Wednesday, February 16, 2011

Catatan Persinggahan

Senario Sebuah Kampung Di Selatan Thailand

DALAM perjalanan pulang dari pekan Kok Ta Selatan Thailand baru-baru ini saya sempat singgah di sebuah kampung yang terletak di tepi jalan Kok Ta - Golok. Kampung berkenaan penuh dengan pokok getah kedan keasliannya masih belum banyak terusik.

Saya percaya pekerja utama penduduk di sekitar kampung itu ialah penoreh getah selain dari peraih buah dan pok getah. Nama kampung itu ialah Banggul Huma.

Jika hendak dikira jarak jalan Kok Ta dengan Golok sekitar 25km saja. Dalam jarak itu sewajarnya kampung di sepanjang jalan raya itu maju atau mempunyai kemudahan secukupnya sesuai dengan peredaran zaman. Ini termasuklah kampung Banggul Huma itu sendiri.

Jangkaan saya penduduknya mungkin sekitar 5,000 hingga 10,000 orang. Kapastitinya sudah boleh wujudkan sebuah 'supermerket'.

Kalaupun tidak ada supermerket, tetapi sebuah kedai runcit yang serba lengkap harus ada atau sesuai wujud di mana-mana tempat di sepanjang jalan berkenaan. Penduduk akan menjadikan supermerket atau kedai runcit itu sebagai pusat pertemuan sesama mereka secara sampingan, dan kedai itu akan menjadi pusat mendapat bekalan seharian.

Saya tidak pasti apakah kenderaan awam melalui jalan berkenaan, menghubungkan penduduk sekitar dengan bandar Golok dan Kok Ta. Yang pastinya ada jalan keretapi, tetapi ia berada agak terkeluar dari kampung berkenaaan dan stesen kecilnya tidak kedapatan di situ.

Kenderaan sendiri atau van pick-up yang digunakan untuk angkut buah-buahan dan getah digunakan untuk berhubung. Ertinya dari segi perhubungan ia masih ketinggalan. Tetapi penduduk sudah biasa menaiki kenderaan begini tanpa bumbung dan duduk bersela ramai-ramai di gobok belakang.

Realiti ini dapat dilihat apabila saya memasuki ke kampung Banggul Human berkenaan. Dari jalan besar menuruni jalan kecil yang pantas dipanggil denai. Di kiri kanan penuh dengan rumpun buluh. Jalan berbonggol-bonggol. Tidak dapat dibayangkan macam mana kalau musim hujan.

Kira-kira setengah kilo meter, terdapat sederet rumah, macam berek - rumah kediaman para kuli penoreh getah. Berhampiran berek ini ada sebuah kedai rencit yang menjual keperluan asas minyak, rokok, gula, garam dan makanan kanak-kanak. Cara pengurusannya seperti kedai runcit di pentas drama berlatar bekangkan zaman perang.

Saya rasa kedai runcit ini, lebih sesuai dipanggil gerai runcit saja. Gerai inilah tempat penduduk sekitar mendapat bekalan dan keperluan mereka. Di satu sudut kedai itu terdapat sebuah peti sejuk kecil yang sudah berabuk dan penuh dengan debu tetapi masih berfungsi.

Persekitaran kampung berkenaan tidak menyenangkan. Ia tidak diurus dengan baik. Kesedaran manjaga kebersiaan dan mengurus alam sekitar kosong. Sampak sarap mengeliling rumah. Sudah tentu bila tiba senja dan malam nyamuk akan berpesta di mana-mana sahaja. Saya tidak berpelung untuk membuang air kecil atau air besar di kampung berkenan untuk melihat rupa bentuk jamban.

Di hadapan berek rumah berkenaan wujud suasan seperti di dalam sebuah zoo burung, di mana terdapat reban ayam dan sangkar burung yang disangkut di dahan-dahan pokok dan tali menjemur kain. Terdapat tidak kurang lima buah sangkar. Ada juga sebuah perkup ayam.

Saya menjenguk mengintai, bermacam-macam jenis burunhg terdapat di sangkar itu. Burung candik - merbah jambul paling banyak. Lain-lain burung yang saya tidak tahu speciesnya pun ada.

Pemandangan paling klasik pada mata saya dan menyentuh perasaan ialah seutas tali dijadikan jemuran uniform penoreh getah yang terletak berhaaapan berek berkenaan. Baju itu penuh dengan tompok-tompok getah.

Tatkala melihatnya saya terkenang kepada baju seperti itulah yang dipakai arwah ayah satu masa dulu. Betapa baju (uniform ) itu walaupun hampak dan masam kini tetapi ia wangi waktu itu. Baju itulah yang saya gunakan untuk menyelimuti badan dari digigit nyamuk ketika mengekori ayah atau ibu menoreh getah.

Pendeknya bagi mereka yang datang dari kota tidak akan betah duduk di situ. Namun kepada saya bunyi burung yang berbagai, berkicau membawa irama tersendiri meyeronokkan. Entah kenapa makin lama mendengar nyanyian burung itu makin asyik dan terfikir di dalam benak bahawa burung itu bukan menyanyi sebenar tetapi mereka sedang protes untuk keluar dari sangkar itu.

Dalam perjalan pulang meninggalkan kampun Banggul Huma itu terbetik dalam hati saya apakah semua nyanyian dan siulan burung itu simbolik kepada regutan jiwa penduduk kampun Banggul Huma yang mahu keluar dari situ dan hidup bebas seperti burung-burung lain yang merdeka menhiru udara dan memijak bumi mana yang mereka suka. [wm.kl. 12:00 t/hari 16/02/11]


No comments: