Wednesday, February 16, 2011

Pandangan Petang

Apakah Rasional Anugerah Kepada Wee Soo Yen

BERSEMPENA hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. semalam umat Islam negera ini mengadakan berbagai upacara sebagai mnyatakan kesyukuran di atas kelahiran Nabi yang membawa pelita menerangi dunia itu. Sambutan itu sebagai simbolik kesyukuran dengan kelahiran baginda.

Kerajaan juga tidak ketinggalan ikut sama merayakan tarikh kelahiran Nabi itu. Kerajaan Pusat mengadakan perarakan dan perhimpunan dengan tujuan menyemarakkan kecintaaan dan kasih kepada Nabi s.a.w. Spritual di sebalik majlis seumpama itu juga bagi mendakwah mana-mana insan yang masih belum terbuka pintu hati untuk menerima ajaran Muhammad s.a.w.

Tidak ketinggalan kerajaan-kerajaan negeri juga turut sama meraikan tarikh berkenaan mengikut keupayaan dan tema masing-masaing. Pendeknya semua entiti Islam di mana saja berada tidak akan melupai untuk menyambut kedatangan tarikh itu, baik yang kaya maupun yang miskin. Sambutan itu menandakan kecintaan dan kasihnya kepada Nabi.

Di kampung-kampung sebaik saja tiba bulan Rabiul'awal, mereka sudah berkenduri kendara maulid, bersalawat atau mengadakan majlis kesyukuran, mengahwini anak, cukur jambul cucu atau anak dan sebagainya. Gema marhaban dan berzanji serta selawat ke atas Nabi akan memenuhi setiap pelusuk di mana ada umatnya.

Manakala bagi kerajaan Persekutuan pula seperti biasanya sempena majlis itu akan
memberi anugerah kepada sesiapa yang dikira berjasa kepada negara dalam apa juga bidang. Wajar.. kalau mereka itu dirai dan diberikan anugerah setidak-tidaknya sebagai menghargai jasa mereka. Dalam masa sama pemberian itu boleh merangsang mereka yang lain untuk turut berbakti kepada agama dan bangsa.

Seramai tujuh orang telah dianugerahkan sempena maulidul Rasul tahun ini. Mereka dipilih dari berbagai bidang dan profeyen. Mereka ialah Dr Abdul Hayer Abdul Shukur, bekas Professor Madya Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Egah, bekas Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja, Tan Sri Hasamah Abdullah, bekas ketua pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tan Sri Dr Rabaayah Zambahari, ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara, Prof Dr Ismawi Zain Preofessor Kuliyyah Seni Bina UIA, Datuk Dangiram Mustafa, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan Wee Soo Yen pelajar sekolah menengah kebangsaan Bachok, Kelantan.

Kesemua tujuh penerima itu dewasa dan beragama Islam kecuali Wee Soo Yen, 16 seorang pelajar berbangsa Cina tidak beragama Islam.

Tentu panel pemilih tokoh untuk menerima anugerah itu ada alasan dan sebab-sebab tertentu kenapa mereka dipilih. Mungkin ia dilihat kepada sumbangan mereka dalam bidang masing-masing dan memberi kesuburan kepada Islam. Walaupun setengahnya masih berkhidmat tidak menjadi kesalahan, kerana Islam sendiri menggalakan seseorang termasuk majikan memberi anugerah. Degan anugerah itu ia akan medorongkan lagi mereka untuk meningkatkan atau menambahkan jasa dan bakti kepada negara.

Penerima yang lain rasanya tidak menjadi kemusykilan saya. Tetapi penganugerahan kepada pelajar Wee Soo Yen menjadi sedikit tanda tanya dan menimbulkan persoalan. Anugerahkan itu membolehkan Soo Yen menerima RM20,000. Sebenarnya bukan soal jumlah wang itu tetapi saya mencari rasional lain disebalik pemilihan Wee Soo Yen sebagai penerima.

Menurut jawatankuasa panel anugerah itu Soo Yen dipilih kerana pencapaian cemerlangnya dalam mata pelajaran bahasa Arab dalam PMR lalu. Soo Yen mendapat A dalam mata pelajaran itu. Itu saja. Lain-lain jasa dan baktinya kepada negara dan Islam atau keistimewaan tidak ada.

Tanpa prejudis kepada sesiapa khasnya Soo Yen, di sini saya tidak dengki atau menyalahkan Soo Yen. Dia hanya dipilih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dia sendiri tidak pernah termimpi pun akan menerima anugerah berprestaj itu. Jadi di sini bukan salah dia.

Tidak salah kalau pun anugerah itu diberikan kepada bukan Islam. Tetapi apa yang hendak dicari sini apakah rasional pelajar itu dipilih. Kalau hanya atas dasar beliau pelajar tunggal mendapat A dalam bahasa Arab apakah tidak ada lain-lain pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran itu? Rasanya kalau itu saja ukurannya masih ramai lagi pelajar lain cemerlang dalam pelajaran dan memberi sumbangan kepada negara dan agama.

Saya ingin tanya apakah istimewanya bahasa Arab dalam konteks ianya sebagai subjek (mata pelajaran)? Ia sama juga dengan subjek-subjek lain seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Geografi, agama Islam dan lain-lain. Ia hanya sekadar mata pelajaran saja yang diisyaratkan untuk lulus dalam peperiksaan.

Dalam konteks dakwah saya rasa kecemerlangan dalam mata pelajaran Islam lebih penting berbanding dengan bahasa Arab, apa lagi ianya sekadar bahasa untuk berkomunikasi. Apa difahamkan bahasa Arab dipelajari Soo Yen itu hanya sekadar untuk berkomunikasi bukannya bahasa Arab bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bunyi Firman Allah atau Hadith Nabi.

Dalam erti kata lain mata pelajar itu tidak mengandungi ilmu Islam seperti soal tauhid, soal ketuhanan, kenabiaan, sejarah Islam maupun mengenai hukum hakam Islam. Makanya kalau bahasa Arab yang dicemerlangi itu sekadar untuk berkomunikasi, ianya sama saja dengan bahasa Cina, Tamil atau Orang Alis. Apakah kalau ada pelajar tunggal yang mendapat kecemerlangan di dalam subjek-subjek berkenaan mereka juga akan dipilih untuk menerima sebarang anugerah? Katanya ada pelajar Melayu yang lulus dalam bahasa pelajaran bahasa Cina, apakah mereka akan dipilih menerima anugerah kemudian diberikan wang?

Justeru saya merasakan pemilihan itu ada unsur politik di mana motifnya bagi menunjukkan akan keterbukaan kerajaan dalam soal ini. Bahawa kerajaan Malaysia tidak memilih bulu dan sedia memberi pengikhtiraf kepada sesiapa saja hatta Cina walaupun dia tidak memeluk Islam. Pemilihan Wee Soo Yen itu bukan di atas keperluan dan hakikatnya tetapi lebih memenuhi slogan yang menjadi tema maulid hari ini 1 Malaysia 1 Ummah saja.

Kalau ia benar dan tepat bermaksud berkenaan maka majlis maulid itu tidak lain tujuannya bermotif politik.

Di sini sekali lagi ulangi, saya bukan menentang penganugerahan kepada mana-mana orang atau pelajar cemerlang seperti Soo Yen itu. Tetapi kalau boleh badan atau tapak yang memberi anugerah itu biarlah bertempatan.

Misalnya badan-badan berkaitan pelajaran atau kementerian pelajaran boleh mengadakan anugerah dan memilih Wee Soo Yen tetapi bukannya menerusi majlis maulid Rasul yang mana semangat majlis itu lebih kepada untuk pengembangan Islam.

Sepatutnya penerima anugerah itu biarlah mereka yang mirip kepada Islam. Pada saya kecemerlangan Wee Soo Yen itu tidak sedikit pun membantu penyuburan Islam di negara ini seperti mana alasan yang diberikan tadi. Kalau ada pihak yang sketikal terhadap tindakan ahli politik bukan Islam memasuki ke masjid maka saya juga merasakan perasaan yang sama di atas pemilihan Wee Soo Yen ini. [wm.kl.6:20 pm 17/02/11]

8 comments:

Salleh - Putrajaya said...

1Malaysia pun nak jugak undi Cina..., politik menghalalkan cara..., wallahua'alam

Anonymous said...

Salam Pak MSO

Saya lebih suka budak Cina tu dapat Anugerah Maulidur Rasul, daripada anugerah tu diberi kepada orang yang berkedudukan yang bertopengkan amal jariah tapi di belakang berperangai iblis.

Tak tau lah apa sebab budak tu belajar bahasa Arab, belajar setakat suka2 atau setakat nak tambah bilangan A atas sijil. Saya harap budak tu baca & telaah hadiah tafsir Al Quran yg dihadiahkan pada dia, dan terus mendalami bahasa Arab. Harapnya budak tu diberikan hidayah oleh Allah, atau sekurang-kurangnya jadi manusia yang berakhlak terpuji. Kalau hadiah tafsir Quran tu dapat dekatkan dia dengan Islam, tak rugi habuk pun dia dapat rm20k tu.

abu muaz said...

semua yang pembangkang buat adalah politik dan semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan tidak bermotif politik.

dan Abdullah bin Ubai membina masjid dhirar pun adalah berjasa pada agama.

Unknown said...

Program Mailudil Rasul ini juga sebeanrnya satu ciptaan yang tidak mempunyai tujuan yang jelas selain dari cuti umum.
Adalah menyedihkan apabila dalam menghina Rasulullah SAW secara terang terangan, tetapi kita kata kita cinta Rasulullah. Apabila mesjid sendiri lengang diwaktu solat Subuh apa nak dibincangkan lagi tentang Maulidul Rasul. Kalau kaum Nasrani merayakan hari yang diciptakan sebagai hari kelahiran pengasas agama mereka mereka maka umat Islam dizaman Fatimiyyin juga merayakan benda yang sama.
Sedangkan yang peling penting adalah amalan Rasulullah yang perlu ditegakkan.
Apabila ada makhluk yang mempersendakan janggut dan cara pakaian dan cara makan Rasulullah boleh tebal muka bercakap tentang Maulidul Rasul.
Sebenarnya Abu Jahal bapa saudara Nabi sendiri mennyembelih unta kerana kelahiran anak saudaranya.
Tetapi dia kemudian menjadi musuh Islam tegar sehingga mati.
Soal memberi hadiah kepada orang bukan Islam itu juga satu isu besar kerane seolah-olah apa yg dilakukan oleh orang bukan Islam diterima oleh Allah Taala. Sedangkan kita sendiri tahu bahawa yang membezakan itu adalah syahadah dan aqidah.
Jadi apa faedahnya selain membuat lebih banyak fitnah. Selepas segolongan manusia di Malaysia memperlekehkan ajaran Rasulullah sebagai ketinggalan zaman dan pada masa yang sama mengaku memperjuangkan Islam.
Ada yang sanggup menggadai nyawa semata-mata nak pertahankan patung Tunku tetapi mengaku Islam. Bolehkah puak seperti ini menjadi pedoman dan diterima cakap dan janji mereka?

Unknown said...

Ada tak yg special? maulidur Rasul kat MEsia nih: kawad, dapat baju melayu free, claim OT, nasyid, dapat hadiah pastu balik rumah...that's all...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya cuma ada satu perkataan untuk menggambarkan UMNO-BN dalam menilai sambutan Mauludul Fasul ini.

"desperade!"

Dr Rosmaliza Abdul Aziz said...

Saya tertarik dengan tudung yang adik Wee tu pakai, tak terkeluar jambul. Tahu dia hormat majlis Islam walaupun dia bukan Islam. Tak tahu pulak kalau isteri PM kita pakai tudung labuh kot haritu?

buyong said...

Saya amat bersetuju dengan kenyataan tuan haji MSO.Suatu kenyataan yang berani dan mendahului zaman.Berterus terang dan tegas.Tidak seperti sifat dan sikap majoriti penulis Melayu yang bersikap dan bersifat,"too polite to tell tha truth".Hanya simpan dalam hati yang akhirnya meredap dalam jiwa.Sebab itu ramai orang Melayu sakit jiwa kerana tidak berani berterus terang walaupun sebenarnya berterus terang itu dituntut oleh Rasulullah.Berterus terang itu pahit tetapi pahit itu adalah ubat.
Tak nampak rasional dan logiknya dengan mendapat keputusan baik dalam mata pelajaran bahasa Arab,terpilih sebagai tokoh Maal Hijrah.
Yang tersirat dalam ungkapan tuan haji ialah bagaimana kerajaan hari ini untuk mendapatkan pujian orang bukan Islam sanggup menghancurkan agama Islam itu sendiri.Antaranya bila tiba pilihanraya beri berjuta-juta peruntukan kepada sekolah Cina,Tamil dan misionari, sedangkan sekolah agama dibiarkan merempat malah kemudahandan peruntuka yang adapun ditarik balik.Jangan harap nak dapat berjuta-juta peruntukan.Hasrat dan keinginan kita nak bina sekolah tahfiz sains jauh panggang dari api.Pemimpin-pemimpin Islam dalam UMNO,kalau berucap pada majlis perasmian yang berkaitan dengan Islam,berbuih-buih air liur,tetapi dia sendiripun tak faham apa yang dia cakapkan.Inilah malangnya orang Melayu di zaman mutaakhir ini.