Tuesday, December 14, 2010

Menjelang Malam

Anwar Tidak Perlu
Mendapat Keadilan Di Mahkamah


MAHKAMAH adalah satu instrument untuk seseorang membela diri dan mendapat keadilan. Semua orang berhak menggunakan mahkamah. Mahkamah yang adil juga akan mengembalikan reputasi seseorang yang dicemari oleh seseorang lain atas apa juga tujuan. Dalam sebuah negara di mana mahkamahnya telus, adil, tidak berat sebelah atau dikuasai jagoan-jagoan tertentu akan menjadi pembela kepada rakyatnya.

Tidak ada apa-apa institusi lain yang boleh membela orang yang merasakan dia bersalah. Sumpah laknat - (maqabalah) juga tidak menjadi pemutus dan penamat kepada sesuatu kes. Manusia yang terdesak, kurang imam akan sewenang-wenangnya menggunakan peraturan atau ruang itu. Bersumpahlah berapa banyak pun ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Hukum atau peraturan agama itu untuk mereka yang beriman. Sebab itu di dalam Quran bila Allah ingin kenakan perintah kepada manusia ia menyeru - ya ayuha lazim naamnu, wahai orang-orang beriman. Maksudnya mereka yang tidak beriman (sepenuh)nya tidak terkena dengan perintah berkenaan kalaupun dikenakan ia sia-sia saja. Orang fasik, munafik, zindik tidak berlaku hukum agama ke atasnya.

Sumpah laknat ke atas diri sendiri tidak akan berlaku serta merta. Sedangkan manusia hari ini sudah tidak mempercayai akhirat lagi. Apa yang mahu dilihat ialah sesuatu itu berlaku di depan mata. Hukuman secara tunai. Walaupun kesan dan natijah sumpah itu berbagai-bagai dan simbolik, namun orang akan menganggap si bersumpah itu benar selagi dia tidak dipanah petir dan berasap seluruh tubuhnya.

Mereka yang mengerti dan faham ini tidak akan menggunakan ruang itu, bersumpah laknat sesuka hati. Dan sumpah laknat dari mereka yang tidak beriman, tidak menjadi apa-apa. Sumpah atau perbuatan itu samalah dengan lembu yang mengaku bersalah kerana berzina dengan ibu atau anaknya.

Makanya ruang terbaik ialah mahkamah. Tetapi soalnya apakah mahkamah yang berjalan sekarang ini adil dan saksama? Atau menempati kehendak Quran dan Hadith. Saya tidak mahu mengatakan semua mahkamah atau semua hakim negara tidak adil. Tetapi pepatah ada mengatakan daripada lima hakim itu, empat adalah hakim bohong dan tidak menjalankan tugas-tugas dengan adil kerana Allah. Mereka menjalankan tugas kerana kuasa lain dan kerana manusia.

Ertinya hanya satu hakim saja yang baik, dan adil. Ertinya peratus hakim yang adil itu hanya sedikit saja, tidak sampai separuh. Jadi macam mana kita mengharapkan kesaksamaan dan keadilan daripada hakim?

Apabila Anwar Ibrahim bercadang untuk menyaman beberapa buah akhbar dan juga bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan komen dan penyiaran maklumat didedahkan WikiLeaks, saya merasakan ia perbuatan yang sia-sia saja. Berdasarkan kepada hakikat tadi, Anwar tidak akan mendapat pembelaan daripada saman berkenaan.

Sebelum ini pun banyak saman dikemukakan Anwar, khasnya membabitkan Dr Mahathir. Begitu juga dengan akhbar yang memburukkannya. Apa jadi? Satu pun tidak berpihak kepada Anwar. Semua kes dibuang begitu saja. Kesan negatif timbul daripada keadaan itu menyebabkan umum melihat Anwar berada dipihak salah bila di tewas dalam setiap samannya.

Mengenai mahkamah pula, sejauh mana keadilan dan ketulusan mahkamah; boleh dilihat kepada mahkamah yang membicarakan kes-kes membabitkan Anwar baik dalam isu liwat nombor wahid, atau isu liwat nombor ithnin? Kalau dulu hakim Augustine Paul (dah mati) mengulas setiap hujah yang dikemukakan oleh peguam Anwar sebagai tidak relevan, begitu juga dengan hakim yang membicara kes liwat nombor ithnin itu, ada istilah ataupun kodnya sendiri.

Misalnya beberapa permohonan dibuat peguam Anwar ditolak oleh hakim berkenaan. Salah satunya ialah laporan perubatan si pembacuh kopi yang mendakwa beliau diliwat. Kenapa laporan perubatan itu tidak dibenarkan? Inilah antara ciri-ciri keganjilan mahkamah. Laporan itu penting untuk menentukan siapa yang meliwatnya!

Hakikat itu boleh diagakkan apa yang akan berlaku kalau Anwar menyaman Mahathir ataupun surat khabar. Beliau tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya, apa lagi ganti rugi. Hanya dari segi moral saja ia memberi gambaran Anwar berada di pihak benar kerana berani menyaman. Setakat itu saja.

Lantaran itu, pada saya Anwar tidak perlu saman dan layan lagi sesiapa atau apa-apa agensi kerajaan yang membelasahnya. Beliau tidak perlu bimbang kepada komen ataupun pemburukkan dilakukan Mahathir. Tidak perlu bimbang kepada pemanipulasi berita mengenainya oleh media. Yang penting rakyat bersama beliau. Keburukan yang melampau dan tidak profesional dilakukan media sudah difahami benar-benar oleh rakyat. Apa lagi dengan blog-blog Malaysia yang banyak membuat super impose, tidak beretika sudah difaham oleh rakyat.

Buktinya rakyat bersama beliau, walaupun sudah berbagai serangan, hentaman dan semua senjata dan semua orang termasuk profesional dan juga penyepak kertas digunakan untuk damagekan Anwar namun beliau masih hebat, masih dipercayai dan setiap idea yang dilontarkan diterima dan mencabar pemikiran umum. Bukan saja rakyat Malaysia dunia luar juga tetap menghormati dan memerlukan idea dan pandangan beliau. Boleh dikatakan sebulan sekali beliau akan dipanggil untuk memberi syarahan di luar negara.

Ini menunjukkan Anwar masih didambakan rakyat. Rakyat masih meletakkan harapan kepadanya. Kalaupun benar sekali Anwar melakukan perbuatan sumbang (liwat) rakyat sudah tidak kisah dengan tuduhan itu. Rakyat sudah mual dan muak. Rakyat yang tahu menilai pemikiran dan mementingkan idealisme akan membelakangkan soal moral yang dicipta itu.

Rakyat sudah cerdik untuk membezakan kualiti seorang Anwar sebagai pemimpin. Rakyat bukan bodoh, mereka ada otak. Soal kepimpinan dan perjuangan untuk rakyat, semuanya rakyat sudah membuat penilaian sendiri. Sekiranya rakyat terpengaruh dengan media massa dan kenyataan memburukkan Anwar sudah lama Anwar hancur ataupun Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sudah lebur. Tapi ternyata, penerimaan rakyat kepada Pakatan makin meluas dan harapan rakyat kepada Pakatan untuk memimpin negara juga semakin menyemarak.

Tegasnya, Anwar tidak payah membuang masa, wang dan tenaga untuk menyaman Mahathir dan media massa. Biarkan Mahathir mengatakan apa juga, sebab kata-katanya sudah tidak dipercayai lagi. Era keagungan Mahathir sudah pun berlalu sebaik saja beliau bertindak memecat Anwar pada 3 September 1998 lalu. [wm.kl.5:30 pm 14/12/10]

9 comments:

Joyah said...

Satu yang saya kagum dengan tuan mso masih terus berusaha memberi imej baik kepada Anwar walaupun hakikatnya makin lama Anwar semakin dipandang buruk.

1Crony said...

Salam Tuan MSO. Betapa malangnya blog tuan ini, bila pembaca yang kurang membaca dan menyelami kehidupan masyarakat sekeliling seperti Joyah Jantan di atas masih kelabu dan bersifat seperti mata ikan masin (mata sentiasa terbuka, tapi tak mampu melihat), rajin nak memberi pendapat tetapi tak tahu apa-apa perkembangan dan fakta. Penat rasanya Tinta Merah menulis selama ini (sampai beruban penuh), tapi segelintir pembacanya masih otak kemetut. Mungkin terlalu lama dibodohkan oleh Pemimpin UMNO/BN dan media mereka barangkali.

halim said...

Macam mana saudara boleh mengatakan bagitu? saudara patut menasihati Anwar supaya membuat sumpah atau apa sahaja jenis penafian dan bukan menyalahkan institusi kehakiman dan memberikan gambaran buruk terhadap hakim-hakim. Adakah Anwar akan berlaku adil jika menjadi PM?Jawapan saya tidak sama sekali.Minta maaf MSO..strategi anda tidak berjaya..

Unknown said...

Salam saya juga setuju dengan pandangan kekanda MSO.Persoalannya kenapa begitu mudah perisik Singapura memantau lalu mengesahkan kisah liwat saudara DSAI.
Apakah mereka memperolehi dari data perisikan polis atau pegawai keselamatan negara. Jika ini jawapannya kenapa rahsia pemimpin kita mudah bocor. Atau perisik Singapura yang masuk ke Malaysia dan buat risikan sendiri tanpa bantuan dan pengetahuan pihak berkuasa kita. Jelas kerajaan kita gagal mengesan dan mengawal kebebasan perisik negara asing bermaharaja rela di negara kita. Jawapan mudah negara kita amat terancam mudah dicerobohi dan kerahsiaan kita mudah dijual tanpa mengira keselamatan negara perlu diutamakan. Sejak bila Tun Mahadir..si KJ.dan saudara Zulkifli Nordin menjadikan asas risikan negara yang pernah mereka cemoh kini menjadi HALAL.. nampaknya kebodohan pemimpin UMNO semakin jelas...semakin haprak fikiran.
Paling mencuit hati perbandingan wajah si saiful yang baru balik dari mengerjakan haji dan saudara DSAI pula jadi hujah seorang manusia peguam bernama Zulkifli Nordin.
Nampaknya saudara Zulkifli menjadi kan hujah budak2 tadika dalam menentukan siapa benar dengan wajah siapa yang bersih. Jika camna apabila orang kulit hitam pasti mudah disabitkan pertuduhan jika hakimnya macam budak bernama Zulkifli ini.
Kembalilah kepada Quran dan Hadis dalam berhujah..berhukum dan beradab.Lihat saja ulamak yang ikhlas seperti ayahanda TGHA dan TGNA masih percaya pertuduhan kepada DSAI adalah satu fitnah.
Kenapa kita mudah menghukum sedangkan yang bawa berita itu jelas dari mulut sang munafik..fasik dan kafir.

perigibakti said...

Salam tuan MSO, setelah lama saya ikuti komen tuan mengenai DSAI saya sangat setuju dengan tuan lagipun tuan, undang-undang kita dah jadi macam YES (year end sale) ada diskaun pulak! (rujuk Utusan Malaysia) sah DSAI tak dapat diskaun. Tolong tuan ulas pasal diskaun tersebut.salam tuan MSO

perigibakti said...

Salam tuan MSO, setelah lama ikuti komen tuan mengenai DSAI banyak yang saya setuju dan ada juga yang saya kurang setuju. Namun sebagai suami dan sebagai bapa penilaian saya dari jauh ialah Sebagai seorang Islam, Anwar lebih berjaya sebagai Suami dan sebagai bapa dalam mendidik isteri dan anak-anak berbanding Tun Mahathir dan Najib. Lihat dan renunglah pada kehidupan realiti keluarga Anwar dan keluarga Tun Mahathir dan Najib. Lagipun tuan, undang-undang sekarang dah macam kempen YES (Year End Sale) sila rujuk Utusan Malaysia, sah Anwar tak akan dapat diskaun. Minta tuan ulas sikit pasal diskaun tersebut, Salam tuan.

Nor Hasin said...

Satu ulasan yang cukup baik dari MSO. Anwar tetap dihati rakyat malaysia yang cintakan keadilan.

Anwar tak payah dok ikut jejak langkah orang yang suka bersumpah. Nanti kena makan sumpah. Tengok si Ezam and the Geng seperti Zahid Mat Arip dan Lokman Nor Adam apa dah jadi, dulu kalau ceramah bersumpah sahaja last2 sekali dia orang masuk balik UMNO.

Been said...

Yang bersih dan suci bagi urang UMNO ialah hanya pemimpin-pemimpin mereka sahaja! Tak ada bukti cipta bukti, ada bukti musnahkan bukti!

Desa Mentari said...

Tuan MSO

Nampaknya orang masih menyembah2 MahaFiraun walaupun dan pencen.

Itula nasib M'sia