Sekelumit Renungan Buat Najib
MUNGKIN bagi para Mak Yeh dan suku sakatnya ataupun penyokong yang otak kemetot di dalam Umno atau UBN suka dan bergembira apabila mendengar laporan mengenai individu tertentu termasuk belas pemimpin cawangan, cabang dan juga wakil rakyat dari PKR khasnya yang keluar parti. Mereka menyangka tindakan itu akan memberi keuntungan besar kepada parti mereka.
Lanjutan dari tindakan itu maka akan runtuh dan hancurlah PKR pimpinan Anwar Ibrahim. Sekaligus dengan itu juga akan lemah gumulailah Pakatan Rakyat dan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti BN akan mengusai Parlimen dengan memperolehi majoriti lebih 2/3. Serentak itu juga harapan Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya jadi angan-angan cuma. Itulah harapan dan suluhan mereka atas apa yang berlaku.
Memang kalau hendak diambil kira, berpandukan kepada laporan baik media cetak dan juga tekanan dan serangan dalam internet memberi petunjuk PKR dan Pakatan Rakyat sudah relai. Serangan dan kecaman ke atasnya menyebababkan gagasan itu sudah tinggal tulang. Tindakan keluar parti satu persatu atas apa sebab juga seolah-olah yang tinggal dalam PKR hanya Anwar, Azizah, Azmin dan Nurul Izzah saja.
Tatapi realitinya PKR masih diserang siang dan malam. Serangan ke atas PKR seperti jarum jam yang berjalan tanpa tahu berhenti. Ini memberi petunjuk sebaliknya, bahawa PKR masih kuat dan masih berpengaruh. Ironisnya makin ramai yang mengumumkan keluar parti sambil mencerca Anwar dengan sejuta jenis konotasi jahat, makin ramai pula ceramah dan majlis dianjurkan parti itu dikerumuni orang ramai. Apakah mereka yang hadir itu diupah dan jenis orang yang tidak ada kerja atau tahu tidur malam!
Sokongan dibawah masih padu. Kalau PKR sudah "kuluhum..." untuk apa media massa dan pemimpin UBN terus menyerang Anwar dan PKR. Tolollah kalau kita terus mempersoal dan membicarakan orang yang telah mati. Kerja itu tak ubah seperti menanam labu di atas atas rumah saja atau menimpa telaga di musim banjir.
Di sini saya ingin bertanya kepada Najib Razak sejauh manakah beliau yakin dengan laporan media massa mengenai kesuraman dan kelemahan Anwar. Apakah Najib menerima semua itu bulat-bulat? Atau Najib hanya menerima dibibir saja tetapi tidak menelannya.
Saya timbul ini, takut tidakkah yang berlaku itu sandiwara. Bahawa yang umum keluar parti beramai-ramaiu, yang menyumpah dan membenci Anwar itu hanya lakonan saja. Ingat dalam politik semuanya boleh berlaku. Bahawa sengaja dilakukan begitu untuk melenakan Najib saja?
Najib harus beringat-ingat dalam hal ini. Kerana ada maklumat mengatakan apa yang berlaku itu tidak benar semuanya. Setengah ia adalah strategi untuk melenakan Najib dengan keadaan yang ada. Yang keluar itu bukan ikhlan untuk bersama Najib dan UBN, sebaliknya mereka keluar kerana mereka dikeklang masalah peribadi dan ada yang dikejar jenayah.
Baik rasanya skuad risikan Umno menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu Najib tertipu dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada provokasi berlebihan hari ini adalah Umno? Biarlah sesetengah orang sanggup dan berjaya menipu Anwar dan PKR tetapi jangan sampai mereka juga turut berjangkit memperdaya dan menipu Najib dan UBN dalam terang. [ttdi.kl.6:00 pm 08/02/11]
1 comment:
Tuan MSO.
Saya amat begumbira sekiranya pilihanraya di adakan secepat mungkin kerana nak tengok parti mana yang serabot,hancur retak menunggu belah seperti digambarkan oleh media kerajaan.
Mungkin yang retak dah betaub semula atau yang tegap gagah dalam media akan runtuh.Ini semua pasti akan terjawab.selepas itu saya rasa semua parti politik sepi seketika.
Kiranya parti yang retak akan hancur tentu yang tegap akan terus menindih dan mengopik-ngopik menghancurkan lagi. Percayalah...
Desaklah najib umum pilihanraya kerana amat benci hidangan berita dalam media hari ini. Benci...benciiii...berita gila politik hari-hari .
Post a Comment