Memang Mahathir Pengkhianat Melayu
HUSAM Musa telah menulis didalam blognya mengemukakan beberapa bukti menunjukkan Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu. Tentu orang Umno dan para pengkagum bermata satu Mahathir akan marah dengan Husam dan akan mencemuh saya habis-habisan. Mungkin mereka yang otak kemetot akan nanar.
Mereka yang memandang kepada puncak bangunan berkembar Petronas (KLCC) tidak akan nampak akan kejahatan dan kejelekkan Mahathir. Mercu tanda itu akan dijadikan kehebatan dan kecemerlangan Mahathir dalam membantu negara ini. Kehebatan pembangunan duniawi ciptaan Mahathir akan melindungi segala dosa dan nodanya.
Selalu begitulah yang kita dengar, kehebatan Mahathir diukur dengan pembangunan material yang diilhamkannya. Tetapi kita tidak pernah soal dan tanya bagaimana dengan pembangunan manusia. Macam mana dengan pembangunan bangsa, pembangunan budaya, pembangunan agama dan sebagainya lagi.
Antara bukti menunjukkan Mahathir pengkhianat Melayu yang didedahkan Exco Kelantan itu ialah, Mahathir dengan sengaja mendaratkan gas dari perairan Kelantan di Songkhla, Selatan Thailand yang jaraknya lebih 270 km berbanding kalau didaratkan di Kelantan cuma 150 km. Inilah kecerdikan dan kejahatan Mahathir.
Kalau tidak jahat dan menganiaya orang Melayu kenapa beliau rela menaikan gas itu di Songkla? Katanya tindakan Mahathir itu satu perbuatan terancang yang memberi kesan kepada orang Melayu. Sesiapa pun tidak akan dapat memberi alasan untuk membela Mahathir atas perbuatan jahatnya itu, kecuali anak cicitnya. Tetapi Mahathir licit dia akan bermain dengan kata-kata seperti mana perlunya jambatan bengkok di Johor.
Tidaklah pula saya tahu apakah Mahathir tidak tahu menghitung, mana yang lebih dekat dan ekonomik didaratkan di tempat yang jaraknya 150km dengan tempat yang nun jauh lebih 200km? Apakah ketika membuat keputusan itu Mahathir terlupa makan ubat seperti mana kata Nik Aziz. Memang kalau seseorang ada penyakit jika tidak diambil ubat besar risikonya.
Bukti pengkhianatan lain Mahathir kepada Melayu kata Husam ialah apabila Matahthir tidak membayar royalti hasil gas dan minyak di perairan Kelantan serta menafikan pendapatan pembangunan hiliran. Manakala bukti lain pengkhianatannya apabila Mahathir membatalkan pemberian royalti minyak kepada kerajaan Terengganu apabila negeri itu diperintah oleh Pas.
Kata Husam mengapa Mahathir dikatakan pengkhianat Melayu kerana kedua negeri itu, Kelantan dan Terengganu adalah negeri Melayu, di mana 95% penduduknya berbangsa Melayu.
Apa lagi hendak dinamakan kalau tindakan-tindakan sebegitu baik atas alasan apa sekalipun, kalau tidak dinamakan pengkhianat Melayu? Memang jahat!
Saya bersetuju sangat dengan pendapat Husam itu. Saya konfius apakah sanjungan sesetengah pihak kepada Mahathir tepat ataupun sebaliknya. Kalaulah dengan tindakan sebegitu dilakukan saya tidak tahu mereka yang menyanjungi beliau sampai nak terberak, menilai menggunakan kanta pembesar berwarna apa? Sebab itu semasa para pemimpin Pas mengelilingi dan memuja Mahathir di satu majlis di Taman Melawati saya mengkritik perbuatan itu. Awal lagi saya mengatakan tindakan pemimpin Pas termasuk juga Husam silap kerana telah mengangkat semula Mahathir yang pada masa itu sudah hina kerana terjatuh dalam jambatan selepas berundur jadi PM.
Tetapi malangnya pemimpin memberi pertolongan, memuja balik Mahathir sama meraikan bekas PM itu dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Selalunya kebenaran itu akan hadir di hujung waktu setelah kebatilan bermaharajalela.
Sebenarnya pengkhianat Mahathir bukan di situ saja. Apa yang dilakukan ke atas Kelantan dan Terengganu itu pengkhianatannya kurba terhadap Pas. Tetapi dalam konteks Umno sendiri juga Mahathir tidak terkecuali. Sedar atau tidak dia banyak melakukan pengkhianatan yang akhirnya menjadi Umno huru hara. Permasalahan dihadapi Umno kini adalah kesenimbungan daripada sikap diktator demokrasi yang menjadi amalan Mahathir.
Beberapa sejarah telah dicatat mengenai pengkhianatan Mahathir ini. Antaranya tindakan beliau mengharamkan Umno kemudian menubuhkan Umno baru, adalah sejarah terbesar. Mahathir sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kedudukan dan kekuasaannya. Beliau tidak memikirkan soal kesejahteraan Umno - Melayu tetapi apa yang diutamakan untuk dirinya dulu.
Akibat pengharaman Umno semua orang tahu akan kesannya. Tengku Razaleigh Hamzah terpaksa menubuhkan Semangat 46 untuk menyelamatkan orang Melayu. Kerana penubuhan itu akhirnya menjadikan Umno berontakan sesama sendiri. Tetapi Tengku Razaleigh seorang yang naif dalam menterjemahkan aksi politik. Selepas itu beliau kembali bersama Mahathir semula dengan harapan Mahathir memberi anugerah kepadanya. Wal hasilnya Tengku Razaleigh terus kena tipu oleh Mahathir.
Hal yang sama terjadi sekali lagi dalam tahun 1998 apabila Mahathir pecat Anwar Ibrahim dari Umno. Kerana tindakan Mahathir untuk mengekalkan kuasa dan mempertahankan kebobrokkan, akhirnya Melayu Umno berpecah dua. Keadaan yang wujud hari ini adalah kesan daripada tindakan politik sadis Mahathir Mohamad.
Saya yakin kalau Mahathir tidak rakus dan khianat kepada orang Melayu dan Umno, kehormonian di kalangan Melayu di negara ini akan tercapai. Kesimpulannya perpecahan Melayu baik di dalam Umno dan diluar Umno Dr Mahathir juga mempunyai saham, malahan beliaulah yang memegang golden sheir. [ttdi.kl.11:20 am 01/03/11]
4 comments:
Salam tuan... apa yang teman nak beritau ... teman memang dah lama menyampah kat orang tua tu... tapi nak buat camana... ramai sangat pemujanya... setakat KLCC tak heran teman... terus terang teman memang tak pernah jejakkan kaki ke sana walaupun teman mampu bawa anak bini teman ke sana... pasal teman rasa tak ada faedahnya... setakat nak tengok bandar KL... banyak lagi keje yang berfaeadah yang teman boleh buat dari naik ke sana... cuba cakap hal ni drngan peminat fanatik orang tua tu... ada teman kene tumbuk dengan dia orang... apa pun teman rasalah orang tua tu patut dudk diam-diam kat rumah... banyakkan amal ibadat... main dengan anak cucu... bukan sibukkan hal negara... patut dia sedar bahawa rumah dah kata pergi... kubur dah kata mari...
Salam..
Saya bersetuju dengan point2 tuan...pada pendapat saya, pandangan mahathir sudah tidak relevant utk diendahkan...ketika die MENGHENTAM Tuan Guru Nik Aziz, die seakan tidak sensitif akan isu agama..die berkata mengikut kepentingannya sendiri...semangat nationalism dan terlalu membanggakan bangsa MELAYU merupakan antara faktor yang MELEMAHKAN umat ISLAM diMalaysia..mereka lebih mengutamakan bangsa dari agama..
Sekian,
Yang Mengharap Perpaduan Umat Islam
Tak habis2 story pasal Mahathir. Dia bukan PM dah pun. Kalau kat US, yang buat ekonomi dia fucked up, Bush. Tapi bila Obama tak boleh nak recover, yang kena hentam, Obama. Bukan Bush.
TLDR: Fokus la pada future. Cemuih dah aih baca cerita lama.
Jetfighter patut menasihati Mahathir supaya duduk diam dan jadi orang pencen sepenuhnya. Selagi beliau bercakap selagi itulah ada orang mengkritiknya.
Dalam banyak hal Mahathir lebih baijak dan pandai dari Abdullah Badawi, tetapi untuk jadi seorang pensiun yang baik Mahathir harus berlajar dari Dollah. Horas wa summmm....
Post a Comment