Tuesday, December 15, 2009

"Berok Atas Pokok"

Bila Tulisan Saya 300% Palsu!

CATATAN saya dibawa; Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga, mendapat reaksi berbagai-bagai. Tidak semua saya lepaskan reaksi/komen kerana sesetengah pengomen terlebih emosi. Apa yang kita cari adalah kebenaran demi kebaikan bersama. Penjenguk bernama Arif yang mengaku dia salah seorang ahli persatuan peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda menyangkal catatan saya sebagai tidak benar, sampai 300%.

Saya tidak mahu menyangah balik apa yang disangahkan itu sebalik saya siarkan kronologi yang berlaku di pejabat TMB tempoh hari menurut versi Arif. Arif ini saya harap wujud dan bukan halimunan. Dapat kiranya selepas ini kalau beliau memberikan identitinya dan foto sekali lagi bagus.

Adalah baiknya kalauArif dapat menjelaskan mengenai butiran lanjut berhubung kejadian itu, seperti surat panggilan (temu janji) oleh TMB untuk berjumpa dengan 11 orang ahli persatuan itu atau apa-apa dokumen yang lain seperti gambar dan sebagainya.

Arif juga mengaku pihaknya ada berkasar sedikit, elok kalau beliau menjelaskan bagaimanakah bentuk kekasaran itu. Apakah mungkin kerana kekasaran yang dikatakan itu menjadi punca kepada gagalnya pertemuan itu.

Arif juga kesal kerana seolah saya turut mengatakan para peniaga itu bodoh. Saya tidak nampak dari baris mana saya cuba merendah-rendahkan para peniaga itu. Malahan saya melahirkan simpati kepada mereka.

Apa yang saya cuba olah berdasarkan apa yang disiarkan dalam sebuah blog dan juga maklumat yang disampaikan kepada saya. Jelas daripada kronologi yang diberikan Arif, Ahmad Yaacob tidak mengatakan “bodoh” kepada seiapa. Apa yang diucapkan “kecek bodoh” mungkin beliau berpandukan kepada sikap dan tindak tanduk mereka yang berjumpa dengannya itu.

Mengatakan “kecek bodoh” dengan “orang bodoh” berbeza sama sekali! Kerja bodoh ialah kerja yang tidak mengikut sistem, peraturan dan sebagainya. Manakala “kece bodoh” bercakap tidak mengikut peraturan dan tidak tahu sistem. Tidak dapat mentafsirkan sesuatu juga termasuk dalam kerja bodoh!

Dibawah ini saya siarkan sepenuhnya sanggahan dan penjelasan orang bernama Arif untuk dinilai dan dipertimbangkan. Walhualam. - MSO.

Salam MSO, Saya adalah penjengok setia blog MSO,tapi bab Ust Mat ni terasa MSO telah mendapat maklumat yang salah.Tolong betulkan cerita ini kerana Allah Maha Mengetahui.Saya wakil peniaga yang hadir pada 6/12/09 dan alami sendiri peristiwa "bodoh" tersebut.

Berikut kronologi untuk makluman MSO:

1 ) 11 orang wakil peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA hadir ke pejabat TMB pd 6/12/09 pukul 10.00 pagi setelah dimaklumkan oleh pegawai TMB bahawa TMB sedia berjumpa kami setelah kami menghantar surat untuk bertemu bertarikh 25/11/09.

2 ) TMB mulakan mesyuarat dengan Alfatihah.Ucapan alu2an oleh wakil peniaga disanggah oleh TMB kerana pertemuan tersebut diminta oleh pihak kami,bukan TMB yang panggil untuk bertemu.Memang betul persatuan kami yang meminta untuk berjumpa.

3 ) majlis awalnya berjalan dengan mesra dan kami berpeluang cerita masalah kami ( Bazaar Tok Guru ),cuma bila TMB cerita pasal struktur bangunan di sarawak yang rakyatnya lebih suka berniaga ditingkat 1...kami katakan bahawa orang sarawak tak berpelajaran.Duduk atas pokok,TMB kata "BEROK" dok atas pokok.

4 ) Lepas tu TMB maklum untuk adakan mesyuarat penuh dihadiri Exco berkenaan,MPKB,SUK dan Setpol TGNA dan wakil setiap peniaga.Kami minta setiap persatuan hantar 2 orang tapi dibantah oleh TMB.Seorang dah cukup katanya.

5 ) Kami tak setuju dan cuba mendesak...lepas tu TMB kata kecek BODO,lalu bangun bawa fail dan terus masuk bilik.TMB bagi isyarat kat Setiausaha Sulit "setakat ni jah " Majlis berhenti setakat tu tanpa penutup,sebahagian wakil peniaga balik setelah TMB tiada.

Kami harap MSO betulkan balik apa yang ditulis...Kami bukan serbu TMB,kehadiran kami diterima setelah membuat temujanji.Kami mungkin sedikit kasar tetapi ini bukan kali pertama kami bermesyuarat,sudah beberapa siri kami bertemu Exco ( Takiyudin,Husam,Anuar Tan MPKB, PMBK).Takde masalah pun,tegang dalam mesyuarat biasa kerana kami bukan golongan lepasan universiti.Tolong jaga maruah kami,cukuplah TMB kata kami "BODO",harap MSO siasat betul sebelum tulis.Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.

Harap MSO jangan tulis berdasar sentimen,yang benar tetap benar tanpa mengira siapapun.Tolong betulkan artikel tuan kerana apa yang ditulis itu 300% palsu,bukankah perkara bathil itu menjauhkan kita dari jalan yang lurus.Sekian,semoga kita semua diberkati Allah kerana benar. [wm.kl. 9:20 am 15/12/09]

6 comments:

as_salas said...

akum.
Agak menarik kisah yg dibawakan oleh arif selaku orang yg hadir dalam majlis tu: katanya:
#-majlis awalnya berjalan dengan mesra...
ulasan : kerna perbahasan dan perbincangan dalam suasana beradab
#-Kami tak setuju dan cuba mendesak...
ulasan : mendesak di sini tidak digambarkan secara telus. seolah menyembunyikan buruk diri. yg cuba digambarkan cuma hal TBM yg tak nak meneruskan perbincangan. Mengelak bahaya atau mudharat yg lebih besar adalah lebih baik dari berhadapan dengan mereka yg tak boleh kawal emosi.Betul dah tindakan TMB.
#-Kecek bodoh...
Ulasan : Bila berhadapan dengan mereka yg kecek bodoh lebih baik kita blah..nanti kita disangka bodoh.
#-...Kami mungkin sedikit kasar...
ulasan : pada mereka itu "sedikit kasar" bagi yg mendengar, yg menerima, yg mengalami dan sebagainya mungkin tidak "sedikit"
Kita hanya nampak salah orang yg banyak. salah kita "sedikit ajee"
sedap la lagu tu, asas pertemuan nak cari penyelesaian, bukan kekasaran yg dicari...Memang la bila kita buat jahat kat orang kita tak sedar, bila orang buat jahat kat kita baru nak heboh dalam blog.
#-kami bukan golongan lepasan universiti.
ulasan: alasan yg menarik, tapi beradab dan berakhlak dipupuk dari kecik. tak masuk U pun sifat ni kena ada. Nak orang hormat kat kita tapi kita tak pernah hormat kat orang.guana gitu?!!
#-Tolong jaga maruah kami...
ulasan: maruah orang set demo tak jaga? sama2 la jaga maruah sesama islam.
#-cukuplah TMB kata kami "BODO"...
ulasan: ada berlaku pertentangan fakta ni: kat atas tadi tulis "kecek bodoh" kata bawah "kata kami bodo"..yg mana satu betul ni arif. ada beza pada keduanya seperti yg diulas MSO...

Orang berbudi kita berbahasa. oranga memberi kita merasa.
ada ubi ada batas
ada hari kita berbudi ada masa kita melampau batas.. jadi kembalilah menghisapppp diri..
sekian...tq MSO

akula said...

salam,
Saya tertarik dengan frasa "tegang dalam mesyuarat biasa kerana kami bukan golongan lepasan universiti"

heran betul...orang lepasan U saja ke kena 'beradab' ? 'orang kampung' tak apa berkasar ?

firdaus said...

sesetengah orang bercakap benar kerana dia menipu

sesetengah orang yang lain pula menipu kerana dia bercakap benar

akhirnya siapakah yang betul-betul hendak mengaku

tunggu kenyataan TMB, Ahmad Yaacob

Unknown said...

Salam MSO,
Tahniah pada MSO coz siar komen saya.Inilah sikap blogger yg terpuji,saya cukup respect...bukan semua blogger ada sikap mulia gini
Bab foto tu memang kami tak ambil coz tak jangka akan berlaku macam ni.Cumanya kami hantar surat utk bertemu dgn TMB sblm raya haji,dimaklumkan oleh pegawai TMB sedia jumpa pada 6/12/09 jam 10.oo pagi di pejabat TMB.
MSO kata kami serbu TMB kurang tepat,hakikatnya hadir kami setelah membuat appointment.Komen MSO '(Sebenarnya yang mengatakan kamu “bodoh”, bukan Ustaz Mat sebaliknya beberapa orang perniaga yang menyerbu ke biliknya. Sebaik perniaga itu masuk ke bilik TMB itu mereka terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kerajaan ‘penipu’ dan ‘bodoh’ berhubung mungkir janji mengenai pembahagian lot bazar berkenaan)".

Bab "berkasar sedikit" tu bukannya kami biadap,cuma luahkan tidak setuju dengan cadangan TMB.Nada bercakap juga biasa bukan suara keras @ menengking.Rasanya biasalah dalam mesyuarat ada perbahasan...ini mesyuarat bukannya taklimat

Yang saya kesal komen MSO spt ini " (Sebenarnya yang mengatakan kamu “bodoh”, bukan Ustaz Mat sebaliknya beberapa orang perniaga yang menyerbu ke biliknya. Sebaik perniaga itu masuk ke bilik TMB itu mereka terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kerajaan ‘penipu’ dan ‘bodoh’ berhubung mungkir janji mengenai pembahagian lot bazar berkenaan)"
"Kecek BOdoh",fakta keluar dari mulut TMB dituju kpd pengerusi peniaga yang berada di sebelah kanan TMB,siap dengan memek muka sekali.Kami bukan budak2 yang tak faham bahasa badan,ungkapan itu dituju khas kpd seseorang bukan secara umum.
Pada saya yang benar tetap benar,salah tetap salah.Jangan diukur benar itu mengikut pangkat atau status ilmu.Kebenaran itu bukan milik sesiapa tapi hak semua orang. Jangan kerana benda ni berlaku kpd pemimpin disanjung,Timb ketua Dewan Ulama seolah2 kami yang salah.
Ada baiknya TMB yang sedar silapnya memohon maaf kpd insan yang dipanggil "Kecek Bodoh",bukankah selesai didunia lebih baik dari membawa ke akhirat.Buktikan pemimpin PAS berjiwa besar dan berhati mulia.
Sekian,salam utk MSO,Tuan memang pencinta kebenaran.Nyata tulisan MSO penuh tanggungjawab.

Unknown said...

Salam MSO,
Saya tak nak ulas komen dari orang lain,nanti mcm nak tegakkan benang yang basah.
Cumanya kalau penjengok nak tahu lebih jelas,sila hadir ke Arked UDA @ Pasar Lama MPKB...Tanya sendiri wakil peniaga yang hadir mesyuarat dengan TMB.
Tak seronok berbahas bila isunya henya "dengar cakap".Hadis Nabi " BERKATA BENAR SEKALIPUN PAHIT".Firman Allah "BILA DATANG KEBENARAN MAKA LENYAPLAH KEBATHILAN "
Sekian

Harian Cahaya said...

Tuan MSO,

Bagi membolehkan pembaca-pembaca mempercayai dakwaan Arif tersebut adalah lebih baik beliau memberi kerjasama dengan menyiarkan gambar dirinya untuk disiarkan oleh MSO agar orang tahu bahawa ia bukan dilakukan oleh orang yang menyamar.

Harian Cahaya turut membincangkan hal ini di http://www.hariancahaya.blogspot.com, adalah diharap Tuan MSO sudi memberikan komen.