Thursday, February 24, 2011

Belasungkawa

Hajah Ilani Datuk Ishak Kembali Ke Rahmatullah

BEKAS Ahli Parlimen Kota Bharu (1990-1999) Hajah Ilani Ishak telah kembali ke rahmatullah sebelum Subuh hari ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Katanya Allahyarham telah tidak sedarkan diri sejak beberapa minggu lalu setelah berada sebulan di hospital kerana menghidap kanser.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan selepas Zohor hari ini di masjid al Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Hajjah Ilani dikenali sebagai seorang penggerak belia dan aktif dalam politik dan merupakan seorang peguam. Tahun 1990 beliau bertanding atas tikit parti Semangat 46 di kerusi Parlimen Kota Bharu. Dalam pilihan raya tahun 1995 sekali lagi menang.

Dalam tahun 1999 beliau bertanding atas tikit UBN namun gagal mengekalkan kerusi berkenaan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al Fatihah. [wm.kl.9:30 am 24/02/11]
Post a Comment