising-bising kerana kepentingan kaum Cina yang diperjuangkannya terus dipenuhi oleh Lim Guan Eng?

Pantas kalau Gerakan hanya mendiamkan diri dan jadi pemerhati. Sebaliknya berlainan bagi Umno. Parti itu merasakan kepentingan Melayu tidak mendapat pembelaan secukupnya. Hakikat ini boleh dilihat kepada penghijrahan orang Melayu di pulau ke tanah besar hingga ke Kedah. Kerana itulah menyebabkan Zahid memberanikan diri membuat desakan agar pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada Umno.

Sebelum menyelesaikan isu ini kepada status quo elok Najib cuba memahami apakah perasaan dan naluri orang Melayu Umno Pulau Pinang. Mereka membuat desakan itu bukan main-main tetapi kerana dapat membayangkan mengenai kedudukan mereka yang semakin tidak berharga di pulau Mutiara itu. Najiub perlu prihatin dan lebih berhati-hati bimbang akan ada orang Melayu Umno Pulau Pinang terkeduh hati dengan sikap politiknya. [wm.kl. 8:00 pm 21/12/09]

3 comments:

azani said...

saya bukan seorang yang rasis tapi yang nak saya kata ni boleh diterima ke agaknya."Kaum Cina nampak macam berpecah dalam politik tetapi mereka sebenarnya bersatu padu atas nama bangsa.

Unknown said...

aku sbg kepimpinan bhgn di penang agak kecewa jika benar DS Najib terus mengezip mulut pemimpin UMNO Png yg inginkan perubahan..
sedikit sebyk menjejaskan sedikit semangat utk bekerja kuat utk umno di png..

apapun, perjuangan harus diteruskan
krn umno merupakan wadah terbaik utk berjuang

Rhino Rin said...

Cina: Kesatuan dalam kepelbagaian. Terpaksa.

Melayu: Kepelbagaian dalam kesatuan. Sendiri pilih.

DNA: Memang begitu.