Gobala Dan Badrul Akan Tinggalkan PKR?
RIBUT dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?
Kalau terjadi demikian alangkah malangnya nasib PKR?
Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.
Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu. Mungkin masuk tahun ke lima ia sudah memberai di tengah jalan.
Sebenarnya ketahan PKR hari ini kerana kekental Anwar Ibrahim yan tidak mudah berputus asa kandatipun berbagai cara diusahakan musuhnya untuk menghancurkan kerjayanaya dan juga PKR.
Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.
Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri. Masakan mereka menyertai PKR tanpa membuat kajian dan penilaian ke atasnya. Jika ini berlaku maka jelas mereka menyertai itu hanya kerana terikut arus saja. Orang yang berjuang mengikut arus bukan pejuangan tulen, tetapi pencari makan di tepi gelanggang siasah.
Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Gelahat mereka membayangkan akan tindakan mereka itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham Shahrin. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini sempena pelancaran parti pimpinan Zaid Ibrahim. Tunggulah. [ttdi kl 5:15 pm 27/12/10]
9 comments:
mereka telah menemui jalan pulang
patut kena tenyeh dengan taik dua makhluk ni...
Badrul(Chegu Bad)menolak perlantikan sebagai Timbalan SU Agong yang dibuat olih Presiden parti Dr Wan Azizah sebagai bantahan kelewatan jawapan JPP yang bertanggong jawap pada pemilihan parti.Mencampur aduk tindakan JPP dan kuasa perlantikan yang dimiliki olih Dr Wan Azizah menandakan Chegu Bad sendiri tidak tahu secara luas mengenai partinya.
Sekeras keras komen Gopala,ada lagi komen yang mengaibkan Anwar sebelum ini.Namun kerana Gopala terlibat dalam kancah pemilihan ia telah dilihat sebagai punca agenda untuk dirinya disingkir.
Namun saya mengandaikan Gobala keluar daripada PKR tidak akan berlaku kerana ramalan PRU akan terjadi dalam masa yang terdekat tidak memungkin ia terjadi.Selepas parlimen ditangguhkan tiada ada gunanya untuk BN mengambil kesempatan diatas perkara ini.
Antara Gobala dan Chegu Bad ,saya memilih Chegu Bad yang akan mengucap sayonara pada PKR jika apa yang dijangka akan terjadi.
Dan jika Chegu Bad masih kekal,ia juga wajar menolak jika dicalun dalam PRU nanti selari dengan perinsip yang dipegangnya.
Tidak ada mana-mana Parti dalam sistem Demokrasi yang diamalkan diseluruh dunia boleh memuaskan hati semua orang... Semua pemimpin parti bukannya Maksum macam nabi. Kita manusia biasa dan sistem yang manusia buat semuanya ada kelemahan. Tetapi yang penting ialah dasar perjuangan setiap parti. Macamana pemimpin yang diberi amanah oleh rakyat dapat memikul amanah yang diberikan. Salah silap adalah perkara biasa. Jadi sama-sama lah kita perbetulkan.. Jawatan yang diberi kepada Badrul sebagai Timb S/U adalah satu jawatan yang dikira besar dalam parti. Dengan jawatan tersebut beliau dapat memberi pandangan dan membuat gerak kerja bersama S/U Agong untuk memulihkan sistem parti.
Nampaknya badrul tolak tuah. Beliau meletakkan kepentingan peribadi didepan... Beliau tidak tahan diuji. Sebagai pemimpin muda yang ada potensi untuk menerajui Parti dimasa akan datang seharusnya beliau kena tabah untuk menghadapi semua ini.
Badrul jangan mengikut jejak langkah Ezam kotak dan katak-katak yang lain...
ramai yg masuk PKR ni gila jawatan, eloklah belah daripada merosakan parti. Ingat DSAI, orang2 ini jangan dipilih sebagai calun dalam PRU13 nanti ... memang akan membawa masaalah dikemudian hari ....
salam. sebelum ini chegu bard dianggap pemimpin muda berjiwa besar dalam pkr dan menjadi idola ramai anak muda. ternyata ianya tidak begitu. chegu bard tidak tahan diuji oleh badai politik yang sentiasa bergelora.
Pesanan utk chegu bard, contohilah Husam Musa dan Abg Mat Sabu...walaupun tewas dlm pemilihan tertinggi, mereka masih di dalam parti malah terus mengukuhkan parti. Kedua-dua tokoh PAS ini tewas jawatan Timb.Presiden. Sedara hanya tewas jawatan Ketua Pemuda. Sedara masih muda dan ade harapan utk pergi lebih jauh dalam PKR.
Namun kalau hati dah tekad utk keluar PKR, silalah keluar dgn bermaruah tanpa memburukkan parti anda selepas tidak lg bersama parti. Dengan cara ini sedara akan lebih di hormati. Jangan jadi macam ezam, zaid,zul kulim dan yg lain..mereka2 ini tidak lg di hormati oleh majoriti rakyat malaysia. Kita sama2 lihat nasib mereka pada PRK ke 13 nnt. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..terpulang pada sedara nk pilih yg mane..
Selamat Maju Jaya..
Mat Sabu dan Husam tewas dlm pertandingan yg lebih bersih dari segi persaingan tetapi Chegubard tewas dlm pemilihan yang diyakini diselubungi pelbagai macam unsur yg tidak boleh dipercayai..ada unsur rasuah dan tangan2 tertentu yg memang tidak mahu dia menang jawatan Ketua AMK-PKR.Semua ahli PKR tahu pemilihan tersebut dicemari unsur2 rasuah..kalau tidak masakan 2 calon Tim. Presiden membuat bantahan atas perkara tersebut?..
Saya x merasakan cg bard akan tinggalkan pkr kerana belum ada nilai disisi apco. Tetapi gobala memang ada kemungkinan kerana beliau adalah mp. Perlu diingat apco hanya memerlukan 1 kerusi saja lagi untuk dapat undi 2/3 dewan setelah dsai dan rakan2 beliau digantung. Ini penting untuk spr bentangkan persempadanan semula bulan mac nanti. Oleh demikian saya jangka pru13 berlangsung pada 2012 setelah selesai bahagi sempadan.
Post a Comment