Al Fatihah Untuk Sdr Panda, Penjenguk Blog Merah Tinta
DARI Allah Kita Datang Kepada-Nyalah Juga Kita Akan Kembali. Salah seorang penjenguk blog Merah Tinta, Sdr Panda (nama sebenarnya Muiz Roslin) yang mana saya paparkan komennya 2 Disember lepas telah kembali ke Rahmatullah hari ini, 4 Disember 2009.
Pemergian sdr Panda ini dimaklumkan dua penjenguk yang mengakui sebagai temannya, Ku Azrie dan Noorliyana. Menurut Noorliyana, Panda meninggal kerana heart attack. Manakala seorang lagi rakannya, Fikri Normi telah menulis menerusi email di facebook saya memaklumkan perkara yang sama.
Kedua-dua komen itu telah saya lepaskan dalam mail komen di blog saya. Bagaimana pun atas permintaan kawan-kawan sdr Panda yang mahu saya deletekan posting berhubung dengannya, dua komen pemakluman rakan Panda itu saya masukkan di sini:
"tuan...saya bagi mewakili pihak yang telah membuat slah kepada tuan memohon agar tuan membuang blog posting ini...kerana hamba Allah ini telah meninggal dunia pagi tadi... saya harap agar kita mempertimbangkan perkara ini dengan baik...sesungguhnya...bermaaf-maafan adalah amalan baik... sedekahkan al-fatihah baginya.. allahyarham amat menyesali perbuatan...harap perbuatanya diampunkan...terima kasih..." (Ku Azrie)
Ini pula mesej dari Noorliyana:
"Assalamualaikum, i am here to make a general apologize regarding Si Panda's statement to your blog, or his real name is Muiz. He had told me about his mistakes and emotional based comment that were generated towards his dissatisfaction on Sir's opinion. However, i am begging you to remove this post as Arwah Muiz had pass away today, 4.12.2009 due to heart attack.
"A day before he died, we had discussed about this matter and this was what he sent to me: Muiz Roslin December 3 at 2:43ami try banyak kali nak anta kat u tapi macam ada prob tadi sorry lambattt. hehe.
"ok u baca janganlah think differently of me. i memang salah sebab i komen dengan bahasa kesat pada dia n i shud not have done what i did. i dunno what came over me sebab i memang tak terima pandangan dia. tapi i mmg salah pun. i am not usually rude cuma tetibe i jadi angin dengan pandangan dia tu ekeke. please dont think differently of me:)
"Through that comment, i know that Sir can see he eventually do not really meant to give rude comment on your blog, it's just that he was too emotionally driven. The fact that we, the young generation who are lack of experience and maybe just trying so hard to let You hear us..Therefore, please forgive arwah and remove this blog as he was already gone..Tq sir, i really appreciate your kindness one this one." SINCERE,NOORLIYANA
Pada 3 Disember sdr Panda telah menghantar permohonan maaf dan menjelaskan kenapa beliau memberi komen berkenaan. Permohonan maaf beliau itu telah saya siarkan dalam ruangan komen di blog. Dan saya turunkan semula di sini:
Assalamualaikum wbt.
Tuan Sayuti Omar, Secara peribadi saya hargai tuan membetulkan silap dan kekhilafan saya. Saya mengaku silap dan bersikap biadap terhadap Tuan. Saya semestinya perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Sebagai generasi muda, saya berdarah muda, saya akui saya terlebih emosional. Lagi-lagi apabila saya terlihat perangai yang betul-betul saya tidak berkenan.
Saya muda dan tiada wibawa, saya akui tentang itu. Namun saya juga tidak terlalu jahil dalam hal etika politik.
Sesungguhnya memijak-mijak gambar seseorang itu, lagi-lagi apabila anda seorang MENTERI yang diberi kepercayaan oleh rakyat, Semestinya anda perlu dan mestilah mempunyai 'moral highground' yang tinggi, kerana anda adalah pemimpin yang sewajibnya menjadi contoh kepada rakyat.
Saya tidak setuju bahawa budaya memijak-mijak kepala lawan, walaupun ianya adalah sekeping gambar, adalah perkara yang biasa dalam politik, seperti yang Tuan telah katakan. Ianya adalah perbuatan yang jijik dan dilakukan oleh pencacai jalanan, bukan perkara yang di lakukan oleh seorang Menteri.
Saya mempunyai respect yang sangat tinggi kepada Tuan sebelum ini, sehinggalah Tuan katakan perkara yang dilakukan LIM GUAN ENG dan kuncu-kuncunya adalah perkara biasa. Ianya bukan perkara biasa. Hanya kerana ada yang lakukan perkara yang sama, tidak menjadikan ia sesuatu perkara yang biasa. Two wrongs do not make a right. Tiada justifikasi yang boleh diterima atas perbuatan tidak bermoral lagi-lagi yang dilakukan oleh insan yang berpengaruh dan berkepentingan tinggi terhadap negara dan rakyat.
Saya juga tertarik dengan kenyataan dan persoalan bahawa, ‘kenapa DAP yang marah sangat pada 3 katak itu sedangkan yang memerintah Perak bukankah Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin?’ Sekali lagi saya katakan di sini, bahawa saya silap besar apabila saya emosi. Terima Kasih atas judgement and assumptions yang telah diterjemahkan oleh para blogger yang telah komen.
Saya terima dengan rela hati kerana sesungguhnya memang saya silap besar kerana terlebih emosi. Saya bukanlah seorang mat rempit dan saya juga tidak pernah berdamping dengan bohsia. Saya bukan produk generasi gagal. Silap sekali untuk saya perbaiki di masa hadapan insyaAllah.
Saya memohon seribu kemaafan dari Tuan yang saya hormati dan berharap ukhuwah fillah akan terjalin antara kita. Janganlah kerana perbuatan terkutuk oleh bangsa mereka membuatkan kita sesama Muslim bergaduh lagi.Moga Tuan dapat memaafkan saya yang lemah ini.Salam Ukhuwah Fillah. [Catatan ini juga ada dimasukkan dalam blognya Rujuk sini
Dan inilah balasan saya di ruang komen berkenaan:
Assamualaikum semua, saya menerima banyak komen dan luah rasa marah kepada komen Sdr Panda, tetapi sebahagian saja saya lepaskan untuk dijadikan iktibar dan renungan kita semua.
Alhamdulilah kita semua masih waras. Dan sdr lepaskan juga pandang balas oleh sdr Panda di atas. Saya menyanjungi akal budi sdr Panda yang berani bertanggungjawab dan mengakui akan keadaan yang berlaku. Apabila membandingkan catatan sdr ini dengan apa yang sdr hemburkan ternyata sdr seorang terpelajar dan tahu syaksiahnya.
Apa yang berlaku sebelum ini iya...mungkin kerana emosi.Tak mengapa kita ada kalanya perlu beremosi, tetapi biarlah berpadan patut. Dengan komen balas sdr Panda itu saya tidak akan melepas apa-apa pandangan dan komenter berhubung itu selepas ini. Kepada sdr Panda selamat belajar dan semoga anda menjadi pemimpin bangsa satu hari nanti.Wassalam.
Dengan ini juga posting di bawah tajuk "Fikir Sejenak" saya akan gantungkan demi menghormati Panda. Marilah kita mensedekah al Fatihah kepada roh Sdr Panda dan mendoakan semoga rohnya akan ditempatkan di makam para mutaqim. Biarpun dia telah pergi namun semangat, ketulusan dan rasa kebertanggungjawabannya tetap bersama kita semua. Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl. 11:00 pm 04/12/09]
15 comments:
Arwah was one of my acquaintances.. Thou we're just acquaintances, i wanna thank u for being considerate, Sir..
Ya Allah Tuan MSO... moga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya.. Amin
Tuan MSO generasi seperti PANDA memang ramai di FB dan MY space... ramai yang mudah terpesong kiblatnya dan akhirnya mereka bercakap tanpa bimbingan..... akhirnya lahirlah ugut fitnah curi gambar dan aib mengaib.... entahlah
Masya'Allah...
Inalillah..
Begitu cepat panggilan dariNya.
Semoga roh almarhum dicucuri rahmat.
Masih lagi terasa kehangatan isunya semalam Sdr MSO.
Al-Fatihah untuk Arwah Muiz..
sungguh terharu dgn email permohonan maaf arwah, syg beliau dijemput awal.al-fatihah buat beliau n takziah buat keluarganya.
AL FATIHAH...
saya sedih dengan berita ini kerana kita telah kehilangan seorang anak muda yang mempunyai semangat juang walau mungkin beliau perlu sedikit bimbingan.
secara peribadi kepada keluarga dan teman serta sahabat allaryarham, 2kali5 mengucapkan takziah kepada anda...
2kali5 : memang cukup sedih...
Allah menyanyangi hambaNya yang dipanggil lebih awal...
Al-Fatihah buat Muiz Roslin,
Segala pandangan beliau lahir dari pemerhatian matahati beliau. Tidak semuanya betul, tapi tidak semuanya salah.
Walaubagaimanapun, saya percaya ramai di sini yang lebih memahami dan sepatutnya mengetahui.
"unzur ila ma qala, wa la tanzur ila man qala" (Saidina Ali Karamallahu Wajhah)
Assalamu alaikum, saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allah yarham dan saya amat hormati keberanian beliau mengaku kesilapan dan kebertanggungjawaban beliau dengan apa yang berlaku. Inilah contoh anak muda berjiwa dan berprinsip dan jelas dengan kerja buatnya. Anak muda perlu bimbingan bukan cemohan atau kejian. Sesungguhnya kita kehilangan anak muda yang telah mula kelihatan wibawanya. Takziah buat seluruh keluarga dan rakan yang mengenali beliau.
Al-fatihah buat saudara muiz roslin. hidup adalah singkat untuk disesali. yang masih hidup,teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadalan.
alfatihah utk beliau...
moga allah mrahmati rohnya...
1 pujian utk beliau krn beliau berani mgaku ksalahan beliau n mminta maaf.. moga mjd pengajaran pd semua pihak supaya sentiasa bhati2 dlm tulisan..
Assalamualaikum.
Salam Takziah buat keluarga Muz Roslin. Semoga ALLAH memberkati rohnya dan menenmpatkan arwah bersama-sama golongan orang2 yg beriman.
Al-Fatihah buat Muiz Roslin. Semoga beliau di tempatkan bersama orang² beriman & soleh.
Alfatihah.. letakkan potret arwah di blog tuan sebagai tanda ukhwah antara arwah dan anda..
AL Fatihah
Takziah buat keluarga Allahyarham. saya salah seorang yang menghentam komen beliau, namun saya telah remove komen saya selepas beliau mempamerkan sikap yang terpuji dengan menghantar nota memohon maaf kpd MSO.
Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang bertaqwa. Al-Fatihah.
Memang ramai yang buat salah masa hayatnya tapi tak ramai yang berpeluang nak memohon kemaafan. Al-Fatihah buat anak muda yang sungguh tinggi semangat juangnya.
Post a Comment