Monday, February 7, 2011

Menjenguk Ke Depan

Apa Komen Pemuda Pas Terhadap Gelombang Merah?

SUDAH tiga hari projek Gelombang Merah di lancarkan oleh Mustapa Mohamed. Kalau ia diibaratkan sebuah bahtera, perjalanan dalam tempoh 73 jam itu ia sudah pun agak jauh meninggalkan pelabuhan. Semua layar merahnya sudah pun dikembangkan untuk merempuh lautan putih bagi mewujudkan Gelombang Merah, alun beralun.

Projek Gelombang Merah itu rupanya milik Pemuda Umno Kelantan. Ia mendapat sokongan padu dari Umno dewasa Kelantan. Pemuda Kelantan tidak panggil Khairy Jamaluddin melancarkan gelombang berkenaan, tetapi meminta ayahandanya, Setopa anak Setawa melancarkannya.

Mungkin Pemuda Umno Kelantan sudah perit akan sial dan majalnya Khairy Jamaluddin. Sebelum ini menjelang pilihan raya umum ke-12 Khairy melancarkan projek 18 Tahun Dah Padan Dah, yang berkesudahan Umno Kelantan yang padan muka. Projek Khairy menghina Tok Guru itu dihina oleh rakyat Kelantan.

Baik Umno hendak satu kerusi lagi untuk memerintah Kelantan, ditambah menjadi berpuluh kerusi. Atas sejarah malang dan kesialan Khairy Jamaluddin itulah maka Pemuda Umno Kelantan buat secara senyap, secara anak beranak dengan memanggil Setoapa anak Setawa melancarkanya.

Saya tenguk kecil saja banner yang dijadikan plat pelancaran. Mustapa pula pegang gunting kercil saja untuk memotong ribon bagi melepaskan beberapa buah belon. Nampak macam tidak bersungguh. Selepas itu ramai-ramai angkat tangan sambil melauangkan, entah apa tidak berapa jelas di tv. Tv pun nampak tidak berapa selera nak covernya.

Tetapi biarpun begitu projek itu jangan dipandang rendah. Ada kalangan Pas mempersendakan projek itu sebagai projek Mat Jenin. Bercakap dari luar Kota Bharu mengatakan projek itu sebagai Mat Jenin boleh, tetapi kalau berada di Kelantan apa lagi dapat menghidu masalah di dalam Pas, tidak mudah untuk mengatakan projek itu sebagai projek Mat Jenin.

Semasa saya balik Kelantan, dengar radio Kota Bharu. Juruhebah ada membuat jenaka dengan membawa kisah Mat Jenin. Katanya Mat Jenis versi Melayu akhirnya mati kerana terjatuh dari pokok kepala, tetapi Mat Jenin versi Cina hanya setakat dilempar telor oleh isterinya saja kerana berangan nak kahwin satu lagi.

Saya takut Mat Jenin disebut oleh pemimpin Pas yang berpejabat di Jalan Raja Laut terhadap projek itu sebagai Mat Jenin Cina di mana ia tidak mati tetapi setakat dilempar telor.

Sehingga kini saya belum dengar ulasan daripada pemimpin Pas Kelantan khasnya Dewan Pemuda terhadap projek berkenaan. Latif Abdul Rahman masih membisu. Apakah belum ada idea ataupun konotasi untuk menghina projek Pemuda Umno itu?

Latif tidak boleh duduk diam dalam hal ini. Beliau kena buat sesuatu bagi mengekang projek berkenaan. Lagi pun ia dilancarkan oleh Pemuda Umno, maka moleklah kalau Pemuda Pas yang menjadi penebatnya. Biarlah pemuda lawan pemuda. Kita hendak tenguk pemuda mana lebih canggih dan beridea dalam memnguakkan parti.

Baru ini Pemuda Pas beli bangunan Umno Kota Bharu. Ia dianggap satu kejayaan. Tetapi ternyata ia tidak banyak membawa perubahan dan boleh mengejutkan rakyat Kelantan. Pembelian itu tidak banyak membantu menaikan imej Pemuda Pas dan sekaligus menarik perhatian umum. Ini ternyata bila mana upacara jualbelinya dilakukan di Galas, saat pilihan raya kecil diadakan. Apabila keptusan pilihan raya kecil itu tidak memihak kepada Pas maka jelas projek membeli bangunan itu tidak banyak membawa keuntungan.

Jadi Pemuda Pas jangan berharap kepada pembelian bangunan Umno itu saja. Latif kena cari iktiar lain. Ikhtiar dan ideanya biarlah sebesar gambar beliau yang dipamirkan bersama gambar Tok Guru yang dipasang ditengah jalan di Kuala Kerai, atau di atas muka bilik Gerakan Pemuda di Galas yang lalu. Besarnya gambar Latif mengalahkan gambar calon, Zulkefli Mohamad.

Pamer gambar besar bersama Tok Guru juga tidak cukup. Latif kena cari dan gali idea lain yang boleh merangsang anak-anak muda menyokong Pas. Kalau boleh jangan jadikan Tok Guru sebagai daya tarikan tetapi fikirlah cara lain. Kalau boleh kita tunjukkan kebolehan kita sendiri, kredibiliti sendiri sebab akhirnya Tok Guru selamanya tidak boleh dijadikan umpan. Selama mana Latif atau pemimpin lain di Kelantan nak menempel gambar Tok Guru bersama?

Dalam hal ini Latif boleh berpakat dengan Setiausaha Badan Perhubungan Pas, Mohd Zaki Ibrahim. Zaki juga masih muda dan darah politiknya pun masih cair lolei lagi. Eloklah berkongsi dengan Zaki. Lagipun pengambilan Zaki untuk duduk di situ adalah untuk mentransformasikan Pas agar menjadi muda. Itu kehendak dan hasrat orang yang mengambil Zaki berada di Ibu Pejabat Pas.

Mungkin sudah lama saya tidak mengikut aktiviti Pas Kelantan maka saya tidak nampak apakah aktiviti atau projek Badan Perhubungan Pas Kelantan. Ataupun segala aktiviti dijalankan dalam internet menyebabkan ia tidak nampak pada mata kasar. Mungkinkah begitu atau tidak ada apa-apa dilakukan selain daripada mengeluarkan risalah minggu semasa Tok Guru mengajar atau sesekali mengeluarkan kenyataan menjawab dakwaan Umno yang hambar dan tawar serta berkadas sesama sendiri.

Badan Perhubungan kena melakukan sesuatu untuk menghadapi Gelombang Merah pemuda Umno itu. Zaki dan Latif jangan mudah terulik dengan pengecilan oleh orang Kuala Lumpur mengatakan projek GM itu angan-angan Mat Jeni. Jangan... selalunya kita akan masuk dalam jerat musuh apabila kita merasakan jeratnya sudah tidak berbingkas lagi.

Minggu depan atau sehari dua nanti hendaknya adalah projek dari Pemuda Pas Kelantan bersama Badan Perhubungan Pas yang akan dilancarkan bagi membendung Gelombang Merah itu. Buatlah apa-apa projek, Gelombang Hijau ke, atau apa-apa yang penting Pas tidak dilihat sebagai ketandusan idea untuk melakukan perang saraf ke atas Umno. Ingat berpolitik bukan saja menang jawatan tetapi ia lebih dari itu. [ttdi.kl 7:00 pm 07/02/11]

4 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

PAS jangan terlalu mengambil mudah dengan "Gelombang Merah" ini. Menganggap ia sebagai "angan-angan Mat Jenin" sebagai mana yang disebut oleh Ketua Penerangan PAS bagi saya amat keterlaluan. Kenyataan itu jelas menampakkan kesombongan PAS dalam menonjolkkan kehebatannya.

Kenyataan Ustaz Idris Ahmad itu seolah-olah kita tidak berlajar dari Gelombang Biru di Trengganu pada tahun 2004. Kalau diteliti kembali apa yang berlaku di Trengganu pada tahun tersebut, antara faktor kekalahan PAS adalah kesombongan pemimpin-pemimpin PAS dalam kenyataan dan tindakan. Sikap over confident, merendahkan keupayaan lawan dan memperlekeh pandangan orang bawahan adalah punca sebenar kekalahan PAS.

Hari ini pun, setelah 20 tahun PAS memerintah Kelantan, PAS di negeri-negeri yang baru mendapat kuasa sering tak dapat yang terbaik untuk diikuti dari PAS Kelantan. Terlalu banyak contoh yang jelek di Kelantan menjadi beban kepada PAS negeri-negeri lain untuk berhadapan dengan ahli-ahli bawahan dan rakyat. Bagi yang mengikuti perkembangan PAS dan sayang kepada PAS, semua tahu apa yang berlaku di Kelantan, pulau-memulau, berpuak-puak dan bodoh sombong beberapa pemimpin jelas menimbulkan masalah kepada PAS.

Dua contoh terdekat yang menggambarkan PAS Kelantan bukan dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan Negeri Kelantan adalah keputusan Pilihanraya Mani Urai dan keputusan Muktamar di Shah Alam. Dalam Pru Mani Urai PAS yang diterima hebat di negeri lain hanya menang di Kelantan (Mani Urai) dengan sekitar 60 undi. Manakala dalam muktamar di Shah Alam, buat pertama kali rasanya dalam sejarah PAS Orang-orang dari PAS Kelantan gagal duduk di kerusi tertinggi parti. Apakah ini menggambarkan sudah sampai masanya kehebatan PAS Kelantan akan berpindah ke negeri-negeri lain dan kalau ini berlaku puncanya adalah dari PAS Kelantan sendiri. Kalau dalam PAS pun keadaannya begitu, maka tak mustahil gelombang merah akan menjadi igauan ngeri buat PAS Kelantan dan PAS Malaysia.

Oleh itu, PAS Kelantan amat perlu bermuhasabah diri agar gelombang merah mampu dikembalikan ke lautan Cina Selatan dan kehebatan PAS Kelantan tidak diambil alaih oleh negeri lain seumpama Selangor.

ahligugel said...

gelombang biru di Terengganu membuatkan umno berjaya merampas terengganu hasil daripada menggunakan wang ihsan yang dicuri daripada wang royalti yang dinafikan terhadap kerajaan terengganu yang diterajui pas, maka di kelantan pun nampaknya akan meniru cara itu dengan menggunakan wang ihsan yang dirompak dari wang royalti kelantan untuk menggula-gulakan orang-orang muda di kelantan, berhati-hatilah wahai pemuda pas kelantan ...

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam...
Tuan MSO.
Ada yang mengatakan bahawa Pemuda UMNO Kelantan buka kedai kecil, jangan bimbang "tak apa..." dengan berbagai-bagai lagi "tak apa". Saya katakan juga, "tak apa"... Kalau sentiasa "tak apa" nanti takut "hampa" kerana kedai yang kecil itu, banner pun kecil dihari pelancaran, tidak 'bekwah' besar...kerana tak panggil Sheikhnya dari KL...ingat !!!. Mereka buka kedai kecil tapi modal besar... Bila yang memperlekeh, bermain bahasa mentafsirkan warna 'merah' untuk dijadikan 'gelombang' di Kelantan... Tunggu, kedai itu akan diperbesar, dipromosi dengan wang RM merah-merah,kerana meraka banyak dana untuk memperbesarkan perniagaan mereka... Jawatan:...menang dapat jawatan dari pertandingan buka bererti boleh menang dalam mengemukakan idea yang mantap dan gagasan yang kuat atau bentuk program perkasa untuk memantapkan jamaah...mempertahankan Kelantan khususnya. Gelombang Merah adalah cabaran untuk "Semangat Hijau". Buatlah "Piala Pemuda"..bola sepak hadiah juara RM 1 juta untuk Johan... Mampus keras kerajung "Gelombang Merah" !!! Sekian, mohon mengemukakan idea. Terima kasih. Wal LAHu a'lam.