Sunday, December 5, 2010

Epilog

Tindakan Polis Tidak Profesional

Setelah meneliti dan melayari beberapa blog dan portal berita baru diketahui ada tindakan sadis polis pada demostrasi protes cadangan menaikkan harga air petang tadi. Ia bukan setakat sembur gas pemedih mata dan sembur water cannon tetapi ada anggota polis yang tendang dan tarik rambut dan sembam muka penunjuk perasaan ke bumi dan sebagainya.

Aksi demikian tidak wajar dan ia menunjukkan kekejaman polis. Polis tidak menggambarkan mesra alam. Sama ada punca kejadian itu kerana provokasi atau lakunan polis sendiri, itu hal lain. Yang nyatanya ada gambar dan foto menunjukkan perbuatan tidak bertamadun itu.

Saya berharap ketua polis negara yang baru ambil perhatian dan jangan membiarkan kejadian ini berterusan. Polis juga tidak sepatutnya berdolak dalih. Kalau mereka tidak berdaya melayan para demostrasi, mereka hendaklah gagalkan awal-awal. Jangan beri kebenaran dan sampai disekerat jalan bertindak.

Tidankan kejam polis berdasarkan gambar yang dirakam termasuk oleh agensi luar negara, tidak mengguntungkan pihak kerajaan. Kekejaman itu membuatkan rakyat akan lebih meluat kepada kerajaan dan merosakan reputasi pasukan polis.

Saya secara peribadi tidak mempedulikan itu. Tidak kira apakah polis bertindak untuk memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat atau BN, tetapi yang penting biarlah ia menggambarkan sebuah pasukan yang profesional dan disanjungi rakyat sepanjang masa.

Rasanya Yang Dipertuan Agong juga wajar melihat kejadian itu atas kapasitinya sebagai payung rakyat. Lainlah kalau penunjuk perasaan itu membuat kacau, melontar batu ke masjid ataupun melakukan pencerobohan. Kalau itu berlaku mereka bukan saja setakat perlu disembam muka ke bumi tetapi tembak pun rasanya wajar.

Kepada penjenguk blog Merah Tinta boleh layar dan selak blog lain dan saksikan apa yang berlaku di perkarangan rumah Allah Negara petang tadi. Ianya sungguh menyesalkan. [wm.kl. 11:00 pm 05/12/10]

9 comments:

mantra-indeeptots said...

Salam...

Setelah membaca artikel ini, kredibiliti tuan sebagai seorang blogger yang mengaku perjuangkan kebenaran sangat2 diragui...

1. Tuan tidak berada di tempat kejadian

2. Tulisan tuan bergantung kepada hasil copy paste dari blog yang lain

3. Lebih byk membuat andaian drp ingin mencari kebenaran. Jika nawaitu memang untuk mencari kesilapan ... maka memang akan dimakbulkan Allah, kesilapan jua yang dapat

Saya ingin memberi gambaran sebenar berlaku dan mengapa polis bertindak kasar...

Dari wall Facebook @Minaq Jinggo: Khalid ni paham ke apa itu perhimpunan?. Siang tadi memang Polis tak amek port pun semasa perhimpunan dari sebelum masuk waktu Zohor sehingga lah habes dia berucap kat anjung masjid. Yang jadi masaalah bila si Ust Badrul Amin bagi green light untuk yang hadir berarak ke Istana Negara.... katanya Polis dah bagi clearance....siapa lah yang kaki belit kat sini

I was in the best vantage point to ascertain the crowd size. My estimate - paling ramai pun 2500 orang saja - way below their 20,000 anticipated crowd. Orang dah leteh laaaa..

***********************************

Saya pasti tuan mengenali photographer MinaqJinggo atau mungkin tuan boleh bertanya2 kepada rakan2 blogger lain

Semoga Tuan diberi jiwa yang tenang untuk mencari dan menyebar kebenaran ...

mohd sayuti omar said...

Saya rasa penjenguk ini tidak membaca atau kalau baca tidak faham apa yang saya tulis. Barang kali inilah yang dikatakan penjenguk otak kemetot. Apa boleh buat. Saya terima teguran, tetapi kalau teguran itu lebih busuk dari kesilapan saya sangatlah malang.

Adi said...

mso...usah di layan komen-komen pengampu sang penguasa, nie sumer puak2 yg cakap banyak tp tak memahami permasalahan rakyat jelata, bleh plak protect dan menghalalkan tindakan polis, mmg pendek akallah MANTRA..kalu nk komen ke tulis ke ape2 ke, gunalah otak yang Allah swt bagi tue, jangan dok sedap tangan menulis je...

anyway MSO, bleh share tak address blogger2 lain dan ade gambar pasal demo semalam tue

KLMJ said...

buat saudara mantra,
berpijak lah di bumi yg nyata, fikirlah guna akal yg waras, kalau PKR buat demo, memang selalunya tak aman, sbb ada balaci BN/UMNO buat provokasi.

Jadi, apa lg yg ko hrpkn pada kerajaan BN/UMNO yg ada skrg, jgn kata nak jaga/bela rakyat, lagi di kerahnya ada la...

bagi bonus 500 kununnya, pastu cekik balik duit rakyat dgn naik kan harga petrol, diesel, gas, gula dll...

Jashamsulnizam said...

Sebenarnya si Mantra tu yg xde ditempat kejadian, nk tau jgk mcm mane die btul2 confident yg hadir dlm demo baju merah tu 2500 org???... klu die btul2 ade ditmpt kejadia die boleh nampak yg ruang solat utk lelaki shj sdh cukup padat waktu solat zuhur yg boleh memuatkn capasiti 5000 jemaah, bkn hanya didalam bahkn diluar pn org dh mula bersesak2...

Yg sy btul2 xpuas hati ini satement die yg mnyokong tindakan polis yg lebih teruk dr polis 'kampetai', dimana dlm pukul 10.30 pg swaktu memandu kereta melalui jalan tun tan cheng lock(berhadapan Central Market), dua buah kereta peronda polis telah menahan kereta sy serta melakukan spot-check, sy minta penjelasan mrk, slh seorg dr mrk mengatakan ingin periksa sekiranya ader apa2 risalah yg berkaitan dgn demo baju merah. Pd waktu itu pn sebenarnya sy tidak memakai baju merah mahupon hitam. sudah abis kete sy diselongkar tubuh badan sy diperiksa seolah-olah sy ni penjenayah, malu sy dibuatnya padahal sy tiada rekod jenayah pn, tp itulah kaedah mesra, cepat dan betul pak2 polis yg menjadi anjing2 suruhan Umno-BN ini...

JBS said...

Saya bukan taksub sangat dengan Tuan Hj MSO ni. Tetapi berbanding usia beliau dan pengalaman beliau menongkah berita politik sezaman, rasanya blog beliaulah yang paling boleh dipercayai kerana "check and balance" dalam penyiaran berita politik semasa. Susah nak komen apa yang ditulis oleh beliau, kerana setiap tulisan ada nilai politik dan perjuangan yang tersirat dan tersurat. Teruskan kriteria Tuan, kalau tidak susah peminat nak rujuk nanti. Komen karut dari golongan Hip Hop tu, tak menjadi kesan kerana setandan kelapapun mesti ada yang rosak.

KLMJ said...

tapi masalahnya, kelapa komeng yg mantra bawak ni benih nya dari UMNO/BN...

ANAFAKIR said...

Apa yang pelik dan tidak adilnya pihak pasukan keselamatan inilah ialah;
1. Mereka boleh pulak benarkan perarakan pro UMNO-BN ke Istana Kayangan.Rakyat dlm rombongan itu dibenarkan berarak.

2. Mereka menghalang perarakan rakyat ke Istana Negara.Rakyat tidak dibenarkan ikut sama,hanya MB TS Khalid sahaja akan diring.Sedangkan siapalah pemimpin tanpa rakyat.Kehadiran rakyat bersamanya lebih terasa berbanding diringi polis.Kenapa pihak polis tidak membuka laluan dan mengiringi bersama perarakan itu ke Istana Negara?Polis perlu kawal kalau2 ada tindakan melampau..itu je.Takkan itupun sukar nak buat.Rakyat sudah berjanji,itu perarakan aman, cuma hendak menyerahkan memo kepada YDPA sahaja.

Dalam hal ini nampak sangat sikap "double standard".Pro UMNO-BN dibiarkan, penyokong pembangkang dihalang.Kenapa tidak meniru sikap rasional Indonesia dan Thailand, USA ke,Sepanyol ke,Jerman ke.Pemerintah negara-negara tersebut membenarkan perarakan aman.Kekecohan terjadi bila ada provokasi pihak tertentu,sengaja membuat onar untuk menunjukkan perarakan itu ganas..bila rakyat disakiti pasti mereka melawan.

zul said...

Di Pulau Pinang...polis begitu mesra dgn pendemo pro umnobn. Jgan harap nak pancut air pedih... nak sentuh, apatah lagi jentik pendemo umno pun polis tak berani... jadi tak hairanlah jika pendemo pro-umno boleh panjat pagar DUN P.Pinang atau berarak melalui Penang Road dan bakar foto KM hanya kerana politik perkauman sempit yg ditabur umno bn. Jika kata polis memihak umno bn .. marah pulak depa !! Tapi itulah realitinya ...