Thursday, December 3, 2009

Terpanas dan Terhangat Kini

Seorang Setpol Disiasat SPRM, Empat Lagi Menunggu Giliran?

KETIKA percakapan dan perhatian ditumpukan kepada menantu Nik Abul Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abd Rahman yang disiasat oleh SPRM tiba-tiba hari meletus berita seorang Setiausaha Politik kepada seorang menteri sedang disiasat oleh SPRM.

Setiausaha Politik berkenaan yang dikatakan mengumpul wang berjuta-juta ringgit di dalam bank, memilik dua tiga buah kereta mewah dan juga hartanah di Lembah Kelang. Beliau baru berusia awal 30-an.

Wang dan harta itu katanya dipunggut menerusi kedudukannya sebagai Setiasauaha Politik menteri berkenaan yang dipercaya baru dijabatinya sejak awal tahun lalu.

Berita ini menjadi perhatian umum hari ini. Orang ramai juga tertanya-tanya siapakah gerangan Setiausaha Politik berkenaan kerana sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang melaporkan tidak menyebut nama Setiausaha Politik berkenaan.

Bagaimana pun dari satu sumber menyebut Setiausaha Politik itu aalah kepada menteri yang berasal dari Pulau Pinang.

Sumber berkenaan yang mengakui banyak mengetahui 'pergerakan' dalaman Umno mengatakan selain daripada Setiausaha Politik itu terdapat tiga atau empat orang lagi Setiausaha Politik yang dalam perhatian pemerhatian SPRM.

Katanya kemungkinan penyiasatan akan dibuat selepas selesai satu satu. Ditanya apakah maksud selesai satu-satu sumber itu hanya menyebut tunggulah... kita tengok nanti. [wm.kl. 1:50 t/hari 03/12/09]

1 comment:

imlan adabi said...

Sdr... rasuah perkara biasa agar jawatan jadi lebih keramat. Yang perlu budaya membaca supaya kita mengenal kerenah orang politik. andai sudi layari www.imlanadabi.blogspot.com