Gambar Najib Di Pekan Kok Ta
KERANA lama tak makan laksa Siam, minggu lepas saya menyeberangi jambatan Muhibbah di Rantau Panjang masuk ke Siam. Melalui bandar syurga lelaki Malaya, Golok. Lama tidak masuk Golok, walaupun duduk berhampiran dengan Siam. Tidak pula bermakna tidak masuk Siam. Dua tahun lepas beberapa kali saya ke Pattani, Yala... saja jalan-jalan melihat keadaan di sana yang kurang menenangkan jiwa.
Pergi menenguk Tenguk Siam berkawal di speanjang jalan. Saya sudah tulis dalam blog ini perkembangan di Siam.
Laksa Siam sedap ada di simpang tiga Slow Kok Seraya. Saya pernah makan lima atau enam tahun lepas dengan seorang kawan yang berkebetulan beristeri di sana.
Laksanya halus mulus, berwarna kuning dan kuahnya pelbagai. Ada kuah ketam, kuah belut, dan biasanya ikan. Laksa Siam cara ramuannya berbeza dengan laksa Kelantan atau laksan Pinang.
Perbezaan paling ketara ialah ia pakai laut paut, ayam dan daging. Sayur mayur dan ulam ulaman usah ceritalah. Inilah yang menyelerakan dan menunjukkan kekreatifan masyarakat Melayu Siam. Kalau rasa nak demam atau baru lepas demam dan makan tak berapa lalu sila cari laksa Siam.
Rupanya gerai laksa Siam di Slow Kok Seraya yang diuruskan oleh seorang bujang (janda) sudah tidak ada. Sudah lama tutup. Tidak diketahui pula apa sebab ianya ditutup. Cuma saya mengira kerana tuan kedai itu mungkin sudah berlaki, maka tutuplah kedai. Biasanya begitulah, orang bujang berniaga tidak lama bila ada laki yang diberkenaninya maka kedainya akan ditutuplah, hinggalah menjadi janda sekali lagi, maka buka pulaklah kedai.
Di Siam maupun di Kelantan kalau kedai dipunyai oleh janda maka ramailah yang mengerumuninya. Sanggup datang berkilo meter kerana nak makan tea atau mee bikini janda. Kalau ada kedai janda di hujung kampung atau di simpang jalan maka semua masakan bini, sudah tidak sedap lagi, sayur lecah, sambal hgambar dan nasi pun kadang-kadang dirasakan mentah. Itu budaya di Kelantan dan Siam. Apakah budaya ini masih beterusan, walauahalam...
Bila kedai laksa di Slow Kok Seraya tutuk, jadi kena pergi ke Kok Ta... di pekan Kok Ta ada sebuah gerai laksa sedap. Terletak berhampiran stesen keretapi Kok Ta. Jadi kerana nak makan juga terpaksa ke Kok Ta.
Benar, laksa di gerai ini sedap. Mulanya teragak juga nak makan sebab tuannya bercakap Siam. Kok kong kang... tak tahu apa. Saya bertanya pada kawan, Islam ke Buddha...? Katanya ni Siam atas (Bangkok) tidak faham Melayu dia, Islam.
Saya percaya dan yakin dengan yakin naqli... lihat sendiri perempuan ini tutup aurat dan nampak sopan. Saya jenguk di dapur tidak ada pula daging babi atau ular. Lagipun di Kok Ta majoritinya orang Melayu.
Apa nak cerita di sini bukan fasal laksa kuah belut berlauk ayam itu saja, tetapi mengenai sebuah papan tanda gergasi. Sambil makan saya terpandang sebuah papan tanda gegrasi di mana tersekong gambar Perdana Menteri, Najib Razak yang sedang bersalam renggang dengan PM Thailand, Abishik (perbetulkan ejaaan).
Papan tanda itu dibangunkan sebagai merai Najib melawat ke Thailand tahun lepas. Ianya sudah kelihatan lusuh. Saya jadi tertanya kenapa ia dibiarkan begitu dan tidak dibuangkan saja. Walhal ianya sudah lama ... Sebagai warga Malaysia saya merasa sedikit bangga kerana gambar perdana menteri kita terpampang di negara orang.
Saya nak bertanya mengenai itu tatapi tidak ada pula yang mungkin memahami bahasa Melayu. Sambil makan saya membuat telahan sendiri. Mungkin papan tanda itu dibiarkan kerana penduduk Kok Ta atau pihak berkuasa Kok Ta senang dengan Najib. Mereka merasa syok dan suka dengan Najib. Sikap sedarhana dasar luar negara Najib terhadap Siam mungkin menjadi punca kenapa Najib disenang oleh Bangkok.
Kalau tidak ada perasaan itu untuk apa papan tanda itu dibiarkan tercegak di situ? Dalam rumusan saya Najib ini rupanya disenangi oleh penduduk Islam di Kok Ta?
Dalam perjalanan pulang saya cuba mengungkitkan perkara itu saja untuk menghilangkan penat berjalan. Saya terkejut mendengar jawaban kawan itu yang merupakan warga Siam yang menjalankan kerja menyeludup ke Malaysia.
"Apa sayangnya abang Ti, masa Najib mari (melawat Siam) ada penduduk yang hendak tunjuk perasaan, sudah siap dengan kain rentang dan sepanduk...tetapi tak jadi sebab polis kawal. Pelajar pondok di Siam marah benar kepada Najib," katanya mengejutkan telahan saya tadi.
Saya tidak bertanya lagi selepas itu. Cuma memikir sendiri dalam kepala macam mana kalau Nik Aziz Nik Mat buat lawatan ke Siam apakah gambarnya akan dikekalkan seperti mana gambar Najib yang tegak berdiri di pekan Kok Ta itu dan apakah ada bantahan ke atas kunjungan Nik Aziz itu. Mungkin MB Kelantan boleh buat percubaan untuk menguji sejauh mana penagruhnya di selatan Thailand. [wm.kl.10:00 am 09/02/11]
No comments:
Post a Comment