Kalau-Kalau Muhyiddin Yassin Terbaca Posting Ini
INI ada satu masalah rakyat kecil tergolong dalam golongan marhaen. Kisah atau masalahnya mudah sahaja tetapi disebabkan prosuder atau peraturan maka ia menimbulkan sedikit masalah. Masalah ini akan selesai tidak sampai sehari kalau ia menimpa diri mereka yang berstatus, atau waris Menteri ataupun Pengarah atau pun Ketua Setiausaha Kementerian. Mudahnya orang besarlah. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.
Tetapi kerana segala kemudahan dan hubungan itu tidak ada, maka rakyat kecil ini berdepan dengan masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Bagi saya apa yang dialami rakyat kecil ini termasuk satu penganiayaan yang tidak disengajakan.
Saya percaya dan yakin kalau masalah ini sampai ke pegetahuan menteri atau perdana menteri ia akan diselesaikan segera, kerana penyelesaian ini juga termasuk dalam slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tetapi kerana kes ini tidak berpeluang untuk ke pengetahuan menteri atau perdana menteri maka ia menjadi masalah kepada rakyat kecil ini.
Begitu juga kalau tertakdir berlakunya pilihan raya di kawasan rakyat kecil ini, mungkin masalahnya akan diselesaikan. Selalunya pihak berwajib akan mudah menyelesaikan masalah rakyat di mana kawasannya bedepan dengan pilihan raya kecil. Dalam pilihan raya kecil banyak projek kilat dan banyak masalah diselesaikan secara kilat.
Di kala ini bukan saja rakyat kena berbaris atau pun bersusah ke Putrajaya hendak jumpa setiausaha menteri, atau timbalan menteri atau perdana menteri, tetapi para penama dan pemuka ini akan datang sendiri menjenguk mereka. Itu pun dengan syarat dia menjadi pengundi di dalam kawasan yang terlibat dengan pilihan raya itu.
Sayang pula kawasan di mana rakyat kecil ini diami tidak ada pilihan raya kecil waktu ini.
Apa masalahnya? Masalahnya ialah nasib seorang anak yatim bernama Rasyiqah Abdul Wahid, 13 (foto). Dia seorang pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar Perak. Dalam ujian UPSR tahun 2009 dia mendapat 5A.
Kerana kecemerlangan itu dia terpilih ke Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahbudin, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Kemasukan itu sesungguhnya menggembira dia dan juga keluarganya.
Malangnya takdir menimpanya, ayahnya meninggal dunia. Akibat itu menyebabkan ibu dan adik beradik lain (seramai empat orang) terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur, kediaman asalnya mereka sebelum mereka berpindah ke kampungnya di Kuala Kangsar. Alasan perpindahan itu kerana di kampung itu tidak ada sesiapa tempat bergantung dan masalah mendapat rezeki untuk meneruskan kehidupan agak sukar.
Perpindahan itu memberi kesan kepada pembelajaran Rasqiyah ini. Dia masih kecil, dalam usia baru 13 tahun apalah dapat diharapkan, untuk uruskan dirinya sendiri pun tidak terurus. Betul pihak sekolah dan kerajaan menyediakan kemudahaan sesuai dengan sekolah Sains berasrama penuh, tetapi jarak tempat tinggal ibunya menjadi masalah.
Dengan pendapatan si ibu tidak sampai RM300 sebulan, duit pencen (KWSP) suami pula tidak ada lagi, sukar untuk si ibu menguruskan anaknya ini bila sesekali si anak berhadapan dengan masalah kesihatan, atau pun bila cuti di mana Rasqyiah hendak pulang ke Kuala Lumpur si ibu perlu turun ke Bukit Mertajam. Kenderaan sendiri tidak ada, manakala menyewa kenderaan untuk pergi balik ke Bukit Mertajam ke Kuala Lumpur, memerlukan jumlah wang yang banyak.
Kerana kerumitan itu akhirnya keputusan diambil atas kehendak Rasqiyah juga, agar ia ditukar ke sekolah lain di Kuala Lumpur, berdekatan dengan kediaman ibu dan adik beradiknya yang lain. Biarlah tidak sekolah berasrama penuh dan beraliran sains, tidak mengapa asalkan dapat duduk berdekatan dengan ibu. Yang menjadi tambah masalah pelajar ini anak bongsu.
Akhir tahu lalu permohonan kepada pihak sekolah dibuat agar pelajar kecil ini ditukar ke sekolah biasa. Pihak sekolah juga menulis surat mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan Rasqiyah dan menyambungkan pembelajarannya di sekolah menjadi pilihannya, iaitu sekolah berdekatan dengan kediam ibunya. Sekolah yang diipilih ialah Wangs Maju, Kuala Lumpur, bukan sekolah berasrama penuh.
Surat permohonan yang dikemukakan oleh pihak sekolah bertarikh 3 Januari lalu. Ini bermakna sudah dua bulan permohonan itu dalam proses. Malangnya pertukaran itu masih belum terlaksanakan lagi kerana beberapa sebab dan peraturan yang dikatakan tadi.
Ibu si anak ini pergi ke sekolah yang menjadi pilihan anaknya itu, dengan harapan kalau-kalu boleh anaknya ditumpangkan belajar dulu di sekolah berkenaan. Malangnya pihak sekolah tidak berani membenarkannya kerana butiran pertukaran belum diterima lagi. Pengetua sekolah berkenaan baru berani menerima permohonan itu setelah ada kelulusan dari pihak jabatan.
Kita kena mengakui akan peroses ini memakan masa. Saya telah mengambil inisiaf bertanyakan seorang kawan yang berkkhidmat di kementerian pelajaran. Beliau menjelaskan memang proses pertukaran dari sekolah sains ke sekolah biasa memakan masa. Ini kerana ia kena melalui proses biasa dari bawah ke atas. Katanya lagi sebab rekod pelajar berkenaan tidak ada di sekolah biasa tetapi sudah disenaraikan dalam sekolah sains. Betullah itulah amalan selama ini.
Apa yang hendak ditimbulkan di sini ialah kenapa terlalu lama sangat. Untuk menunggu sampai bulan April bayangkan betapa ruginya masa pembelajaran budak ini. Apakah tidak boleh diketepikan soal prosuder itu tetapi menggunakan kebijaksanaan untuk dengan memberi ehsan dan simpati dalam kes ini. Saya rasa boleh, tetapi masalah seperti dikatakan tadi pelajar ini tidak bernasib baik, tidak memiliki hubungan dengan sesiapa di atas.
Begitu juga rasanya tidak menjadi kesalahan besar kalau pelajar ini ditumpangkan sementara di sekolah yang diminta itu. Seperti mana kata kawan tadi hal itu pernah berlaku, cuma ia bergantung kepada sikap pengetua sekolah. Beliau lantas menyebut anak kawannya menghadapi masalah sama, tetapi diberi belajar tumpang kerana pengetua sekolah berkenaan membenarkannya. Saya rasa peraturan yang dipatuhi oleh guru berkenaan tidak bersifat rakyat didahulukan.
Saya nak rengkaskan catatan ini dengan harapan begini; kalaulah mana-mana pegawai menteri, atau timbalan menteri ataupun pengarah pelajaran terutamanya pihak menguruskan pertukaran ini terbaca catatan ini, bolehlah ambil perhatian dan diberikan pertimbangan. Korbankan sedikit soal prosuder dan pandanglah kepada nasib pelajar ini yang sudah ketiadaan bapa dan masih mentah untuk memikirkan soal prosuder, soal pilih kasih atau periority. Kenanglah dalam usia sekecil itu apa yang dia boleh lakukan selain mengharap simpati dan ehsan.
Saya percaya dan yakin kalau nasib pelajar ini dibela dan dibantu bukan saja pelajar berkenaan akan berterima kasih, tetapi rakyat lain yang bersimpati dengan pelajar ini juga akan mengucapkan terima kaish kepada pihak membantunya, dalam hal ini kerajaanlah.
Saya sertakan butiran pelajar ini unutuk rujukan;
Nama: Rasqiyah binti Abdu Wahid.
Rujukan surat permohonan dikemukakan pihak sekolah SMSTSSS/02/09/002(80).
Kepada mana-mana pihak baik persorangan dan pihak jabatan pelajaran hinggalah kepada menteri yang membaca dan memberi perhatian kepada pelajar ini saya ucapkan berbanyak terima kasih. Dan saya rasa ada dari kalangan penjenguk saya yang bersimpati dengan Rosyiqah ini. [wm.kl.11:00 pm 24/02/11]
12 comments:
assalamualaikum tuan..saya merasa terpanggil untuk membantu..alangkah ruginya kalau anak yang sepintar ini tidak meneruskan pembelajarannya di sekolah berasrama penuh..boleh saya dapatkan alamat ibunya ataupun no telefon ibunya agar saya dapat membantu..tuan boleh emelkan kepada saya-sikucingsiam@gmail.com..terima kasih
Salam,
Postingkan article ini di Facebook dan twitter Perdana menteri, Dato' Seri Najib. Insyaallah akan di beri perhatian. Agak nya.
saya setuju dengan cadangan sirajuddin..boleh kemuka ke TV3 (Aduan Rakyat) kalau nk lagi berkesan dan cepat, sy pernah cuba..mmg sy setuju kadangkala sikap pengetua dan beberapa pegawai kerajaan tidak membantu dalam proses yang rumit ini
Kadang diperingkat sekolah dan jabatan semacam taraf menteri.Dengan orang ikut peraturan,dengan kaum sendiri terus diproses!
Jom...sama2 kita tolong, InsyaAllah. Sudah diletakkan dalam blog saya...
Slm
Sy lebih suka jika pelajar ini dipindahkan ke sekolah berasrama penuh sekitar KL. Rugi jika dia pindah ke sekolah biasa
Saya beruntung kerana masa saya berpindah dari sekolah berasrama ke sekolah bestari, ayah saya ada lagi. Dia dan ibu saya berusaha utk lancarkan proses pertukaran. Alhamdulillah sekarang saya di IPTA. Saya cuma boleh katakan yang jenis sekolah bukan penentu masa depan, yang penting usaha berterusan. Tabahkn hati dalam dugaan tuhan ni. Cuma saya bimbang dari segi psikologi adik ni jer. Bantu lar die dalam mana yang patut
Saya lebih mengesyorkan pelajar ini dipindahkan ke smsains selangor. Smss adalah sbp untuk pelajar cerdik yg miskin dan yatim macam adik ni. Segala perbwlanjaan sek dibantu oleh kerajaan. Diharap pengetua smss cg. Paizin dapat memberikan bantuan. Saya cuba linkkan msj ni ke alumni smss dan cg paizin. InsyaAllah
Masukkan cerita ini dalam Siasah keluaran minggu depan.
Assalamu alaikum tuan. Saya juga bersetuju dengan cadangan Sirajuddin kerana mungkin dalam suasana yang ada hari ini Najib akan berbuat sesuatu.
Saya sendiri ada pengalaman yang menunjukkan kebenaran kenyataan kalau nak sesuatu di Malaysia ni bukan berdasarkan apa yang kita tahu tapi siapa yang kita tahu.
Ketika itu saya mendapat keputusan yang begitu mengecewakan dalam peperiksaan STPM 1986. Saya bercadang untuk mengulang di tingkatan 6 rendah kembali kerana saya rasa ketika itu saya tak mampu untuk mengikuti pelajaran kalau saya terus mengulang di tingkatan 6 atas. Namun begitu hajat saya mungkin tak kesampaian kerana memang tak ada pelajar sebelum saya yang berbuat demikian iaitu mengulang dari tingkatan 6 bawah.
Alhamdulillah, saya tak kenal sesiapa tapi tahu akan seseorang di kementerian pendidikan Bahagian pendidikan khas. Saya pun menulis surat dan berbekalkan sedikit keberanian saya memanjat pejabat kementerian bahagian pendidikan khas tersebut dan bertemu terus dengan Ketua Pengarah Pendidikan Khas dan menceritakan hasrat saya dan menyerahkan surat permohonan saya.
Akhirnya, tak sampai dua minggu pun saya telah mendapat surat tawaran untuk bukan mengulang tetapi menyambung pelajaran ke tingkatan 6 bawah di Sekolah St. John Bukit Nanas Kuala Lumpur. Dalam hal ini, jika berdasarkan surat yang saya terima, jelas pihak kementerian menjaga air muka saya sehingga bagi mereka yang tak tahu mereka menganggap saya adalah pelajar 6 bawah dan bukannya pelajar mengulang.
Apa yang nak saya jelaskan di sini, sebenarnya memang ada peraturan dalam sistem pentadbiran kita tapi kadang-kadang berdasarkan keperluan maka pegawai-pegawai berkenaan harus bijak menggunakan budi bicara agar tiada yang menyesal dan merasa diri mereka tertindas atau ditindas, terabai atau diabai.
aSSalamm...>>> SKKLK kuala kangsar tu adalah sekolah lama saya...dan di situlah kampung kelahiran saya.
mudah-mudahan anak ini mendapat bantuan dp pihak berkaitan..dan cadangan saya biarlah ia belajar senula di SBP di sekitar K/L atau Selangor. terimakasih.
salam tuan,
Saya turut bersimpati dgn nasib Rasqiyah ini. Tetapi sebagai kakitangan kerajaan, kami terikat dengan pelbagai peraturan, pekeliling dsb. Saya percaya pengetua itu bukan sengaja tidak mahu terima tetapi risikonya tinggi.
Jika berlaku sesuatu buruk kepada Rasqiyah (mohon dijauhkan Allah SWT) dalam tempoh dia menumpang, kebertanggungjawaban itu adalah di atas kepala pengetua. Beliau akan ditanya ..kenapa terima murid ini tanpa kelulusan pihak bla..bla..bla... Jadi kerja mengikut 'buku' amat penting bagi kakitangan kerajaan. Kita boleh menolong orang tetapi jangan sampai menjerat leher sendiri.
Budi bicara boleh dilakukan dalam hal-hal yang tidak melanggar peraturan.
Cuma yang perlu dilakukan kepada somebody yang ada body dalam KPM, mungkin proses pertukaran itu boleh dipercepatkan supaya tidak makan berbulan-bulan. ATAUPUN jika tidak salah atau tidak bertentangan daripada pekeliling, mungkin boleh dikeluarkan surat kebenaran penempatan sementara di sekolah yang dipilih. Benda ini boleh dibuat, Tapi KPM kene keluarkan pekeliling/ siaran mengenainya. Kami di peringkat akar umbi ini hanya menurut perintan...saya yang menurut perintah.... salam....
Post a Comment