Tuesday, December 1, 2009

Lintas Langsung Dari Kota Bharu

Tak Sampai 50 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

[kemaskini 6: 50] Mengenai jumlah kehadiran tunjuk perasaan di hadapan Kota Darulnaim di Kota bharu tidak sampai 500 orang. Ini termasuk jumlah orang Pas yang stand by untuk menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini. Harap maklum!

HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila kira-kira 47 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.

Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.

Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.

Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.

Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim. [wm.kl. 10:40 am 01/12/09]

12 comments:

amar husaini ismail said...

Demo paling kelakar...

BelokKiriKanan said...

Sudah tentu Utusan Malaysia akan melaporkan di muka depan surat khabar mereka esok dengan tajuk 'Lebih 10 ribu orang berkumpul menuntut Nik Aziz letak jawatan'.

john said...

Salam pak mso..

ambo kato doh..hok jenis berehi ko demonstrasi kononnya nok sokong PM tak dok orang lain dalang dio..si salentia la..Demo dio pulok biasanya kalu 200 org spt dilaporkan tu kira ramai doh tu..biasonya 50 orang je..

Kalu tengok harakahdaily pulok ketuo dio Che Johan Che Pa..timbalan ketua umno pasir mas..uumm boleh agok doh sapo....

"hanyo ambo memahami diri ambo"

muhammad said...

Salam.
Sebenarnya kami,rakyar marhaen Kelantan kenal sangat siapa Tok Guru. Oleh itu apa pun alasan, kami tetap bersama Tok Guru.Kami boleh membezakan antara Tok Guru dan Ibrahim Ali dan yang sewaktu dengannya.

jaliey-m said...

nampaknya takdok sorang pun yang berani bakar dan pijak gambar nik aziz sebagaimana mereka bakar dan pijak gambar lim guan eng KM pulau piang..

budak kampung online said...

Hati mereka sudah tertutup mungkin. Menolak doa untuk kebaikan se-Malaysia.

asalbayu said...

Demonstrasi bukan budaya kita. Budaya sapa ha? Budaya makhluk asing kot!!

mrf said...

apa yg korang taksub dengan tok guru yang munafik tu..bodoh mcm lembu la korang. kerajaan dah sediakan pendidikan, korang taknak belajar, tak nak guna otak betul-betul..haa..kan dah bodoh

pasboy said...

Peserta perhimpunan itu bertempiaran lari apabila hujan turun dengan lebatnya..belum lagi kena sembur dengan air beracun dan gas pemedih mata oleh FRU..pihak polis yang berada disitu hanya menjadi pemerhati manakala polis trafik sibuk memastikan lalulintas lancar..kalaulah orang PAS yang buat kepada UMNO sudah pasti gas pemedih mata sudah menyelubungi kawasan tersebut.

Wafie G74506 said...

ini antara usaha menjatuhkan kerajaan kelantan. Macam sekitar tahun 70an dan 80an, natijahnya rusuhan berlaku dan darurat di ishtiharkan dan pentadbiran di ambil alih. Usaha begini memang biasa dijalankan oleh orang yang tak kenal tuhan dan tok caya ke hari akhirat. Atah dunia buleh nok wak belako-lako. Mati esok padang masyhar tahu la nasib puak-puak ni. Apapun semoga allah menyelamatkan kerajaan islam kelantan dan marilah kita berdoa agar allah taala memberikan hidayah dan "tunjuk ajar" ke puok - puok yang anti dengan islam. huhhhhh...kalau benda gini rajin nok demo...yang beratus anak tino melayu jadi GRO di kelab malam di seluruh negara ada demo cara....

TAD 84 said...

Aku tgk polis relak jer.... buat ala kadar tapi kalau PAS hah mampus dikerjakan..

Sian umngok buat demo 50 org jea... tapi paper heboh 1000 org... aku ingat UTUSAN nak letak 100K org... waras jugak UTUSAN nie...

buat lah umngok.... yang diajak hanya org2 kampung yang dah diberi makan percuma jer..

AmirMuqri said...

Bagi rakyat marhaen tak payah tengok jauh2, tengok cara hidup jer dah cukup kalau nak banding langit ngan bumi antara Pak Nik ngan banyak pemimpin umno yang lain. 20 tahun memerintah rumah duk lagu tu jer. Tapi kalau orang UMNO baru sepenggal tak boleh nak bilang harta terkumpul. Bak kater Tun Mahathir ahli poltik ni bukan sajer kene bersih malah lebih penting kelihatan bersih.