Friday, February 11, 2011

Berita Busra

Apandi Dibebas Dari Tuduhan Rasuah

SELEPAS tujuh tahun yang Dipertua Pas Jeli, Apandi Mohamad menanti keadilan berhubung dakwaan ke atasnya membabitkan pemalsuan dokumen akhirnya hari ini kebenaran berpihak kepadanya apabila Mahkamah membebaskan beliau dari tuduhan berkenaan.

Apandi, 50 (foto) dibebaskan oleh Hakim Nasir Nordin kerana mendapati pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap bekas ahli Parlimen Jeli 1999 - 2004 itu.

Beliau disiasat oleh SPRM atas beberapa tuduhan memalsukan dokumen semasa menjadi ahli Parlimen. Pertuduhan dikenakan ke atasnya mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Tuduhan itu yang sejak awal dirasakan satu tindakan politik ternyata benar bila mana Mahkamah akhirnya membebaskan Apandi hari ini.

Kelewatan menyelesaikan kes tuduhan itu juga dilihat sengaja diperpanjangkan atas motif-motif tertentu.

Apandi merupakan calon Pas yang berjaya mengalahkan Mustapa Mohamad di kerusi Parlimen Jeli tahun 1999. Kejayaan Apandi menumbangkan Mustapa tahun itu dianggap sebagai The Giant Killer kerana Mustapa seorang menteri. Kejayaan Apandi itu sekaligus melonjakkan namanya dalam arina politik. Ini ditambah lagi dengan kemampuan Apandi menjadi seorang pembahas yang kompeten di Parlimen.

Kekalahan Mustapa ditangan Apandi itu menyebabkan Mustapa bangkit melakukan apa saja untuk merampas balik kerusi berkenaan. Ini termasuklah menambah pengundi di Jeli serta mengenakan pelbagai tindakan politik ke atas Pas.

Hasilnya dalam pilihan raya umum 2004 Mustapa berjaya merampas balik kerusi berkenaan dan sekali lagi dalam pilihan raya umum 2008 lalu dengan kedua-duanya menewaskan Apandi. Apandi yang menghadapi tentangan Mustapa ketika itu persis kedua belah tangannya tergari kerana kes rasuah itu belum selesai.

Pembebasan yang dibuat mahkamah ke atas Apandi hari ini memberi ruang baru kepada Apandi untuk bergerak akrtif dalam parti tanpa dibayang sebarang phobia yang boleh melemahkan semangatnya.

Tahniah kepada Apnadi atas kesabaran menghadapi trubulasi perjuangan selama sepuluh tahun. Tahniah dan syabas juga kepada isteri dan keluarganya yang terus memberi sokongan dan aspirasi kepada Apandi selama menghadapi tempoh meresah dan mencemaskan itu. [wm.kl.12:50 t/hari 11/02/11]
Post a Comment