Monday, December 7, 2009

Menghantar Persepsi

Apakah Motif Ahmad Said Bersara Awal?

PENGUNDURAN awal lima bulan Pengerusi SPRM, Ahmad Said Hadan terus menjadi tanda tanya dan misteri. Ia menjadi ganjil, sebab selalunya penjawat awam kerajaan apa lagi badan berprestij seperti SPRM sukar untuk berundur. Kalau boleh mahu disambung sampai mata jadi kelabu.

Berbeza dengan Ahmad Said ini. Tiba-tiba saja dia menyatakan akan bersara hujung bulan ini. Walhal kontraknya masih ada lima bulan lagi. Kontrak beliau akan tamat Mei tahun 2010.

Najib Razak kata pennguduran awal Ahmad Said itu tidak ada kena mengena dengan tekanan ke atas Ahmad Said. Ia juga bukan ditekan oleh pembangkang. Nazri Aziz juga seperti mahu membela Ahmad Said dengan mengatakan, penguduran awal itu untuk membolehkan Abu Kassim, timbalan Ahmad Said menyusun dan merancang strategi SPRM lebih mantap lagi.

Nazri memberi tahu Ahmad telah memberi tahu hajatnya dua bulan lalu. Kata Nazri, Ahmad menyatakan kepadanya 'lebih baik' dia bersara awal? Ayatnya kalau dihalusi sudah menunjukkan Ahmad Said ada masalah. Perkataan "lebih baik" bermakna sesuatu yang tidak baik akan terjadi kalau beliau terus menjadi pengerusi SPRM? Maka untuk tidak menimbulkan keadaan tidak baik, maka lebih baik beliau berundur awal.

Apakah yang tidak baik itu? Inilah yang perlu disiasat dan didedahkan kepada umum. Tentunya 'yang tidak baik' itu dalam pengetahuan Najib dan Nazri.

Seperti mana umum ketahui banyak kes melibatkan politik berlaku semasa Ahamd Said menjadi pengerusinya. Antaranya kes dua Adun di Perak, isu PPZK dan paling baru ialah kematian Teoh Beng Hock. Semua isu-isu atau kes itu berlaku dalam era Ahmad Said menjadi pengerusi SPRM.

Timbul juga tuduhan sebelum ini mengatakan SPRM menjadi alat kepada BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Pesepsi ini begitu hebat sekali. Ia bukan saja sebagai tuduhan dan andaian tetapi tindak tanduk Ahamad juga agak berlebih dalam soal ini menyebabkan persepsi seakan kenyataan.

Kalau kita masih ingat dua kenyataan beliau mendaului keadaan, iaitu berhubung dengan kes Khalid Ibrahim dalam isu lembu korban dan kes bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin. Kenyataan Ahmad Said dalam kes ini secara tidak langsung menggambarkan apakah peranana beliau dan juga sejauh mana kreadibiliti beliau sebagai pengerusi badan bebas.

Apakah rahsiah dan tembelang yang dilaksanakannya telah terbongkar maka beliau terpaksa mengundurkan diri awal? Seperti mana yang beliau katakan 'lebih baik' bersara awal. Apakah pengunduran awal itu kerana ingin menyelamatkan kerajaan UBN? Mungkin? Sebab itulah baik Najib dan Nazri keduanya seperti mahu membela Ahmad Said dan melindungi sesuatu yang boleh membusuk kohongkan kerajaan UBN.

Kepada Ahmad Said ingatlah walaupun anda bersara awal tetapi tanggungjawab anda sebagai penjawat awam dan sebagai manusia tiak akan terlepas. Di mana-mana dan bila-bila masa saja anda harus bertanggungjawab kalau anda melakukan kesalahan dan dosa? Sama ada anda masih berkuasa atau tidak berkuasa segala 'hutang' perlu dilengsaikan. [wm.kl.12:15 am 07/12/09]

2 comments:

C L J said...

Dia bosan dengan tekanan tekanan berterusan yang tidak berkesudahan.
Apa sahaja dibuat serba tak kena
sedangkan dia tahu apa yang dia
hadapi dari kajian pengamatan berterusan.
Namun keliling pinggan tetap jua menekan
kerana sebenar ada carian
sebenarnya disembunyikan.
Kalau sebenarnya mencari kebenaran
Izinkan laksananya tanpa selaran
Tanpa punca kiri kanan jua datang.
Penggantinya juga belum tentu bertahan
Selagi kita semua tidak melurus haluan
Maka bersamalah kita bersama menuju pulau keamanan
Dimana damai bersarang diistana keikhlasan.

Pr0fiL t3M4n5 said...

Salam Pak MSO,
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada yang ingin bersara awal. Semoga tindakan ini memberi peluang kepada yang lebih berwibawa menjawat jawatan berkenaan. Begitu juga kepada pemimpin yang telah lama menjawat jawatan kepimpinan (sama ada jawatan dalam organisasi awam atau politik), jika tiada menunjukkan 'peningkatan' dalam prestasi kepimpinan malah terus merudum KPI dengan pelbagai isu dan masalah sama ada dicipta atau tercipta, bertanggungjawablah... Berani bertanggungjawab lebih baik dari menjadi beban kepada orang lain. Jika kita tidak dapat mengesan penurunan prestasi kepimpinan, cari 'cermin yang baik' untuk mendapatkan gambaran sebenar diri kita...

Apa2 pun bak kata Pak MSO 'hanya kita memahami diri kita'

sekian